BISMILLAH AR-RAHMAAN AR-RAHIIM
Tok Ayah terjemah qasidah berzanji ini mengikut maksudnya sahaja untuk memudahkan cucunda-cucunda memahaminya.
Tok Ayah terjemah qasidah berzanji ini mengikut maksudnya sahaja untuk memudahkan cucunda-cucunda memahaminya.
Allah berselawat keatas Muhammad
Selawat salam kesejahteraan
Wahai Nabi salam atasmu
Wahai Rasul salam atasmu
Wahai kekasih salam sejahtera
Selawat Allah ke atasmu lagi mulia
Bulan purnama menyinari kami
Hilang lenyap duka di hati
Indah menawan tak pernah dipandang
Wajah gembira jiwanya tenang
Kaulah suria kaulah bulan
Kau cahaya atas segala sinaran
Kaulah rahsia yang tinggi nilainya
Kaulah pelita menyuluh di dalam dada
Wahai kekasihku wahai Muhammad
Wahai pengantin indah memikat
Wahai Nabi yang dijulang puja
Wahai imam dua qiblat nyata
Bahagialah orang yang memandang wajahmu
Wahai penghulu mulia keturunanmu
Air kolammu jernih lagi sejuk
Tempat di hari akhir kami duduk
Tak pernah kami melihat unta berjalan
Sepanjang malam melainkan merindui tuan
Awan putih memayungi tuan
Mengiringi selawat doa dan rayuan
DIA mengetahui rahsia tersirat
DIA juga memperkenankan doa yang berhajat
Wahai Tuhan rahmatilah kami semua
Dengan segala amalan soleh kami kerja
Dan Allah berselawat atas Ahmad
Sebanyak-banyak kertas tulisan dakwat
Ahmad membawa hidayah Muhammad
Empunya wajah berseri-seri memikat
Harumkanlah ya Allah, kubur junjungan yang mulia
Dengan selawat selamat sejahtera
Ya Allah selawat dan salam serta berkatilah ke atas Nabi kami
1 comment:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tahniah Ayah, blog sangat informatif. Alhamdulilah, anakanda dan cucunda akan lebih berpengetahuan selepas ini. Insya Allah, usaha perlu diteruskan. Mungkin diperkayakan dengan audio bagi mendengarkan qasidah/bacaan.
Wassalam
Anakanda Julenah
Post a Comment