(WITCHCRAFT AND WITCHES ASSOCIATE WITH JINN)
Prakata:
Penulis tidak ada kemampuan untuk menulis secara terperinci
kisah-kisah jinn iblis syaitan ini kerana ianya amat kompleks sekali. Lebih-lebih lagi jinn-jinn itu bukan sahaja
melitupi pandangan mata manusia tetapi juga terdapat kebanyakan kisah-kisahnya
yang diceritakan orang mengandungi khayalan-khayalan dan dongeng.
Adalah diharapkan tulisan yang serba kekurangan ini dapat dibaca
secara cermat dan merujukannya dengan firman-firman ALLAH
SUBHANAHU WATA’ALA dan Hadis-hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Mudah-mudahan tulisan yang ringkas ini dapat sedikit
sebanyak memberi manfaat khususnya kepada penulis sendiri dan kepada pembaca-pembaca
umumnya.
InsyaALLAH.
MAKNA PERKATAAN
“JINN” IALAH MELITUPI PENGLIHATAN MATA MANUSIA
(The jinn so-called because they are concealed and hidden
from view)
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Hijr, Ayat 27, maksudnya:
“Dan jinn pula, Kami (ALLAH) jadikan dia
sebelum itu, dari angin api “assamuum” (tanpa asap) yang panasnya menyerap ke
liang bulu roma.”
Ayat 27
ALLAH TA’ALA says:
“And the jinn, We (ALLAH) created aforetime
from the smokeless flame of fire.” (V15: 27)
Jinn-jinn adalah makhluk halus yang dijadikan oleh ALLAH TA’ALA daripada api tanpa asap “assamuum
(smokeless fire)”.
Mereka itu tidak dapat dilihat melalui mata kasar oleh
manusia tetapi jinn boleh melihat manusia.
Jinn-jinn tidak dapat mengubah struktur kejadiannya sendiri daripada api
“assamuum” kepada tanah iaitu asal kejadian manusia dan lain-lain mengikut
kemahuannya.
Jinn-jinn itu hanya dengan izin ALLAH
TA’ALA sahaja dapat menampakkan dirinya kepada manusia pada satu-satu
masa dalam rupa bentuk tertentu seperti ular, anjing, manusia dan lain-lain. Namun begitu, biasanya bentuk-bentuk rupa yang
dikatakan ternampak oleh masusia itu adalah bayang-bayangan yang terkeluar dari
fikiran atau hati seseorang manusia.
Oleh hal yang demikian, mustahil bagi seseorang dan
tukang-tukang sihir dapat melihat dengan mata kasar jinn-jinn dalam bentuk rupa
asal dan menguasainya. Kata-kata yang mengakui bahawa mereka boleh melihat rupa
bentuk asal jinn adalah satu pembohongan yang amat besar.
PERCAYA KEPADA
JINN
Jinn, iblis dan syaitan adalah berasal dari satu unsur dan
satu ciptaan. Oleh itu, apabila disebut
iblis atau syaitan, maka ia adalah jinn dalam sifat-sifat khusus yang berbeza
di antara satu sama lain.
Terdapat kebanyakan manusia percaya kepada jinn-jinn dan
mereka sanggup bekerjasama dan meminta pertolongan daripada jinn-jinn atas
urusan pekerjaan mereka.
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Jinn, Ayat 6, maksudnya:
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah
perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan
meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jinn, kerana dengan permintaan itu
mereka menjadikan golongan jinn bertambah sombong dan jahat.” Ayat 6
ALLAH TA’ALA says:
“And verily, there were men among mankind
who took shelter with the males among the jinn, but they (jinn) increased them
(mankind) in sin and transgression.” (V72: 6)
Sedangkan jinn-jinn itu kerjanya semata-mata untuk
menyesatkan manusia kerana hasad dengkinya terhadap Adam ‘Alaihissalam.
