Daripada Abi Umamah radhiallahu ‘anh meriwayatkan bahawa
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, mafhumnya:
“Sesiapa yang kasihkan seseorang semata-mata
kerana ALLAH TA’ALA, membenci seseorang semata-mata kerana ALLAH TA’ALA, memberi
(kepada seseorang) semata-mata kerana ALLAH TA’ALA, tidak memberi kepada
seseorang pun semata-mata kerana ALLAH TA’ALA maka sesungguhnya dia telah
menyempurnakan IMAN.” (Abu
Daud)
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bertanya kepada Abu Zar radhiallahu
‘anh, mafhumnya:
“Yang mana satukah ikatan Islam yang paling
kukuh?”
Abu Zar radhiallahu ‘anh telah menjawab: “ALLAH TA’ALA dan RasulNya yang lebih mengetahui (oleh
kerana itu, Tuanlah yang berikan jawaban).”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, mafhumnya:
“Berhubung baik serta tolong menolong
semata-mata kerana ALLAH TA’ALA, mengasihi seseorang semata-mata kerana ALLAH
TA’ALA, membenci seseorang semata-mata kerana ALLAH TA’ALA.” (Baihaqi)
Keterangan: Maksudnya ialah, antara cabang iman,
cabang yang paling mantap dan kuat ialah apabila seseorang itu berurusan dengan
sesiapa sahaja di dunia ini, sama ada untuk membina hubungan atau memutuskan
hubungan, mengasihi seseorang atau bermusuh dengan seseorang adalah bukan
kerana tuntutan nafsu sendiri tetapi semata-mata kerana ALLAH TA’ALA dan semata-mata kerana menunaikan perintah ALLAH TA’ALA. (Muntakhab
Ahadis)
Hari Juma’at
2 JamadilAwal 1439 Hijriyah
19 Januari 2018
19 Januari 2018