ETIQUETTE WITH
RESPECT TO ONE’S NEIGHBOURS
IBU BAPA PERINGKAT
TERUTAMA
Setiap manusia perlu kepada pergaulan dan dengan sebab itu,
ia perlu mempelajari adab-adab dalam pergulan.
Setiap pergaulan itu mempunyai adab-adabnya dan setiap
golongan manusia mempunyai adab-adab mereka yang tersendiri.
Setiap golongan pula ada peringkatnya masing-masing iaitu
keluarga adalah lebih berhak untuk digauli dan keluarga yang termasuk dalam
kalangan MAHRAM adalah teratas haknya dari yang lain. Walau bagaimanapun, hak kedua ibu bapa adalah
lebih kuat dan lebih diutamakan, mengatasi hak-hak keluarga yang dalam kalangan
MAHRAM.
Golongan ini adalah terikat dengan simpul jalinan silaturrahim
dan menjadi jiran yang bertentangan tangga yang amat akrab. Golongan inilah yang layak dinamakan dan
dijadikan slogan “JIRANKU KELUARGAKU”.
HAK JIRAN MENGIKUT
TURUTAN
Begitu pula hak jiran sesama Islam adalah berbeza mengikut dekat
atau jauh jaraknya rumah jiran itu dengan rumah seseorang.
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah An-Nisaa’, Ayat 36, maksudnya:
“Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua
ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan
jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh.” Ayat 36
“And do good to parents, kinsfolk, orphans,
Al-Masakin (the poor), the neighbour who is near of kin, the neighbour who is a
stranger.” (V4: 36)
Perbezaan hak-hak jiran itu juga wajib dijaga mengikut
turutan-turutan yang digariskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
sepertimana tersebut dalam sebuah Hadis:
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda: “Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya mempunyai satu hak
dan ada jiran yang mempunyai dua hak dan ada jiran yang mempunyai tiga
hak.
Adapun jiran yang mempunyai tiga hak itu ialah
jiran yang muslim dan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Maka ia mempunyai hak sebagai jiran, hak
sebagai seorang muslim dan hak sebagai keluarga.
Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran yang
muslim. Ia mempunyai hak sebagai jiran dan hak sebagai seorang
muslim.
Jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang
musyrik (kafir).”
Diriwayatkan oleh Abu Na’im dan Ibnu ‘Adiy.
JIRAN SAUDARA SEAGAMA
ISLAM
Hadis tersebut di atas
mengajar supaya tiap-tiap orang Islam tahu hak masing-masing dalam
pergaulan kejiranan. Apa yang disebut saudara-saudara
dalam Islam itu adalah seperti firman Allah Ta’ala dalam Surah At-Taubah, Ayat 11, maksudnya:
“Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari
kekufuran), dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama.” Ayat 11
“But if they repent (by rejecting shirk),
and perform As-Salat, and give zakat, then they are your brethren in
religion.” (V9: 11)
Bagi orang-orang Islam yang beriman yang pembawaannya soleh
tahu akan hak-hak kejiranan itu.
ORANG ISLAM YANG
BODOH
Namun begitu terdapat ramai daripada orang-orang Islam
sendiri yang bodoh yakni orang-orang Islam yang bukan sahaja tidak mahu
mengikut perintah Allah dan RasulNya bahkan mereka sanggup melanggarnya sehingga
menimbulkan kecelaruan sesama sendiri.
Selain daripada itu terdapat juga sesetengah orang-orang
Islam yang tidak tahu haknya sendiri apabila ia berjiran dengan orang-orang
musyrik (kafir).
Kebiasaannya orang-orang Islam kurang jati diri Islam kerana
tertarik dengan status, rupa paras dan tutur kata orang-orang kafir.
Maka sesetengah orang-orang Islam mengambil jalan “banyak
mengalah” dalam hal-hal yang dilakukan oleh jiran-jiran kafir mereka walaupun
perbuatan orang-orang kafir itu adalah perkara sensitif dalam Islam seperti di
antaranya; membela anjing, membiarkan anjing mereka berak di hadapan rumah
orang Islam, mendedah aurat lelaki dan perempuan dan lain-lain perkara yang
tidak menyenangkan.
