LEMAK BABI ATAU
BIJIRIN
Bar code E471
sering menjadi polemik di antara sesetengah kelompok orang-orang Islam di
Malaysia ini.
Dikatakan bahawa bar code
tersebut sebagai petunjuk kepada produk-produk makanan dan minuman mengandungi
lemak-lemak samada lemak itu daripada babi atau bijirin dan sayur-sayuran.
Bagi pengguna-pengguna Islam amatlah payah untuk mereka mengetahui
kandungan lemak dalam sesuatu produk itu samada ia mengandungi lemak babi atau
lemak bijiran dan sayur-sayuran kerana bar code E471
itu hanya menunjukkan produk-produk tersebut mengandungi lemak dan tidak
dinyatakan samada ia lemak babi atau lemak bijiran dan sayur-sayuran.
Bagi pengguna-pengguna kafir, lemak babi itu adalah makanan
mereka.
Di samping itu, terdapat juga sesetengah orang-orang Islam
yang tidak mengambil kisah mengenai dengan bar code E471
itu. Perkara ini tidak menjadi masalah
bagi mereka asalkan produk-produk yang mengandungi E471 adalah kegemaran dan kesukaan
mereka.
LEMAK BABI BANYAK
Jika diambil kira cara memproseskan bahan-bahan untuk
mendapatkan lemak-lemak yang ditunjukkan
dengan bar code E471 itu, maka secara mudah difikirkan bahawa untuk
mendapatkan lemak dengan lebih mudah, cepat dan banyak ialah daripada babi,
berbanding dengan cara mendapatkan lemak-lemak bijirin dan sayur-sayuran kerana
bijirin dan sayur-sayuran kandungan peratusan lemaknya amat sedikit.
FATWA-FATWA YANG
BERBEZA
Di Malaysia ini, terdapat sesetengah pihak mengeluarkan
fatwa-fatwa yang berbeza-beza di antara satu sama lain dalam sesuatu masalah
termasuklah perkara bar code E471
ini yang mana ianya telah menjadi kekeliruan dan membawa kepada perpecahan
fahaman yang ketara.
Keadaan tersebut mungkin berlaku di atas beberapa sebab dan
di antaranya:
Pertama: Samada tidak
ada orang-orang Islam yang sebenar-benarnya membuat penganalisaan khusus secara
saintifik bagi menentukan apakah bahan-bahan lemak yang dimaksudkan dalam bar code E471 itu.
Kedua: Terdapat pihak-pihak
yang mengeluarkan fatwa-fatwa secara berkumpulan atau secara bersendirian yang
ghairah hendak berfatwa walaupun mereka jahil.
Ketiga: Terdapat
banyak berbezaan fatwa-fatwa mengenai hukum halal dan haram di antara Ahlussunnah
Wal Jamaah dan pendukung-pendukung fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Mohamad
bin Abdul Wahab (lahir 1115H/1703M - mati 1206H/1792M).
PILIHAN SENDIRI
Maka sesiapa yang guna, makan dan minum produk-produk yang
ada bar code E471 itu adalah di atas pilihan dirinya
sendiri dan ia juga bertanggungjawab atas makan minum keluarganya.
WALLAHU A’LAMU
BISSAWAB
Hari Juma’at
19 Rejab 1436 Hijriyah
8 Mei 2015
8 Mei 2015