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-A’raaf, Ayat 16 dan Ayat 17,
maksudnya:
“Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai
Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil
tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus.” Ayat 16
“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan
mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri
mereka; dan Engkau (ALLAH) tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” Ayat 17
ALLAH TA’ALA says:
“(Iblis) said: “Because You (ALLAH) have
sent me astray, surely, I will sit in wait against them (human beings) on Your
straight path.” (V7: 16)
“Then I will come to them from before them
and behind them, from their right and from their left, and You (ALLAH) will not
find most of them as thankful ones (i.e. they will not be dutiful to
You).” (V7: 17)
______________
MEMPERHIAS DAN
MENGGALAK MELAKUKAN MAKSIAT
Jinn-jinn syaitan memperhias dan menggalakkan manusia untuk
melakukan segala maksiat dalam kehidupan mereka.
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Hijr, Ayat 39, maksudnya:
“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau
(ALLAH) telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan
memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan
aku akan menyesatkan mereka semuanya,-”
Ayat 39
ALLAH TA’ALA says:
“[Iblis (Satan)] said: “O my Lord! Because
You misled me, I shall indeed adorn the path of error for them (mankind) on the
earth, and I shall mislead them all.” (V15: 39)
______________________
JALAN YANG
SESAT
Dengan permintaan daripada jinn-jinn iblis tersebut, ALLAH TA’ALA mengizinkan jinn-jinn iblis menyeru,
menghasut, mendesak dan menarik manusia dengan segala kekuatan mereka ke jalan
yang sesat.
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Israa’, Ayat 63 dan Ayat 64,
maksudnya:
“ALLAH berfirman (kepada iblis): “Pergilah
(lakukanlah apa yang engkau rancangkan!) Kemudian siapa yang menurutmu di
antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai
balasan yang cukup.” Ayat 63
“Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau
dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang
berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut-campurlah
dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan
janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”.
Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya
semata-mata.” Ayat 64
ALLAH TA’ALA says:
“(ALLAH) said: “Go, and whosoever of them
follows you surely, Hell will be the recompense of you (all) an ample
recompense.” (V17: 63)
“And befool them gradually those whom you
can among them with your voice (i.e. songs, music, and any other call for
ALLAH’s disobedience), make assaults on them with your cavalry and your
infantry, share with them wealth and children (by tempting them to earn money
by illegal ways usury, or by committing illegal sexual intercourse), and make
promises to them.” But satan promises
them nothing but deceit.” (V17:
64)
______________________
JINN IBLIS
SYAITAN MEMIMPIN MANUSIA KE NERAKA
Perlakuan tukang-tukang sihir yang mengikuti jinn-jinn dan
menjadikannya pemimpin-pemimpin mereka, itu bukanlah ke jalan ALLAH TA’ALA tetapi itu adalah hasrat jinn-jinn iblis
dan syaitan untuk menyesatkan anak-anak (keturunan) Adam ‘Alaihissalam dan
membawa mereka ke Neraka.
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Hajj, Ayat 3 dan Ayat 4,
maksudnya:
“Dan ada di antara manusia yang membantah
perkara-perkara yang berhubung dengan ALLAH dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan
kejahatan.“ Ayat 3
“Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan
itu , bahawa sesiapa yang berketuakan dia (syaitan), maka sesungguhnya ia akan
menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab Neraka.” Ayat 4
ALLAH TA’ALA says:
“And among mankind is he who disputes
concerning ALLAH , without knowledge, and follows every rebellious (disobedient
to ALLAH) syaitan (devoid of every kind of good).” (V22: 3)
“For him (the syaitan) it is decreed that
whosoever follows him, he will mislead him, and will drive him to the torment
of the Fire.” (V22: 4)
__________________________
PENCURI BERITA
DARI LANGIT
Oleh kerana jinn-jinn itu diberi ALLAH
TA’ALA dapat bergerak dan terbang cepat sebegitu rupa, maka mereka
senantiasa cuba mencuri berita-berita dari langit untuk disampaikan kepada
tukang-tukang sihir.
