BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Jumu’ah, Ayat 9, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk
mengerjakan solat pada hari Juma’at, maka segeralah kamu pergi (ke masjid)
untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Juma’at) dan tinggalkanlah
berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jka kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Ayat
9
KELEBIHAN HARI
JUMA’AT DALAM ISLAM
Terdapat banyak Hadis-hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
yang menyebut tentang kelebihan Hari Juma’at, di antaranya ialah:
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, katanya Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Kita (Umat Muhammad), adalah yang terakhir
(datang ke dunia), tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat.
Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga,
padahal mereka diberi kitab lebih dahulu dari kita, sedangkan kita sesudah
mereka.
Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan
kebenaran yang mereka perselisihkan itu, yang Allah telah tunjukkan kepada
kita, iaitu hari Juma’at.
Maka hari ini (Juma’at) adalah untuk kita.
Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi, dan
Lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.” Muslim
Dari Hudzaifah radhiallahu ‘anh, katanya Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Allah Subhanahu wa Ta’ala menyesatkan
orang-orang yang sebelum kita (umat Muhammad) tentang hari berkumpul (Juma’at,
atau hari besar).
Bagi orang Yahudi jatuhnya pada hari Sabtu, dan
bagi orang Nasrani jatuhnya pada hari Ahad.
Lalu Allah menunjuki kita, iaitu pada hari
Juma’at. Kerana itu terjadilah berturut-turut tiga hari berkumpul (hari besar),
iaitu Juma’at, Sabtu dan Ahad.
Hari kiamat kelak, mereka pun mengikuti kita
(umat Muhammad) juga. Kita yang terakhir
ke dunia, tetapi kita yang lebih dahulu diadili sebelum umat-umat yang
lain-lain.” Muslim
HARI CUTI MINGGUAN
Bagi orang-orang yang memakan upah sama ada ia seorang
perdana menteri, menteri, pekerja yang mendapat upah bulanan, upah mingguan
atau upah harian, memerlukan hari-hari tertentu untuk beristirahat dan bercuti
dalam satu minggu.
Oleh itu mana-mana pihak yang berkuasa dalam kerajaan atau
swasta perlu menetapkan hari cuti mingguan.
Adapun bagi orang-orang yang bekerja sendiri seperti
nelayan, petani dan lain-lain, bagi mereka bukan sahaja mereka tidak ada
hari-hari tertentu yang khusus untuk bercuti tetapi juga mereka bekerja tanpa mengira
hari dan masa.
Apabila sesebuah kerajaan mewartakan mana-mana hari tertentu
sebagai hari cuti, maka semua pejabat-pejabat kerajaan dan swasta mesti mengikut
perintah yang ditetapkan oleh kerajaan itu.
Terdapat kebanyakan negara-negara orang-orang Islam
menetapkan hari Juma’at sebagai hari cuti mingguan.
Negara Republik Indonesia, yang juga disebut Nusantara,
pernah dijajah oleh Belanda Kristian sejak dari tahun 1602 dan mendapat
kemerdekaan pada 17 Ogos 1945.
Bagi negara Republik Indonesia yang terdiri daripada 13,487 buah
pulau dan mempunyai penduduk yang beragama Islam kurang lebih 87.2% daripada
273, 424, 383 juta orang penduduk negara itu, telah menetapkan hari Ahad
sebagai hari cuti mingguan negara tersebut sehingga ke hari ini.
Malaysia yang mempunyai 13 buah negeri dan 3 wilayah
persekutuan dan Islam adalah agama bagi Persekutuan mengikut Perkara 3 (1)
dalam Perlembagaan Persekutuan, di mana terdapat 10 negeri dan 3 wilayah persekutuannya
mengambil hari Ahad menjadi hari cuti mingguan.
Semasa Tanah Melayu berada di bawah jajahan Kerajaan British
yang beragama Kristian, negeri-negeri di Tanah Melayu tidak dipaksa atau tidak
dicadangkan supaya negeri-negeri tersebut menjadikan hari Ahad sebagai hari
cuti mingguan.
Selama di bawah pemerintahan British itu, beberapa buah
negeri Tanah Melayu mengambil hari Juma’at menjadi hari cuti mingguan. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 31
Ogos 1957.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, Malaysia dari
tahun 1981 hingga tahun 2003, dalam masa pentadbirannya, telah mencadangkan supaya
semua negeri-negeri dalam Malaysia diselaraskan mengambil hari Ahad sebagai
hari cuti mingguan.
Hasil daripada cadangan itu, ada di antara negeri-negeri Tanah
Melayu yang dahulunya menetapkan hari Juma’at sebagai hari cuti mingguan, telah
menukar dan mewartakan hari Ahad menjadi hari cuti mingguan mereka, kecuali
negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.
ISLAM TIDAK
MENETAPKAN HARI CUTI MINGGUAN
Sesungguhnya Islam tidak mewajibkan secara khusus mana-mana
hari dalam satu minggu itu dijadikan
cuti atau istirahat daripada kerja, kerana bekerja itu adalah salah satu
daripada ibadat apabila kerja-kerja itu dibuat kerana Allah Ta’ala.
Islam mahukan umatnya terus bekerja dan berusaha di samping
beramal untuk kejayaan hidup di dunia ini dan kejayaan di akhirat kelak.
Namun begitu, Islam mengingatkan umatnya bahawa dalam tempoh
7 hari dalam satu minggu, ada satu hari yang ditetapkan Allah Ta’ala sebagai hari
raya (hari besar mingguan) bagi orang-orang Islam iaitu hari Juma’at, penghulu
segala hari.
Bagi orang-orang yang beragama Yahudi, maka hari besar untuk
mereka ialah hari Sabtu, dan orang-orang yang beragama Kristian pula hari Ahad.
Justeru itu, umat Islam wajib menghargai dan menghormati hari
Juma’at yang dianugerahkan Allah Ta’ala kepada mereka.
Kini terdapat pemimpin-pemimpin negara, mufti-mufti,
kadi-kadi dan orang-orang yang memegang jawatan-jawatan dalam hal ehwal Agama
Islam yang diamanahkan Allah Ta’ala kepada mereka bersekongkol sesat dalam
kehidupan dunia. Mereka telah hilang haluan
dan tidak lagi mempunyai jati diri sebagai umat Islam.
Mereka wajib sedar bahawa mereka telah dipilih dan diberi
jawatan dan pangkat untuk menolong Agama Allah Agama Tauhid dengan menjalankan
amanah Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa
yang Allah kehendaki dan mencabut kuasa daripada sesiapa yang Allah kehendaki.
Sekarang ini, terdapat ramai pemimpin-pemimpin, mufti-mufti,
kadi-kadi dan orang-orang yang memegang jawatan dalam hal ehwal Agama Islam terikut-ikut
dengan jalan dan cara yang dibawa oleh kafir Yahudi dan Kristian.
Contohnya; mereka
kini lebih mengutamakan serta mendahulukan hari Sabtu dan hari Ahad yang diberi
kepada Yahudi dan Kristian dijadikan hari cuti, sedangkan Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian akan
duduk di belakang umat Islam sepertimana tersebut dalam Hadis-hadis di atas.
BALIK KEPADA HARI
JUMA’AT
Adalah menjadi satu harapan agar negara-negara orang-orang
Islam yang sekarang ini mengambil hari Sabtu dan Ahad menjadi hari cuti
mingguan mereka menukarkannya semula kepada hari Juma’at, InsyaAllah.
Hari Jumaat
7 Rejab 1434 Hijriyah
17 Mei 2013
No comments:
Post a Comment