Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Kahfi, Ayat 39 dan Ayat 40,
maksudnya:
“Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu,
berkata: “Masyaa Allah (semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! Laa quwwata
illa Billah (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah). Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang
harta dan anak berbanding denganmu,” Ayat
39
“Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan
daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Ia (Allah) akan
menimpakannya dengan bala bencana dari langit sehinggalah menjadilah kebunmu
itu tanah yang licin tandus”. Ayat
40
Oleh itu maka setengah ‘Ulama Salaf menganjurkan, jika seseorang
merasa gembira kelebihan yang ada pada
dirinya, baik tentang harta ataupun
tentang anak, ucapkanlah: “Masyaa Allah,
Laa Quwwata Illa Billah”.
Atau jika masuk ke dalam rumah sendiri dari perjalanan ke
mana-mana terasa ketenteraman dalam rumah, bacalah Ayat tersebut.
Tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ya’la
Al-Maushiliy, yang diterimanya daripada Anas bin Malik, katanya bersabda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, mafhumnya:
“Bilamana menikmatkan Allah kepada hambaNya
suatu nikmat, baik dari keluarga, atau dari harta ataupun dari anak, lalu dia
membaca: “Masyaa Allah, Laa Quwwata Illa
Billah”, tidaklah dia akan berhadapan dengan malapetaka, kecuali maut.”
Bahaya tentu saja ada, kerana pergantian senang dan susah,
itulah hidup.
Tetapi “Masyaa Allah, Laa Quwwata Illa Billah”
adalah ucapan yang membuat hati tenteram dan fikiran lega, sehingga betapapun
besarnya kesulitan yang dihadapi, namun hati tidak akan berkocak. Hanyalah mati yang tidak dapat dielakkan.
Dan mati bagi orang yang beriman, bukanlah malapetaka
melainkan sesuatu yang diyakini.
Menurut beberapa Hadis yang bersumber daripada Abi Hurairah
radhiAllahu ‘anh, diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ada juga yang diriwayatkan
oleh Muslim bahawa ucapan itu adalah termasuk nilai-nilai yang mahal dalam
perbendaharaan syurga.
Hari Juma’at
16 Rejab 1435 Hijriyah
16 Mei 2014
16 Mei 2014
No comments:
Post a Comment