TIADA SEBANDING
DENGAN ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA
Firman ALLAH TA’ALA dalam Surah
Asy-Syura, Ayat 11, maksudnya:
“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan [ALLAH]
(DzatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiran)Nya, dan Dia(ALLAH)lah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha Melihat”. Ayat 11
ALLAH says:
“There is nothing like Him (ALLAH), and He (ALLAH) is the All-Hearer,
the All-Seer.” (V42: 11) Ash-Shura
ALLAH YANG MAHA ESA
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Ikhlas, Ayat 1 hingga Ayat 4, maksudnya:
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah
ALLAH Yang Maha Esa.” Ayat 1
“ALLAH yang menjadi tumpuan sekalian makhluk
untuk memohon sebarang hajat.” Ayat
2
“Ia (ALLAH) tiada beranak, dan Ia (ALLAH) pula
tidak diperanakkan.” Ayat 3
“Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya
(ALLAH).” Ayat 4
ALLAH says:
In the Name of ALLAH, the Most Gracious,
the Most Merciful.
“Say (O Muhammad): “He is ALLAH (the) One.” (V112: 1)
“ALLAHUS
SAMAD –[ALLAH – the Self-Sufficient Master, Whom all creatures need,
(He (ALLAH)
neither eats nor drinks)].” (V112:
2)
“He (ALLAH) begets not, nor was He (ALLAH) begotten.” (V112:
3)
“And there is none co-equal or comparable
unto Him (ALLAH).”
(V112: 4) Al-Ikhlas
PERKATAAN “ALLAH” DAN PERKATAAN
“ILAH”
TIDAK ADA ILAH [tuhan] (yang berhak disembah) MELAINKAN ALLAH
THERE IS NO
ILAH (god) BUT ALLAH
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Asy-Syu’araa’, Ayat 213, maksudnya:
“Maka janganlah engkau (wahai Muhammad)
menyembah ILAH
(tuhan) yang lain bersama-sama ALLAH, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan
yang dikenakan azab seksa.” Ayat 213
ALLAH says:
“So invoke not with ALLAH another ILAH (god) lest you
should be among those who receive punishment.” (V26: 213) Ash-Shu’araa’
Perkataan “ALLAH” dalam Al-Quran Al-Kariim itu khusus
termulia dan teragong bagi zat ALLAH ‘Azza Wa Jalla - ALLAH Yang
Maha Tinggi. Maka perkataan “ALLAH” tidak boleh sekali-kali disamakan, disetarafkan
dan diterjemahkan kepada semua bahasa di muka bumi ini hingga ke hari Qiamat.
Sebaliknya perkataan “ILAH” pula adalah perkataan umum yang bererti
“tuhan” yakni segala tuhan lain daripada “ALLAH”.
SALAH GUNA PERKATAAN “ALLAH”
Apabila perkataan “ALLAH” diboleh gunakan dalam tulisan dan
pertuturan oleh agama lain seperti Yahudi, Kristian dan lain-lain, maka
perkataan “ALLAH” bila disalah gunakan atau digunakan dengan tujuan
menyeleweng atau menghina, ianya boleh menimbulkan fitnah yang wajib
dipertahankan oleh semua umat Islam.
Penghinaan seperti menggunakan perkataan “ALLAH”
pada tempat-tempat, objek-objek yang tidak selaras dengan kesucian perkataan “ALLAH”,
adalah suatu muslihat bertujuan menipu umat Islam.
Di samping itu, ianya menjadi satu kesulitan untuk mengenali
seseorang itu yang belum dikenali agamanya samada orang itu Islam atau orang
Kristian atau lain-lain orang yang bukan Islam.
Justeru itu, ia akan lebih menyulitkan atas perkara-perkara
yang berkaitan dengan amal ibadat-amal ibadat yang khusus untuk orang-orang
Islam dan orang-orang yang beriman kepada ALLAH sahaja, seperti urusan perkahwinan, kematian
dan lain-lain.
Allah (الله)
الله
“ALIF-LAM-LAM-HA” TERCEMAR
Selain daripada kecelaruan tersebut di atas, perkataan “ALLAH”
itu akan tercemar jika digunakan bukan pada tempat yang suci.
Lebih-lebih lagi apabila perkataan “ALLAH” ditulis dengan huruf hija-iyah Al-Quran Al-Kariim iaitu “ALIF-LAM-LAM-
HA” dilukis, dibentuk dengan logam-logam, plastik, kaca dan lain-lain,
digantung di gereja, atas salib, atas gambar atau patung Jesus, atas gambar
atau patung Mary, di atas menara gereja, di kedai, di rumah atau dipakai di
leher artis yang mendedah aurat, atau dipakai ketika berdansa, atau ketika berbogel
atau sedang melakukan maksiat atau dibawa masuk ke dalam tandas dan lain-lain
tempat yang hina dan kotor, atau dipijak-pijak orang.