Mereka juga menyampaikan berita-berita kejadian dan rahsia
daripada manusia dari jarak tempat yang jauh kepada tukang-tukang sihir dengan
cepat. Berita-berita itu diputarbelitkan
“spin”dan diceritakan kepada tukang-tukang sihir.
Pada hakikatnya, semuanya bohong kerana jinn-jinn yang
membawa berita-berita ghaib kepada tukang-tukang sihir itu, jinn-jinn itu
sendiri mengaku bahawa mereka tidak dapat tahu berita-berita ghaib tersebut.
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah As-Saaffaat, Ayat 6, Ayat 7, Ayat 8, Ayat 9 dan Ayat 10,
maksudnya:
“Sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menghiasi
langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan
bintang-bintang.” Ayat 6
“Dan (Kami [ALLAH] pelihara urusan langit itu)
dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap syaitan yang
derhaka;” Ayat 7
“(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang
telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula
direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,” Ayat 8
“Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh
azab seksa yang tidak putus-putus.” Ayat
9
“Kecuali sesiapa di antara syaitan-syaitan itu
yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti
(dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.” Ayat 10
ALLAH TA’ALA says:
“Verily, We (ALLAH) have adorned the near
heaven with the stars (for beauty).” (V37:
6)
“And to guard against every rebellious
syaitan.” (V37: 7)
“They cannot listen to the higher group
(angels) for they are pelted from every side.”
(V37: 8)
“Outcast, and theirs is a constant (or
painful) torment.” (V37: 9)
“Except such as snatch away something by
stealing, and they are pursued by a flaming fire of piercing brightness.” (V37: 10)
____________________
PENGAKUAN JINN
SYAITAN PENCURI BERITA
Kerana hasad dengki dan dendam kesumat, jinn-jinn syaitan
senantiasa berusaha sedaya upaya serta dengan bala tenteranya mencuri
berita-berita percakapan malaikat-malaikat di langit, walaupun dengan susah
payah dan direjam dengan api yang menyala-nyala.
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Jinn, Ayat 8, Ayat 9 dan Ayat 10, maksudnya:
“Dan bahawa sesungguhnya kami (syaitan-syaitan)
telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan
pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api
yang menyala.” Ayat 8
“Padahal sesungguhnya kami (syaitan-syaitan)
dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar
(percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan
mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.” Ayat 9
“Dan bahawa sesungguhnya kami (syaitan-syaitan)
tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan yang demikian) hendak menimpakan
bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka (ALLAH) hendak
melimpahkan kebaikan kepada mereka?” Ayat
10
ALLAH TA’ALA says:
“And we (syaitan) have sought to reach the
heaven; but found it filled with stern guards and flaming fires.” (V72: 8)
“And verily, we (syaitan) used to sit there
in stations, to (steal) a hearing, but any who listens now will find a flaming
fire watching him in ambush.” (V72:
9)
“And we (syaitan) know not whether evil is
intended for those on earth, or whether their Lord (ALLAH) intends for them a
Right Path.” (V72: 10)
________________________
JINN SYAITAN
PENCURI DIBURU
Mana-mana jinn syaitan yang curi mendengar percakapan
malaikat-malaikat, diburu dan direjam dengan panahan api yang menyala yang
dapat dilihat.
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Hijr, Ayat 17 dan Ayat 18,
maksudnya:
“Dan Kami (ALLAH) pelihara (urusan) langit itu
dari (masuk campur) tiap-tiap syaitan yang kena rejam.” Ayat 17
“Kecuali syaitan yang curi mendengar percakapan
(malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang
menyala, yang nyata kelihatan.” Ayat
18
ALLAH TA’ALA says:
“And We (ALLAH) have guarded it (near
heaven) from every outcast syaitan.” (V15:
17)
“Except him (syaitan) who steals the hearing
then he is pursued by a clear flaming fire.”
(V15: 18)
__________________________
MENYAMPAI
KHABAR KEPADA PENDUSTA
Jinn-jinn syaitan yang mencuri berita percakapan
malaikat-malaikat akan membawa khabar-khabar berkenaan kepada tukang-tukang
sihir pendusta.
