Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anh meriwayatkan
bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Janganlah kamu belajar ilmu Agama untuk
berbangga-banggakan diri ke atas ‘Ulama, jangan belajar untuk berbahas dengan
orang-orang yang bodoh yakni untuk berhujah dengan orang awam yang kurang faham
selok belok Agama dan jangan belajar untuk mendapatkan perhatian dalam
majlis-majlis. Sesiapa yang melakukan sedemikian maka untuknya ialah neraka,
neraka.” Ibnu Majah
Terdapat sesetengah orang yang menuntut ilmu Agama Islam hanya
semata-mata bertujuan untuk berbangga-banggakan diri dan menunjuk-nunjuk bahawa
ia lebih bijak dan lebih hebat ilmunya daripada ‘Ulama-‘ulama yang telah mati
dan ‘Ulama-‘ulama sekarang yang masih hidup.
Perbuatan itu dilakukan melalui laman-laman web atau tulisan-tulisan
buku atau ceramah-ceramah kepada orang ramai atau syarahan-syarahan kepada
pelajar-pelajar di sekolah, di kolej dan di universiti.
Mereka bertindak merendah-rendahkan ilmu yang ditinggalkan
kepada umat Islam melalui kitab-kitab Agama Islam yang ditulis oleh
‘Ulama-ulama dahulu yang telah kembali ke rahmatullah. Mereka tidak sepatutnya mempertikaikan apa
yang telah ditulis dalam kitab-kitab tersebut kerana isi kandungan kitab-kitab
tersebut adalah yang terbaik dan yang telah diiktirafkan oleh jumhur ‘Ulama
dahulu.
Adalah menjadi kesalahan besar bagi orang-orang sekarang ini,
yang baru belajar pengetahuan Agama Islam dengan merujuk ilmu-ilmu yang telah ditinggalkan
oleh ‘Ulama-‘ulama dahulu, mengutuk dan menghina ‘Ulama-‘ulama berkenaan yang
telah mati dan tidak dapat memberi penjelasan selanjutnya kepada mereka yakni
kepada orang-orang yang berbangga-banggakan diri itu lagi dungu.
Orang-orang yang sebegitu yakni dungu lagi lupa diri, bahawa
apa sahaja ilmu Agama Islam yang mereka pelajari, mulai daripada membaca dan
menulis huruf-huruf hijaiyah yakni huruf-huruf “ ‘Alif, Ba, Ta, Tha, Jim, Ha
dan seterusnya”, serta segala ilmu dan
pengetahuan Agama Islam yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah diwarisi oleh ‘Ulama-‘ulama dahulu agar ilmu dan
pengetahuan Agama Islam tersebut sampai kepada umat manusia hari ini. Tanpa ‘Ulama-‘ulama tersebut, maka apalah yang
ada pada umat Islam sekarang ini kecuali
hidup mereka dalam keadaan jahil seperti waktu zaman jahiliyah dahulu. Na’uzubillahi Min Zalik.
‘Ulama-‘ulama
Muktabar, di antaranya:
1 1.
Imam Asy-Syafie:
Nama lengkapnya Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Saib bin
Ubaid bin Hisyam bin Abdul Muthalib bin Abdu Manaf bin Qushaiy. Dilahirkan di Syam pada tahun 150 Hijriyah.
2 2.
Imam Al-Bukhari:
Nama lengkapnya Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Mughirah bin Bardizbah. Dilahirkan di Bukhara Khurasan pada tahun 194
Hijriyah.
3 3.
Abu Daud:
Nama lengkapnya Sulaiman bin Asy’ats bin Bisyr bin Amru bin Amir Al-Azdi
Al-Sijistani. Dilahirkan di Sijistani pada
tahun 202 Hijriyah.
4 4.
Imam Muslim:
Nama lengkapnya Muslim bin Hajjaj bin Muslim bin Warad Al-Qusyairi
An-Naisaburi. Dilahirkan di Qusyair pada
tahun 204 Hijriyah.
5 5.
Ibnu Majah:
Nama lengkapnya Muhammad din Yazid Ar-Rib’i Al-Qazwini. Dilahirkan di Quzuwaini
pada tahun 209 Hijriyah.
6 6.
Imam Al-Ghazali:
Nama lengkapnya Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ghazali Ath-Thusi.
Dilahirkan di Thabrani, Thusi Khurasan pada
tahun 450 Hijriyah.
7 7.
Ibnu Kathir:
Nama lengkapnya Ismail bin Umar bin Kathir bin Dhau bin Dar’in. Dilahirkan di
Mujadal, Syam pada tahun 701 Hijriyah.
Hari Juma’at
6 Ramadhan 1435 Hijriyah
4 Julai 2014
4 Julai 2014
No comments:
Post a Comment