TIDAK TEGUR
Apabila berbangkit sesuatu isu semasa yang berkaitan dengan
hal-hal agama Islam, yang mana
kebanyakan orang Islam tidak mengetahui sama ada ianya salah atau betul mengikut
hukum Islam dan apabila sekalian mufti-mufti dan ulama-ulama tidak menegurnya mengikut
hukum-hukum yang sahih, maka ramai orang-orang Islam berpendapat bahawa apa-apa
amalan yang mereka lakukan itu betul sejajar dengan hukum syar’ie.
TIDAK SEPAKAT
Dalam sesetengah isu tertentu berkaitan dengan hukum-hukum
Islam, terdapat sesetengah mufti-mufti tidak
sepakat mengeluarkan penjelasan dan pandangan atau fatwa-fatwa yang dikeluarkan
berbeza-beza atau berlainan di antara satu sama lain, maka bertambahlah lagi
kecelaruan di kalangan orang-orang Islam di Malaysia ini.
Justeru itu, maka ramailah pula orang-orang jahil di dalam
berbagai bidang pekerjaan mengeluarkan fatwa-fatwa sesat dan songsang mengikut
pandangan masing-masing dalam laman sesawang, akhbar-akhbar dan ceramah-ceramah
mereka.
MUSUH DALAM SELIMUT
ISLAM
Ada di antara fatwa-fatwa tersebut dikeluarkan oleh
musuh-musuh Islam yang berada dalam selimut Islam yakni orang-orang yang
menggunakan Ayat-ayat Al-Quran Al-Karim
dan Hadis-hadis yang telah disusun serta menggunakan nama-nama kitab yang mana
semuanya itu bertujuan untuk menyesatkan orang ramai.
Di samping itu, musuh-musuh Islam dalam selimut membawa
nama-nama kitab dan menyebut nama-nama orang-orang yang kononnya alim ulama,
yang tidak dikenali ramai untuk
menegakkan fatwa-fatwa mereka.
Musuh-musuh Islam itu tahu bahawa mustahil bagi kebanyakan
orang-orang Islam dapat mencari dan merujuk nama-nama kitab dan nama-nama
orang-orang yang disebutkan itu. Maka dengan
itu, secara tidak langsung, ramai orang Islam akan melihat mereka yakni
musuh-musuh Islam ini sebagai tokoh agama.
MEROSAKKAN AKIDAH
ISLAM
Disebabkan kekurangan ilmu dan pengetahuan Islam,
orang-orang Islam mudah tertipu oleh musuh-musuh dalam selimut Islam itu dengan
menggunakan peluang-peluang tersebut untuk terus merosak akidah mereka.
Oleh yang demikian, maka terdapat percanggahan demi percanggahan
“fatwa-fatwa”, pandangan dan pendapat atas sesuatu isu hukum-hukum Islam yang berbangkit
khususnya di Malaysia ini.
Hari Juma’at
3 Dzulkaedah 1435 Hijriyah
29 Ogos 2014