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Asy-Syu’araa’, Ayat 221, Ayat 222, Ayat 223 dan Ayat 224, maksudnya:
“Mahukah, Aku (ALLAH) khabarkan kepada kamu,
kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun.” Ayat 221
“Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta
yang berdosa,” Ayat 222
“Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang
disampaikan oleh syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah
dusta.” Ayat 223
“Dan ahli-ahli sya’ir itu, diturut oleh
golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.” Ayat 224
ALLAH TA’ALA says:
“Shall I (ALLAH) inform you (O people!) upon
whom the shayatiin descend?” (V26:
221)
“They descend on every lying, sinful
person.” (V26: 222)
“Who gives ear (to the syaitan and they pour
what they may have heard of the Unseen from the angels), and most of them are
liars.” (V26: 223)
“As for the poets, the erring ones follow
them.” (V26: 224)
________________________
KISAH JINN, IBLIS
DAN SYAITAN AMAT KOMPLEKS
Terdapat banyak kisah-kisah dan cerita-cerita mengenai jinn,
iblis dan syaitan disebut dan ditulis orang.
Kisah-kisah dan cerita-ceritanya berlainan dan berbeza di antara bangsa,
agama, golongan, puak, dan orang perseorangan yang ada di dunia ini.
Sesetengah kisah-kisah itu telah dijadikan legenda bagi
sesuatu bangsa, agama atau kaum. Dan,
ada juga yang jadikan kisah-kisah itu sebagai pendidikan moral bagi kanak-kanak
mengenai sifat-sifat baik dan jahat.
Ada di antara kisah-kisah itu, ianya adalah cerita mitos,
fiksyen dan dongeng, samada ianya telah direka atau cerita-cerita yang telah ditokok
tambah mengikut khayalan penulis cerita atau oleh pencerita-pencerita fiksyen
itu sendiri.
Justeru itu, seseorang tidak boleh mengakui bahawa kisah-kisah
yang diceritakan oleh orang lain itu bohong atau betul kerana rupa asal jinn
itu sendiri bukan sahaja tidak dapat dilihat manusia tetapi juga ia berubah-ubah
mengikut khayalan apa yang ternampak dari imbasan bayangan-bayangan mata
manusia atau orang yang berkenaan sahaja.
Oleh itu, selain daripada kisah-kisah sahih yang disebut di
dalam Al-Quran Al-Kariim dan Hadis-hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, maka kisah-kisah dan cerita-cerita mengenai jinn iblis syaitan perlu
diperhatikan dan disaringkan dengan sebaik-baiknya untuk mengelakkan seseorang
itu terjerumus dalam perangkap jinn-jinn syaitan yang menarik seseorang itu
kepada kekufuran dan kesyirikan.
TUKANG SIHIR
MENGERJAKAN KESYIRIKAN DAN KEKUFURAN
Apabila disebut tukang sihir (witchcraft and witches) ia melibatkan semua
bangsa, kaum dan agama, yang di antaranya disebut sebagai:
Tukang tenung, tok nujum, dukun, bomoh, pawang, kahin, penya’ir,
guru ilmu kebal dan lain-lainnya secara terang-terangan atau secara rahsia, yang
mana mereka menggunakan perantaraan jinn untuk membantu dalam pekerjaan mereka.
Terdapat di antara pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan itu melalui
pelbagai “medium” atau perantaraan yakni di antaranya seperti: jampi serapah, pemujaan,
“menurun” atau “trance”, nujum, herba, mandian bunga, minuman air-air najis
tertentu, tangkal benang, tangkal besi dan sebagainya, urutan, cucukan besi dan
lain-lain ke badan atau di tempat-tempat tertentu dan lain-lain lagi.
