PERKATAAN “ZALIM”
DALAM AL-QURAN
Terdapat dalam 58 Surah di dalam Al-Quran Al-Kariim sebanyak
227 perkataan “zalim” yang bermaksud orang-orang yang tidak ta’at atau
melanggar perintah Allah atau kufur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka
orang-orang itu adalah orang-orang yang zalim dan akan diseksa dengan azab di
dunia dan di akhirat.
FAHAMAN ORANG MELAYU
Perkataan “zalim” itu bagi kebanyakan orang-orang Melayu
memahaminya sebagai perbuatan jahat yakni merampas, merompak, membunuh, merogol,
tidak berlaku adil, menipu dan lain-lain perbuatan tidak
berperikemanusiaan. Maka perkataan
“zalim” itu diguna dan difahami di dalam konteks tersebut.
ORANG-ORANG YANG
“ZALIM”
Terdapat pemimpin-pemimpin negara-negara orang-orang Islam
yang telah diberi ingat dan diperintahkan supaya melaksanakan hukum-hukum dan
perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan RasulNya, mereka tetap terus ingkar dan
kufur, maka mereka itu adalah sama seperti pemimpin-pemimpin negara-negara
orang-orang kafir.
Pemimpin-pemimpin negara-negara orang-orang Islam yang
enggan melaksanakan hukum-hukum dan perintah Allah Ta’ala adalah sama dan jatuh
dalam kategori orang-orang yang “zalim”.
Sepertimana firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Maa’idah, Ayat 45, yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah ORANG-ORANG YANG ZALIM.” Ayat 45
Dari dahulu lagi, terdapat ramai ulamak-ulamak “ su’ ”
(jahat) yang berkepentingan duniawi
semata-semata, menafsir dan menyampaikan ceramah-ceramah bahawa mana-mana
pemimpin sesebuah kerajaan yang menyediakan pembangunan ekonomi dan
infrastruktur untuk menaiktarafkan kemudahan dan kesenangan rakyatnya demi
untuk memakmurkan negara, tidak berlaku zalim.
Biarpun terdapat masjid-masjid yang besar dan indah,
sekolah-sekolah agama Islam, Universiti Islam, institut pengajian Al-Quran,
mengadakan perbankan Islam, menyediakan urusan Haji dan Umrah dan lain-lain
lagi, jika tidak melaksanakan hukum-hukum dan perintah Allah Ta’ala, maka
pemimpin-pemimpin negara-negara orang-orang Islam sama sahaja dengan
pemimpin-pemimpin negara-negara orang-orang kafir, melakukan kezaliman.
SAMA SAHAJA
Kemudahan-kemudahan yang
tersebut juga, diberikan kepada orang-orang Islam yang bermastautin di
negara-negara orang-orang kafir seperti di Eropah, Rusia, Amerika Syarikat,
Amerika Selatan, Kanada, dan lain-lain negara kafir. Di sana terdapat masjid-masjid yang besar dan
indah, sekolah-sekolah agama Islam, kemudahan menunaikan Fardhu Haji dan Umrah,
berpuasa dan lain-lain urusan mengenai hal ehwal agama Islam, mengikut
keperluan jumlah penduduk Islam setempat.
Justeru itu, maka kehidupan orang-orang Islam dalam
negara-negara orang-orang Islam dan kehidupan orang-orang Islam dalam
negara-negara orang-orang kafir adalah sama kerana pemimpin-pemimpin negara-negara
orang-orang Islam dan pemimpin negara-negara orang-orang kafir itu, sama-sama
mengadakan kemudahan-kemudahan bagi orang-orang Islam menunaikan ibadat dan
menjalani kehidupan seharian.
HUKUM-HUKUM JAHILIYAH
Begitu juga, dari segi penggunaan hukum-hukum
“undang-undang”, negara-negara orang-orang kafir menggunakan hukum-hukum
jahiliyah rekaan manusia, sama sahaja dengan negara-negara orang-orang Islam yang
juga menggunakan hukum-hukum jahiliyah rekaan manusia; walaupun
pemimpin-pemimpinnya terdiri daripada orang-orang Islam, termasuk mufti, kadi
dan penjawat-penjawat Agama Islam yang diberi amanah dan kuasa untuk
mentadbirkan hal ehwal Agama Islam yakni Agama Tauhid, Agama Allah Tuhan sekalian
‘alam Jinn dan Manusia.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 152, maksudnya:
“Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (Allah)
(dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu (Allah)), supaya Aku (Allah)
membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu (Allah) dan
janganlah kamu kufur.” Ayat 152
Dan, Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Maa’idah, Ayat 50, maksudnya:
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi
kepada hukum-hukum Jahiliyah? Padahal - kepada
orang-orang yang penuh keyaqinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum
yang lebih baik daripada Allah.” Ayat
50
Hari Jumaat
14 Rejab 1434 Hijriyah
24 Mei 2013