BUKAN ORANGNYA
Pernah dengar orang menyebut perkataan “harimau
jadian”. Harimau jadian yang dimaksudkan
ialah gelaran yang diberi kepada manusia yang bertukar rupa dan sifat menjadi harimau.
Kisah harimau jadian itu bukan daripada cerita-cerita
lagenda. Ia terdiri daripada
cerita-cerita khayalan dan dongeng semata-mata.
Namun begitu, cerita harimau jadian itu boleh dijadikan
iktibar sepanjang zaman kepada sesetengah orang-orang Melayu yang mana sesetengahnya
mudah terpesona dengan cerita-cerita serupa itu sehingga mereka percaya dan
yakin.
Cerita harimau jadian itu pernah dijadikan filem dan ditayangkan
kepada umum.
Jika diikuti cerita harimau jadian itu, maka didapati bahawa
manusia yang menjadi harimau itu berlaku sekali sekala atau bermusim; dan di masa
yang lain ia adalah manusia biasa.
Cerita harimau jadian itu bolehlah dibuat kiasan bagi
orang-orang yang kurang ilmu pengetahuan atau bukan ahli dalam satu-satu profesion.
Mereka ini menggaya dan berlagak melakukan
kerja-kerja orang-orang yang berpengetahuan dalam satu-satu profesion hanya
mengikut masa-masa atau musim-musim tertentu sahaja.
Sebagai contoh:
Orang-orang yang tidak pernah memegang jawatan imam, yang hanya
mendapat pengetahuan melalui ujian-ujian yang telah diatur dan disusun
tajuk-tajuk dan topiknya untuk dibuat kajian “research” awal oleh pihak-pihak
tertentu dalam pertandingan mencari
“Imam”, apabila mereka berjaya melalui ujian-ujian tersebut, mereka diberi
gelaran IMAM.
IMAM DAN USTAZAH
KOMERSIAL
Sekarang ini, terdapat orang-orang yang diberi gelaran “Imam” itu bukan terdiri daripada kalangan Imam-imam
Solat atau orang-orang yang menjadi ikutan ramai kerana ilmu Agama Islam yang
ada padanya serta tekun dan warak mengerjakan amal-amal soleh.
Taraf kedudukan mereka yang diberi gelaran “Imam” itu, jika
dibandingkan dari segi ilmu, iman, warak dan taqwa dengan Imam-imam Muktabar
seperti Imam Asy-Syafi’I, Imam Maliki, Imam Ahmad dan Imam Hambali rahimallahu
‘anhum, jauh berbeza dan tempat mereka amat rendah sekali.
Ringkasnya mereka itu sebenarnya bukanlah Imam dan tidak
layak mereka itu diberi gelaran “Imam” yang mana gelaran itu boleh mengelirukan
orang ramai akan maksudnya.
Semoga perkataan “Imam” dan lain-lain perkataan khusus yang
digunapakai untuk tujuan keagamaan dalam Islam tidak dipermain-mainkan bagi
tujuan komersial atau menggunakannya atas agenda-agenda tertentu.
Ada banyak lagi cerita-cerita “jadian” ini seperti seseorang
yang bukan doktor menyamar sebagai
seorang doktor merawat pesakit-pesakit.
Orang-orang yang bukan ustaz atau ustazah diberi gelaran
ustaz dan ustazah sedangkan mereka itu tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan
Agama Islam yang mendalam dan pembawaan
soleh dan solehah yang membolehkan mereka digelar ustaz dan ustazah.
Imam-imam jadian dan ustazah-ustazah jadian adalah gelaran
dan kejadian bermusim. Apabila habis
musim jadian, maka mereka kembali kepada
gaya hidup mereka yang asal iaitu bukan imam dan bukan ustazah.
Begitulah juga yang berlaku kepada harimau jadian.
Hari Jumaat
6 Rabi’ulawwal 1434 Hijriyah
18 Januari 2013
No comments:
Post a Comment