Ada juga di antara tukang-tukang sihir itu melakukan
pekerjaan seperti mengadakan ilmu pengasih, memudahkan lelaki dan perempuan
mendapat jodoh, memutuskan hubungan di antara suami isteri, melakukan “voodoo”
yakni membuat sesuatu yang boleh memberi kecelakaan atau sakit, menjadikan
seseorang itu kebal dan lain-lain lagi.
Lazimnya bagi setiap pekerjaan tersebut memerlukan tukang-tukang
sihir itu bekerjasama dengan jinn-jinn
dengan mengadakan ikatan perjanjian yang dapat dimanfaatkan bagi kedua-kedua
belah pihak.
Dalam perkara kerjasama dengan jinn-jinn syaitan itu, tukang
sihir tersebut perlu mematuhi syarat-syarat tertentu dan memerlukannya mengerjakan atau melakukan perkara-perkara pemujaan,
kesyirikan dan kekufuran baik secara terang-terangan atau secara bersembunyi,
sebagai membalas budi jinn-jinn syaitan yang akan melakukan kerja-kerja tukang
sihir berkenaan.
Jika tukang-tukang sihir berkenaan tidak dapat melaksanakan
syarat-syarat perjanjian mereka, maka jinn-jinn syaitan tersebut akan mengambil
tindakan mengikut apa yang telah dipersetujui bersama atau lain-lain tindakan
di luar pengetahuan tukang-tukang sihir itu sendiri. Ini ialah kerana tukang-tukang sihir tersebut
tidak dapat melihat jinn-jinn syaitan itu.
Dalam keadaan terdesak dengan tindakan-tindakan balas dendam
jinn-jinn syaitan tersebut, pernah diceritakan bahawa tukang-tukang sihir berkenaan
akan membuat perjanjian lain untuk melepaskan jinn-jinn syaitan tersebut kepada
orang lain yang boleh diperkenakan oleh tukang-tukang sihir berkenaan.
Apabila jinn-jinn syaitan itu setuju, maka jinn-jinn syaitan
itu akan berpindah dan mengganggu sepanjang masa orang-orang yang telah menjadi
mangsa tukang-tukang sihir tersebut sehingga mereka (jinn-jinn syaitan itu)
dikeluarkan dari orang-orang yang kena gangguan jinn-jinn syaitan itu.
TANGKAP JINN
Terdapat beberapa pembohongan besar oleh tukang-tukang sihir,
di antaranya mereka mengaku bahawa mereka berkuasa melawan, mengalahkan jinn-jinn
dan menangkap, mempenjarakan jinn-jinn tersebut dalam tempat-tempat yang khusus
atau memasungkan atau memakukannya di pohon-pohon kayu atau menghanyutkannya ke
dalam sungai dan laut.
Justeru, pengakuan tukang-tukang sihir sepertimana yang
tersebut itu adalah mustahil dan bohong kerana jinn-jinn, iblis dan syaitan
tidak berjasad dan berjisim seperti haiwan, serangga dan sebagainya, yang boleh
ditangkap dan boleh dikurung seperti tikus, burung, belalang dan lain-lain. Jika
pun perbuatan itu dapat ditunjukkan oleh tukang-tukang sihir, maka itu adalah
sebahagian daripada permainan-permainan sihir dan penipuan semata-semata, yang
dilakukan oleh jinn-jinn sekutu tukang-tukang sihir itu.
Tukang-tukang sihir tidak sepadan “no match” untuk berlawan
tenaga dengan apa cara sekali pun kerana jinn-jinn diberi kekuatan boleh
mengangkat batu batan, bangunan istana dan lain-lain yang beratnya ribuan tan.
Dan, terdapat di antara jinn-jinn itu boleh bergerak dengan
cepat dan pantas dari satu destinasi ke satu destinasi yang jauh, boleh membawa
berita-berita dari tempat yang jauh, boleh terbang ke langit, boleh menyelam ke
dasar lautan, boleh memasukki perut bumi dan menembusi tembok-tembok batu dan
dinding konkrit dan kayu, boleh masuk melalui saluran darah manusia dan
lain-lain, maka mustahil perbuatan menangkap, mengurung dan sebagainya itu
dapat dilakukan oleh tukang-tukang sihir.