Ini kerana orang-orang kafir biasanya melakukan sesuatu
mengikut sesuka hati mereka kerana mereka hidup, makan dan minum seperti
binatang ternakan yang tidak mempunyai akal fikiran.
Oleh yang demikian itu, nilai-nilai dan kepercayaan serta
pegangan mereka mengenai apa yang buruk dan apa yang baik adalah mengikut apa
yang direka cipta oleh pemikiran mereka semata-mata. Dengan itu, didapati nilai-nilai dan
kepercayaan orang-orang kafir itu berbeza di antara satu dan yang lain.
ORANG ISLAM MENGHINA
DIRI SENDIRI
Terdapat sesetengah orang-orang Islam yang takut menghalau
anjing-anjing jiran kafir mereka yang terlepas masuk ke dalam halaman rumah, tidur
dan kencing dalam kawasan rumah mereka.
Boleh dikatakan kebanyakan orang-orang kafir di dunia ini,
suka memelihara anjing sama ada dikurung atau dilepas bebas. Memelihara anjing adalah hak bagi orang-orang
kafir dan hak mereka itu tidak boleh diterapkan penerimaannya kepada
orang-orang Islam.
Anjing adalah najis mughallazah dan sifatnya suka menyalak
tidak tentu masa, mengganggu siang atau malam, memancut kencing dan berak di merata-merata
tempat.
Sesetengah orang-orang Islam juga tidak menegur atau
memberitahu jiran kafir mereka yang berpakaian menjolok mata yakni mendedahkan
aurat mereka jantan dan betina di hadapan keluarga orang-orang Islam itu.
Orang-orang kafir tidak ada aurat bagi mereka dan membuka mana-mana
bahagian tubuh badan mereka di mana-mana sahaja tidak menjadi salah asalkan
tidak ada orang yang menegur mereka.
Perbuatan seumpama itu tidak boleh dilakukan di hadapan orang-orang
Islam lelaki dan perempuan, tua atau muda kerana aurat yang terbuka adalah haram
dilihat oleh orang-orang Islam.
Namun begitu, terdapat sesetengah orang Islam tidak mengambil
berat atas perkara tersebut dan membiarkan ianya berlaku sehingga menjadikan
perkara tersebut sebagai suatu kebiasaan.
Lebih-lebih lagi, bila orang-orang Islam itu telah lama berjiran atau
telah lama berkenalan atau telah lama termakan budi jiran-jiran kafir mereka itu.
MASAK BABI
Babi, arak dan lain-lain makanan dan minuman yang haram bagi
orang Islam adalah menjadi kegemaran orang-orang kafir. Ada kala orang-orang kafir ini memasak babi
secara terbuka di mana asap dan baunya memasukki ke dalam rumah jiran-jiran
yang beragama Islam.
Mereka mengadakan parti-parti judi dan meminum arak secara
terbuka, yang boleh dilihat umum termasuk dilihat oleh anak-anak lelaki dan
perempuan jiran orang-orang Islam, walaupun parti-parti tersebut diadakan dalam
halaman kawasan rumah orang-orang kafir itu.
ORANG-ORANG YANG RUGI DAN
ZALIM
Sungguhpun orang-orang kafir mempunyai satu hak iaitu
sebagai jiran yang perlu dijaga oleh orang-orang Islam, namun satu hak sebagai
jiran itu tidak boleh disalah gunakan oleh orang-orang kafir melakukan apa
sahaja sesuka hati mereka.
Sekiranya orang-orang kafir melakukan sebarang perkara yang
sensitif dalam Agama Islam, maka perbuatan mereka itu menghina Agama Islam
yakni menghina Allah dan RasulNya.
Sesetengah orang-orang Islam yang tidak ada jati diri dan
membuang hak-hak mereka sebagai orang-orang Islam, maka mereka adalah dalam
golongan orang-orang yang rugi lagi zalim.
Hari Jumaat
13 Rabi’ulawwal 1434 Hijriyah
25 Januari 2013