BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
Cucunda-cucunda yang disayangi Allah Subhanahu Wa Ta'ala
Assalam itu nama Allah Ta'ala
Assalamu'alaikum besar maknanya
Meletakkan nama Allah keatas kamu semua
Sejahteralah hidupmu sepanjang masa
Assalamu'alaikum jadi ucapan agama
Nilainya tinggi tiada sukatannya
Ucapan malaikat dan anbia
Begitu juga ucapan ahli-ahli syurga
Assalamu'alaikum jadi ucapan agama
Sebutan Assalam sebagai doa
Allah makbul sihat badan dan minda
Hidup mudah mendapat rizkiNya
Assalamu'alaikum jadi ucapan agama
Bukan ucapan mainan sesukanya
Bukan sama 'good morning' dan lain-lainnya
Bukan 'best wishes', bukan 'best regards' atau seumpamanya
Assalamu'alaikum jadi ucapan agama
Tidak boleh disebut bergurau senda
Celakalah sesiapa yang menyalahgunanya
Celaka di dunia dan celaka di akhirat jua
Muslimah dilarang menjawab salam
Daripada sekalian lelaki bukan mahram
Muslimah juga ditegah memberi salam
Kepada bukan mahram, yang kafir atau yang Islam
Masuk rumah sendiri beri salamnya
"Assalamu'alaikum" jika ada penghuninya
Jika tiada orang didalamnya
Ucap "Assalamu'alaina wa'ala 'ibadillahissolihin" tambahannya
Bagi orang Islam yang meninggal dunia
Ucapkan "'Alaikassalam" kalimahnya
Kepada yang hidup, jangan diguna
Tidak boleh memberi atau menjawabnya
Kirim salam dengan ucapannya
"Assalamu'alaikum" sesempurnanya
Kirim salam tanpa kalimahnya
Bagaikan kiriman tanpa barangannya
Bila menziarah orang yang dikenali
Semasa berjumpa memberi salam satu kali
Masuk rumahnya, memberi salam kedua kali
Keluar rumah, memberi salam sekali lagi
Bila menziarah rumah orang yang dikenali
Berilah salam meminta izin masuk kepada penghuni
Jika tiada izin, hendaklah kembali
Tinggalkan rumah itu dan segera pergi
Bila menziarah rumah orang yang dikenali
Salam sebanyak tiga kali diberi
Jika tiada jawaban, tinggalkan segera lebih suci
Mengikut perintah Allah Ta'ala dan Nabi (S.A.W.)
Assalamu'alaikum ditegah kafir mengucapnya
Kerana derhakanya kepada Allah Ta'ala, hilang layaknya
Muslimin dilarang memberi salam kepada kafir semuanya
Kerana Assalam adalah nama Allah Yang Maha Sejahtera
No comments:
Post a Comment