Daripada Kharijah bin Huzaifah radhiallahu ‘anh berkata
bahawa pada suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah datang
berjumpa kami lalu bersabda, mafhumnya :
“Sesungguhnya ALLAH TA’ALA telah menambahkan
untuk kamu satu solat lagi. Solat itu
lebih baik bagi kamu daripada unta-unta merah.
Solat itu ialah Solat Witir.
ALLAH TA’ALA telah menentukan untuk kamu (waktu
solat itu) ialah antara solat ‘Isyak hingga terbit fajar.” (Abu Daud)
Keterangan : Dalam
kalangan orang Arab, unta merah dianggap satu harta yang sangat bernilai.
Hari Juma’at
7 JamadilAkhir 1439 Hijriyah
23 Februari 2018