KEPUTUSAN MAHKAMAH SIVIL
Mahkamah Rayuan (Sivil) pada hari Isnin, 14 Oktober 2013
telah memutuskan bahawa perkataan “ALLAH” dilarang untuk digunakan oleh orang-orang
Kristian dalam kitab Injil yang telah dipinda dan dalam apa-apa penerbitan
mengenai hal ehwal Kristian.
Namun begitu perkara itu masih lagi diperkatakan orang. Ada di antaranya pro dan ada pula yang kontra
atas keputusan Mahkamah Rayuan (Sivil) itu.
Masing-masing mempunyai pandangan dan hujah-hujah mereka sendiri.
Akhir-akhir ini, banyak kritikan yang di buat oleh orang-orang
orientalis Islam dari dalam dan luar negara.
Melihat kepada tulisan-tulisan mereka itu mengenai perkataan
“ALLAH”
dengan kata-kata yang dibawa untuk mempertahankan hujah mereka adalah merewang
mengikut logik akal dan penggunaan bahasa bukan mengikut keilmuan ‘aqidah Islam
Agama Tauhid, Agama ALLAH Yang Maha Esa.
Orientalis-orientalis Islam itu mempunyai berbagai-bagai
bawaan fahaman yang ditopengkan dan disadurkan dengan Islam.
Di antara bawaan mereka ialah fahaman Ahmadiyah, fahaman
Bahai, fahaman Wahhabi, fahaman Syiah, fahaman ateis dan lain-lain fahaman lagi.
Oleh itu, maka tidak hairanlah bahawa pertelagahan pandangan
dan fahaman mengenai penggunaan perkataan “ALLAH” dianalisakan melalui pandangan-pandangan yang
mengikut sudut-sudut yang berbeza dalam kecelaruan, kekeliruan dan kesesatan fahaman-fahaman
yang dibawa oleh orientalis-orientalis itu.
Segala tulisan-tulisan dan pandangan-pandangan orientalis-orientalis itu dijadikan bahan liputan dan publisiti
yang luas oleh media massa-media masa tajaan Yahudi dan Kristian. Ianya secocok dengan perancangan jahat mereka
untuk memadamkan cahaya ALLAH yakni Agama Islam, Agama Tauhid.
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah At-Taubah, Ayat 32,
maksudnya:
“Mereka hendak memadamkan cahaya ALLAH (Agama
Islam) dengan mulut mereka, sedang ALLAH tidak menghendaki melainkan
menyempurnakan cahayaNya (Agama Islam), sekalipun orang-orang kafir tidak suka
(akan yang demikian).” Ayat 32
ALLAH says:
“They (the disbelievers, the Jews and the
Christians) want to extinguish ALLAH’s Light (with which Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam has been
sent – Islamic Monotheism) with their mouths but ALLAH will not allow except that His
Light should be perfected even though the kafiruun (disbelievers) hate
(it).” (V9: 32) At-Taubah
400 TAHUN TIADA
PERKATAAN “ALLAH” DIGUNAKAN
Semenjak Portugis, Belanda dan Inggeris menakluk dan
memerintah Tanah Melayu dari tahun 1511 Masihi iaitu kurang lebih 446 tahun,
meskipun banyak kitab Injil telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu,
perkataan “ALLAH”
tidak dimasukkan sebagai ganti perkataan “god” atau “lord”,
sedangkan penjajah-penjajah tersebut mempunyai kuasa
mutlak untuk berbuat demikian tanpa perlu mendapat kebenaran dan
kelulusan mahkamah.
ALLAH YANG MAHA AGONG
Sesungguhnya sebarang keputusan mana-mana Mahkamah, samada
Mahkamah itu di negara-negara umat Islam atau negara Kafir, yang menggunakan
undang-undang jahiliyah rekaan manusia mengenai perkataan “ALLAH” itu, sama sekali tidak dapat mengurangkan
atau menambah taraf atau mengesahkan atau membatalkan ketinggian dan kemuliaan ALLAHU AHAD, ALLAH
YANG MAHA ESA, ALLAHU ‘AZZA WA
JALLA, ALLAH YANG MAHA TINGGI, ALLAH Yang memerintah segala makhluk yang berada
di langit dan di bumi dan semua yang ada didalamnya.
WALLAHU A’LAMU BISSAWAAB
Hari Juma’at
10 Safar 1435 Hijriyah
13 Disember 2013