Diceritakan orang kononnya bahawa jinn-jinn yang bekerjasama
dengan tukang-tukang sihir tersebut ditipu oleh jinn-jinn itu. Mereka pura-pura mengikut perintah
tukang-tukang sihir itu; contohnya, apabila tukang-tukang sihir berkenaan
memerintahkan jinn-jinn yang merasuk seseorang itu keluar, maka jinn-jinn itu mengaku
akan keluar dari badan orang-orang yang dimasukkinya itu.
Sebaliknya jinn-jinn tersebut masih berada di tempat itu. Jinn-jinn itu boleh merasuk atau masuk semula
ke dalam tubuh orang yang sama pada bila-bila masa sahaja.
Dalam kes seperti ini, jelas bahawa tukang-tukang sihir,
orang yang kena rasuk dan orang-orang
yang berada di tempat itu sudah dipermain-mainkan oleh jinn-jinn
berkenaan.
PENGGUNAAN AYAT-AYAT
AL-QURAN AL-KARIIM
Terdapat juga, penipuan dan pembohongan besar tukang-tukang
sihir Melayu yang berselindung dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran Al-Kariim atau
doa-doa ruqyah untuk meyakinkan mangsa, kononnya untuk menghalau jinn-jinn yang
merasuk di dalam tubuh badan manusia dan berpura-pura berkomunikasi dengan
jinn-jinn tersebut. Sedangkan jinn-jinn
tersebut adalah pembantu atau rakan sekerjasama dengan tukang-tukang sihir itu
sepertimana tersebut di atas.
KERANA PUTUS ASA
Apabila manusia berketerlaluan berhajat untuk mendapatkan
sesuatu yang dicita-citakannya atau apabila manusia terkena musibah penyakit,
kesusahan dan sebagainya, ia akan menjadi putus asa dan hilang punca.
Ia akan mencari orang yang boleh menolongnya tanpa mengambil
kira samada orang yang ia cari itu dan meminta pertolongannya; ianya lelaki
atau perempuan, kafir musyrik beragama Hindu, Buddha, pagan-pagan Semang dan
Sakai, Siam dan lain-lain yang dipercayainya boleh menolong dan melepaskan
mereka dari bencana atau menyembuhkan mereka dengan segera dari penyakit yang
dihidapi mereka.
Bila dalam keadaan seperti inilah, maka tukang-tukang sihir itu
mendapat peluang menjerat dan menguasai fikiran orang-orang yang terkena
sesuatu musibah itu dengan menggunakan kata-kata ucapan psikologi halus sehingga
mereka dapat menyakinkan orang-orang itu bahawa mereka benar-benar dapat
menguasai jinn-jinn syaitan dan dapat menghapuskan bala bencana atau dapat
menyembuhkan penyakit yang ditanggung oleh orang-orang itu.
RISIKAN RAHSIA
MANGSA
Modus operandi penting bagi tukang-tukang sihir sebelum melakukan pekerjaan pengubatan,
menghalau, memagar kawasan, mendapatkan jodoh dsb iaitu mereka perlu
mendapatkan maklumat asas mengenai diri dan keluarga pesakit atau mangsa;
seperti gaya hidup, pekerjaan, amalan-amalan seperti solat, membaca Al-Quran dan
dll, tempat-tempat yang menjadi kebiasaan pesakit atau mangsa kunjungi serta
rakan dan sahabat handai orang-orang yang terkena musibah itu.
Tukang-tukang sihir biasanya mendapat informasi yang
diperlukan melalui risikan atau
bercakap-cakap dengan orang-orang yang menjadi kenalan pesakit atau mangsa
secara halus dan tidak ketara.
Maklumat-maklumat tersebut dijadikan bahan bualan mukadimah
di hadapan kaum keluarga orang-orang yang terkena musibah sehingga apa yang
disebutkan oleh tukang-tukang sihir itu nampak selari dengan apa yang dialami
oleh orang-orang yang terkena musibah
itu, sedangkan ahli kaum keluarga orang yang terkena musibah itu tidak pernah
memberitahu apa-apa maklumat pun kepada tukang-tukang sihir itu
sebelumnya.
