Daripada Abi Hurairah radhiallahu ‘anh meriwayatkan bahawa
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, mafhumnya:
“Apabila ALLAH TA’ALA telah mencipta syurga,
ALLAH TA’ALA berkata kepada Jibrail ‘Alaihissalam, “Pergi dan lihatlah syurga.” Jibrail ‘Alaihissalam pergi dan melihatnya
kemudian datang kembali lantas berkata,
“Wahai Tuhanku, demi Kemuliaan-Mu, sesiapa yang mendengarnya pasti akan
memasukinya yakni akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memasukinya.
Kemudian ALLAH TA’ALA meliputi syurga dengan
perkara yang dibenci yakni perlu mentaati hukum hakam syariat yang biasanya
nafsu tidak menyukainya. Kemudian ALLAH
TA’ALA berfirman, “Wahai Jibrail! Sekarang pergi dan lihatlah kepadanya.” Jibrail ‘Alaihissalam pun pergi dan
melihatnya, kemudian dia datang kembali seraya berkata, “Wahai Tuhanku, demi Kemuliaan-Mu,
sesungguhnya aku takut tidak ada seorang pun yang dapat memasukinya.”
Apabila ALLAH TA’ALA menjadikan neraka, ALLAH
TA’ALA berfirman, “Wahai Jibrail! Pergi dan lihatlah keadaan neraka.” Maka Jibrail ‘Alaihissalam pun pergi dan
melihatnya kemudian dia datang kembali seraya berkata, “Wahai Tuhanku, demi Kemuliaan-Mu, sesiapa
yang mendengarnya pasti dia akan menjauhinya yakni dia berusaha
bersungguh-sungguh supa tidak memasukinya.”
Kemudian ALLAH TA’ALA meliputinya denga
keinginan-keinginan nafsu kemudian ALLAH TA’ALA berfirman, “Wahai Jibrail! Pergi dan lihatlah keadaannya.” Maka Jibrail ‘Alaihissalam pun pergi dan
melihat keadaannya kemudia dia datang kembali seraya berkata, “Wahai Tuhanku, demi Kemuliaan-Mu dan
Ketinggian-Mu, sesungguhnya aku takut tidak aka nada seorang pun yang
terselamat daripadanya.” (Abu
Daud)
Hari Juma’at
22 Rabi’ulAwwal 1440 Hijriyah
30 November 2018
30 November 2018