(Bahagian I)
TUNJANG KELUARGA
IBU BAPA TUNJANG
DALAM KELUARGA
Lazimnya orang Melayu Islam di Tanah Melayu ini, pada setiap
tahun tatkala menyambut hari lebaran ‘Eidul Fitri dan ‘Eidul Adha, yang masih
ada kedua-dua orang tuanya atau salah seorang ibu atau bapanya, bagi mereka
yang mempunyai kemampuan, kelapangan masa dan kesihatan, mereka akan balik
menziarahi orang tua mereka itu.
Terutamanya bagi anak lelaki, ia akan balik ke rumah orang
tuanya saban masa sebagai kewajiban ke atas dirinya untuk berbakti sebelum ajal
datang menjemput.
Kandati pun begitu, di samping anak-anak lelaki yang ada kemudahan
dan kelapangan tersebut, terdapat juga anak-anak yang kurang daya untuk berbuat
demikian yakni balik menziarahi orang tua mereka di atas sebab kesempitan hidup
atau jauh tempat tinggal.
Walau bagaimanapun
keadaan mereka, disebabkan perasaan tanggungjawab terhadap orang tua
mereka, anak-anak lelaki perlu berusaha merancang serta membuat persediaan dan
mengatur perjalanan mereka.
Bagi anak lelaki yang berkeluarga, membawa isteri dan
anak-anaknya balik ke rumah orang tuanya
serta tinggal dan berbakti kepada orang tuanya seberapa lama yang dapat selagi
masih ada hayat orang tuanya, maka ia merancang dan menguruskan hal kewangan,
perbelanjaan, jadual kerja serta cuti dan sebagainya dari awal-awal lagi.
Sekiranya kedua orang tua mereka sudah tiada lagi,
perkara-perkara di atas tidak lagi ada keperluan untuk mereka bersusah payah melakukannya.
BALIK KAMPUNG
Istilah “balik kampung” – apakah maksudnya. Dulu jika disebut “balik kampung”, terbayang
rumah kampung diperbuat dari kayu, dalam kawasan sawah padi atau ladang atau
kebun yang udaranya basa basi dan nyaman sekali.
Sekarang ini, sudah tidak wujud lagi perkampungan seperti
itu kerana telah ditukar ganti dengan taman-taman perumahan, pekan yang
dibangunkan dengan “mall-mall” dan kompleks membeli-belah.
Kebanyakan orang Melayu Islam dipindahkan dan tinggal di
taman-taman perumahan samada rumah tersebut disewa atau dibeli di
pinggir-pinggir pekan, bandar atau kota.
Ada juga yang tinggal di kondo atau “flat” di dalam bandar.
Ada sesetengah rumah orang Melayu Islam hanya selesa bagi
satu keluarga sahaja iaitu rumah tersebut mempunyai tiga bilik tidur, satu
ruang tamu, satu dapur dan bilik air dan ada juga yang lebih kecil dari itu.
RUMAH IBU BAPA
Ibu bapa adalah tunjang bagi anak lelaki maka mereka harus
diberi segala keistimewaan dan tinggal berasingan di rumah mereka sendiri untuk
keselesaan mereka dan untuk memudahkan anak lelaki mereka dan keluarganya untuk
menjenguk dan menziarahi mereka pada bila-bila masa.
Anak lelaki, terutamanya, hendaklah sentiasa menghargai
dengan nilai yang tinggi jasa ibu
bapanya kerana ibu bapanya itulah tempat percambahan nasab keturunan melalui
zuriat lelaki dalam keluarga yang dibina.
Jika dapat, sebaik-baiknya tempat tinggal ibu bapa yakni
rumah mereka berada berdekatan dengan rumah anak-anak mereka dalam kawasan
perumahan yang sama atau bersebelahan dengan rumah anak-anak mereka.
Ini membolehkan dan bersesuaian rumah ibu bapa mereka
menjadi tempat berhimpun, berjemaah, tempat bermuzakarrah dan bermesyuarat
serta lain-lain kegiatan silaturrahim.
Walau apapun, segala-galanya terletak di atas bahu anak-anak
lelaki untuk memungkinkan dan merealisasikan perkara-perkara tersebut berlaku.
BERKUMPUL PADA
HARI RAYA
Bagi anak lelaki rumah ibu bapanya adalah tempat ia
berkumpul untuk menyambut perayaan Hari Raya atau majlis-majlis yang khususnya
melibatkan ibu bapa dan adik beradik.
Keutamaan diberikan kepada ibu bapa anak lelaki dan isteri
serta anak-anaknya harus memahami heraki tersebut.
Bagi anak-anak perempuan, ibu bapa mereka menjadi keutamaan
yang terkemudian selepas suami mereka, ibu bapa mertua mereka. Inilah heraki yang telah ditetapkan bagi
orang Melayu Islam.
BUKAN TEMPAT
PERSINGGAHAN
Anak-anak lelaki hendaklah meletakkan niat hajat hasrat
secara khusus untuk semata-mata hendak berjumpa dan melihat kedua-dua atau
salah seorang orang tuanya yang masih hidup dan menjadikannya “the top most
priority” dalam kehidupannya, bukan menjadikan ziarah tersebut sebagai tempat
persinggahan “transit” dalam perjalanan ke destinasi lain atau sebagai
sampingan dalam menjalankan urusan-urusan lain.
PERINTAH ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah
Al-Israa’, Ayat 23, maksudnya:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau
tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat
baik (berbakti) kepada kedua ibu bapa.”
( Ayat 23)
Susunan tingkat keutamaan berbuat baik dan berbakti kepada
kedua ibu bapa juga diatur mengikut susunan taraf martabat di antara bapa, ibu,
kerabat (saudara-saudara) terdekat dan kerabat (saudara mara) yang jauh sebagaimana
tersebut dalam Hadis-Hadis dan di antaranya adalah seperti tersebut di bawah
ini:
1. Daripada ‘Abdullah
bin ‘Amru, daripada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, mafhumnya:
“Redho Tuhan Rabb pada redho bapanya, dan marah
Tuhan Rabb pada marah bapanya.” (atTirmizi)
2. Daripada Miqdam
bin Ma’dikarib, dari Nabi Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, mafhumnya:
“Sesungguhnya ALLAH TA’ALA berwasiat kepadamu
untuk berbakti kepada bapamu,
sesungguhnya ALLAH TA’ALA berwasiat kepadamu
untuk berbakti kepada ibumu, sesungguhnya ALLAH TA’ALA berwasiat kepadamu untuk
berbakti kepada ibumu, sesungguhnya ALLAH TA’ALA berwasiat kepadamu untuk
berbakti kepada ibumu,
sesungguhnya ALLAH TA’ALA berwasiat kepadamu
untuk berbakti kepada keluarga-keluargamu, yang lebih dekat sebelum yang lebih
jauh.” (Ahmad)
3. Daripada Abi
Hurairah radhiallahu ‘anh, dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
mafhumnya:
“Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!”
Lalu Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
ditanya orang:
“Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?”
Jawab Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Siapa yang mendapati kedua ibu bapanya (dalam
usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk
syurga (dengan berbuat baik dan berbakti kepada mereka).” (Muslim)
Hari Juma’at
23 Jun 2017