SEDUTAN BERITA
DARI KERAJAAN WAHABI ARAB SAUDI
“A member of the Shoura
Council, has called for urgent measures to curb the phenomenon of fake
certificates.
He said about 7,000
individuals in the Kingdom hold fake certificates, including officials in both
the public and private sectors and consultants and trainers.”
MENGEJAR KEMEWAHAN
Dengan kelajuan peredaran masa yang dirasai manusia,
kononnya dunia menjadi semakin maju.
Manusia berlumba-lumba mengejar keligatan pusingan dunia
impian fantasinya “fantasy world” dengan berbagai-bagai cara, gaya dan “modus operandi”
yang diadakan.
Manusia sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi kehendak,
cita-cita dan hawa nafsunya tanpa mengambil kira samada ianya baik atau jahat.
Fenomena tersebut berlaku pada semua golongan dan peringkat
makhluk yang bernama manusia.
Justeru itu, manusia menjadi semakin rakus dan ganas,
berebut-rebut untuk mencapai impian dan cita-cita mereka. Mereka tergamak menyamun, mencuri, menipu, membunuh,
memakan harta orang tanpa hak, merebut jawatan dan sebagainya asalkan mereka
dapat apa yang mereka kehendakki.
Di antara fenomena-fenomena tersebut, terdapat juga fenomena
mencuri kertas ujian, menipu waktu peperiksaan, membeli ijazah atau kelulusan
untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan jawatan yang bergaji tinggi dan
mewah samada dalam perkhidmatan kerajaan atau di sektor awam dan swasta atau
memegang jawatan di pusat-pusat pengajian tinggi.
SALAH JAWATAN
Akhir-akhir ini, banyak kes penipuan kelulusan pengajian
tinggi, yakni hingga ke kelulusan ijazah sarjana dan falsafah “PhD.”, dapat
dikesan dari negara-negara Timur Tengah.
Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah jika ada
orang-orang yang memegang jawatan tinggi tidak dapat menjalankan tugas mereka
dengan baik dalam perkhidmatan dan pekerjaan mereka, berdasarkan kertas sijil “paper
qualification” mereka.
Kini terdapat ramai orang-orang yang mendapat kelulusan dari
negara-negara Timur Tengah yang dilantik memegang jawatan-jawatan tinggi dalam
bidang hal ehwal agama Islam tanpa di ambil kira samada orang-orang itu
mendapat kelulusan mereka dengan cara yang betul atau kelulusan mereka itu
layak dengan jawatan yang diamanahkan kepada mereka.
Sebagai contoh orang yang mendapat kelulusan dalam jurusan
Bahasa Arab yang amat sesuai ia dilantik mengajar Bahasa Arab, dilantik menjadi
pensyarah Islam, memegang jawatan dekan pengajian Islam, mufti dan sebagainya.
FATWA-FATWA YANG
SESAT
Meskipun ia tidak mempunyai kelulusan Syari’ah Islamiah atau
Usuluddin, oleh kerana ia memegang jawatan dan bergelar Dr. Professor, mufti
dan sebagainya, ia bercakap mengenai hal-hal Islam dan mengeluarkan fatwa-fatwa
yang menggelirukan serta salah dan sesat, yang membawa kepada perpecahan
fahaman di antara sesetengah golongan orang-orang Islam, khususnya di Malaysia
ini.
Di antara sebab-sebab mengapa perkara-perkara seumpama
tersebut itu berlaku ialah kerana:
1. Orang-orang Islam di Malaysia ini amat terpesona dengan
orang-orang yang pandai berbahasa Arab yang menerima kelulusan dari Timur
Tengah, atau kelulusan-kelulusan dari dalam negeri dan berpakaian ala Arab,
walaupun orang-orang itu pembawaannya tidak soleh dan kurang ilmu Syar’iyah.
2. Kebanyakan manusia amat yakin dengan kertas-kertas Sijil,
Diploma, Ijazah-ijazah Sarjana, PhD. dan lain-lain kertas kelulusan yang
berkaitan tanpa mengambil tahu samada pemegang-pemegang sijil-sijil kelulusan
akademi mereka tulen atau di beli.
Hari Juma’at
3 Safar 1435 Hijriyah
6 Disember 2013
No comments:
Post a Comment