PENDUDUK MAJMUK
Malaysia adalah sebuah negara orang-orang Islam yang mana
penduduknya terdiri daripada berbagai-bagai bangsa, kaum, keturunan etnik dan
agama.
Penduduk Malaysia menjalani cara hidup mengikut adat resam
bangsa dan kaumnya sendiri. Mereka juga
mempraktikkan apa-apa agama dan fahaman
yang mereka anuti.
Justeru, puak-puak Wahabi bawaan fahaman Mohamad bin Abdul
Wahab (lahir 1115H - mati 1206H/1703M-1792M), yang menggunakan berbagai-bagai
nama di antaranya seperti Salafi, Sunni, Tajdid dan lain-lain, boleh
menjalankan kegiatan kehidupan mereka dalam aliran Wahabisme tersebut secara berasingan.
TAKLUK MAKKAH
DAN MADINAH
Fahaman Wahabi adalah ekstrem dan keras, yang mengkafir,
mensyirik, membid’ah sekalian orang-orang Islam lain yang tidak sealiran dengan
mereka.
Kerajaan A’rab Saudi mengisytiharkan fahaman Wahabi menjadi
agama rasmi kerajaan tersebut setelah menaklukki dua Tanah Suci Makkah
Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah hak milik orang-orang Islam sedunia, pada
tahun 1932M dan menjadikan tanah suci-tanah suci tersebut hak milik mutlak
kerajaan Wahabi A’rab Saudi hingga sekarang ini.
Kini, kerajaan Wahabi A’rab Saudi terus mengembangkan sayap
fahaman Wahabi ke negara-negara orang-orang Islam termasuk Malaysia dan
Nusantara melalui agen-agen pendakyahnya yang terdiri daripada rakyat-rakyat
tempatan negara-negara berkenaan.
RETAK MENANTI
BELAH
Mengambil perhatian daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
Malaysia seperti yang disiarkan dalam Sinar Harian bertarikh 1 Mac 2015 dan
keputusan-keputusan berkaitan pergerakan Wahabi sebelum itu, maka ia jelas menunjukkan
bahawa Umat Islam di Malaysia kini menghadapi krisis nilai ‘aqidah di antara
Ahlussunnah Wal Jama’ah dan Wahabi.
Krisis demi krisis sedang berlaku terhadap nilai ‘aqidah
Umat Islam di Malaysia ini ibarat “retak
menanti belah”.
Jika perkara tersebut daripada awal tidak ditangani dan dibendung
segera, maka Umat Islam di Malaysia akan berkemungkinan ditimpa bala dan
kecelakaan perpecahan. Na’uzubillahi min zalik.
API KECIL BAIK
PADAM
NIP IN THE BUD
Untuk mengelakkan permusuhan, pembunuhan, kacau-bilau dan
kucar-kacir di antara umat Islam dalam negara, maka adalah dilihat bahawa
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mengambil tindakan proaktif bagi
mengekang kegiatan ekstremis yang akan membawa kepada pergerakan militan bunuh-membunuh
di antara umat Islam kerana perbezaan aliran fahaman agama sebagaimana hal
tersebut sedang berlaku di negara-negara Arab di Timur Tengah dan sesetengah
negara Afrika sekarang ini.
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia adalah sebagai badan yang
memberi nasihat mengenai hukum-hukum dan hal ehwal Agama Islam dan
penguatkuasaannya adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan
negeri masing-masing.
Maka dengan itu, rakyat harus mengambil perhatian atas setiap
keputusan berkaitan dengan kegiatan Wahabi yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia.
ASINGKAN WAHABI
Oleh demikian, supaya Umat Islam di Malaysia ini dapat hidup
dengan aman, saling faham-memahami kepercayaan dan agama di antara satu sama
lain, maka adalah lebih baik puak-puak Wahabi itu mengadakan tempat-tempat
sembahyang, kubur-kubur, tempat-tempat pengurusan jenazah secara berasingan,
jauh daripada masjid-masjid, kubur-kubur dan tempat-tempat pengurusan jenazah
orang-orang yang beriman di Malaysia ini.
Adalah perlu diingati bahawa mana-mana doktrin, fahaman dan
aliran agama yang ekstrem, keras dan melampau, amat tidak sesuai berada di
Malaysia ini.
Salinan akhbar Sinar Harian bertarikh 1 Mac 2015 |
Hari Juma'at
22 JamadilAwwal 1436 Hijriyah
13 Mac 2015