TUKANG SIHIR
MELEPAS DIRI
Sering kali didengari cerita mengenai orang-orang yang pernah
terkena musibah dan penyakit yang meminta pertolongan dan berubat dengan
tukang-tukang sihir tersedar bahawa mereka telah ditipu.
Untuk melepaskan diri daripada pembohongan dan penipuan
mereka apabila mereka gagal merawati atau mengubati orang-orang yang terkena
musibah itu, maka tukang-tukang sihir tersebut mencari ribuan helah dan alasan untuk
menutup kegagalan mereka supaya dengan helah dan alasan mereka itu dapat
menyakinkan pesakit atau mangsa yang mereka telah cuba sedaya upaya mereka.
Misalannya:
·
Mereka menyatakan bahawa orang-orang yang
meminta pertolongannya itu tidak mengikut pantang larang yang dikenakan.
·
Mereka mengatakan bahawa ada jinn-jinn lain
dihantarkan orang kepada pesakit berkenaan atau menghalang hajat seseorang itu
tercapai dan perlu berusaha lagi untuk menghalau dan mengeluarkan jinn-jinn
yang baru masuk itu, dan lain-lain lagi.
·
Mereka memberi alasan bahawa mereka tidak sempat
atau tidak dapat datang kerana berada di tempat yang jauh.
BERLINDUNG DENGAN ALLAH TA’ALA
Anak-anak Adam hanya boleh selamat dari gangguan kejahatan
golongan jinn-jinn, iblis dan syaitan ialah dengan berlindung dengan ALLAH TA’ALA sepanjang masa dengan menyebut NamaNya, berzikir dan berdoa sepertimana yang diajar
dan ditunjuk oleh ALLAH TA’ALA dalam
firman-firmanNya dan mengikut ajaran Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
dalam sabda-sabda Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
TERJEMAHAN AYAT KURSI
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 255, maksudnya:
“ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan
(sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa’at
(pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka
dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu ALLAH melainkan
apa yang ALLAH kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi ALLAH (IlmuNya dan kekuasaanNya)
meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada ALLAH menjaga
serta memelihara keduanya.
Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat
kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” Ayat 255
ALLAH TA’ALA says:
“ALLAH! La ilaha illa Huwa (none has the
right to be worshipped but He), Al-Hayyul-Qayyuum (the Ever Living, the One Who
sustains and protects all that exists).
Neither slumber nor sleep overtakes Him.
To Him belongs whatever is in the heavens
and whatever is on the earth.
Who is he that can intercede with Him except
with His Permission?
He knows what happens to them (His
creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter.
And they will never compass anything of His
knowledge except that which He wills.
His Kursi extends over the heavens and the
earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them.
And He is the Most High, the Most
Great.” (V2: 255)
WALLAHU A’LAMU
BISSAWAB
Hari Juma’at
5 Rabi’ulAkhir 1437 Hijriyah
15 Januari 2016
Nota :
KETERANGAN
DARIPADA AL-MARHUM PROF. DR. HAMKA
“Orang Arab jahiliyah ada kepercayaan bahawa di lekak-lekuk
tempat yang seram, di bukit, di gunung, di lembah ada jinn-jinn penguasa. Maka kalau mereka berjalan kemana-mana,
mereka lebih dahulu memberi hormat kepada “penjaga” atau “penguasa” tempat itu.
Kepercayaan inipun merata rupanya di mana-mana. Pada suku-suku
bangsa kita di Indonesia, Melayu dan Jawa juga ada kepercayaan akan jinn-jinn
itu.
Berbagai namanya pada istilah kita; dewa, dewi, peri,
mambang, begu, hantu, orang sibunian, dan lain-lain sebagainya.
Bangsa kita pun memuja dan memanggil mereka meminta
hindarkan dari bala.”