THE MIRACLE OF WATER
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Anbiyaa’, Ayat 30, maksudnya:
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan
dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum
(sebagai benda yang satu), lalu KAMI (ALLAH) pisahkan antara keduanya, dan KAMI (ALLAH) jadikan dari
air, tiap-tiap benda yang hidup, maka mengapa mereka tidak mahu
beriman?” (V21: 30)
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah An-Nur, Ayat 45, maksudnya:
“Dan ALLAH menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air;
maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di
antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat
kaki. ALLAH menciptakan apa sahaja yang IA (ALLAH) kehendakki (selain dari yang
tersebut), kerana sesungguhnya ALLAH Maha Berkuasa atas tiap-tiap
sesuatu.” (V24: 45)
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Furqaan, Ayat 54, maksudnya:
“Dan DIA (ALLAH)lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu
dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan);
dan sememangnya Tuhanmu (ALLAH) berkuasa (menciptakan apa jua yang
dikehendakkiNYA).” (V25: 54)
KEGUNAAN AIR
THE USE OF THE WATER
Air yang digunakan manusia selain daripada kegunaan dan
keperluan seharian, air juga digunakan sebagai bahan rawatan atau ubat, di
antaranya sebagaimana tersebut dalan Hadis-hadis berikut:
Sabda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan dari Rafi’ Bin Khadij radhiallah
‘anh, mafhumnya:
“Demam itu merupakan bahang daripada api
neraka, maka sejukkan ia dengan air.”
Sabda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah
radhiallahu ‘anh, mafhumnya:
“Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan
atau dikehendakki.”
AIR SEJUK “BARID”
COLD WATER
Mengenai istilah bahasa Al-Quran Al-Kariim, perkataan “barid” maknanya ialah air sejuk tabi’i (natural cold water) dan perkataan “Salj” bererti salji
(snow) atau air batu atau ais (ice).
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Saad, Ayat 42, maksudnya:
“{Maka KAMI (ALLAH) kabulkan permohonannya
(Nabi Aiyub ‘alaihissalam) serta KAMI (ALLAH) perintahkan kepadanya}: “Hentakkanlah
(bumi) dengan kakimu”, {setelah ia melakukannya, maka terpancarlah air, lalu KAMI
(ALLAH) berfirman kepadanya}: “Ini ialah air sejuk “barid” untuk mandi dan untuk minum (bagi
menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”. (V38: 42)
AIR PENAWAR “RUQYAH”
INCANTATION WATER
Lazimnya orang-orang Melayu menyebut perkataan “air sejuk” yakni air sejuk yang dimaksudkan itu ialah
air telaga, air perigi, air sumur, air hujan dan lain-lain yang belum
dipanaskan.
Seperti yang ditulis dan diamalkan oleh orang-orang Islam,
biasanya “air sejuk” itu digunakan sebagai air
menawar yang diRUQYAH bagi
berbagai-bagai penyakit yang berkaitan.
Namun begitu ALLAH SUBHANAHU WA
TA’ALA MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA tidak menghadkan cara-cara
pengubatan.
Oleh itu, maka berubatlah dengan air
sejuk atau air batu, atau dengan apa-apa
bahan, atau dengan apa-apa cara asalkan bahan-bahan ubat dan pengubatannya itu
bukan daripada bahan-bahan yang HARAM
dan tatacara pengubatannya pula bukan dengan melakukan maksiat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.
Sabda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ radhiallahu
‘anh:
“Sesungguhnya ALLAH menurunkan penyakit dan
ubat dan menyediakan bagi setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah dan janganlah
kamu berubat dengan benda yang diHARAMkan.”
RAWATAN PENYAKIT DENGAN AIR BATU “ICE”
Dengan menggunakan teknologi semasa, air sejuk “barid” itu boleh
dijadikan lebih sejuk seperti menjadikan ia air batu “ice”, maka air sejuk “barid” itu telah bertukar menjadi lebih sejuk, yang
mana boleh diminum, boleh digunakan untuk rawatan penyakit dan lain-lain
kegunaan selama mana ia tidak bercampur dengan bahan-bahan najis dan haram.
Prof. Madya Dr. Ahmad Rohi Ghazali dari Universiti
Kebangsaan Malaysia, menyatakan:
“Dalam dunia perubatan,
menurunkan suhu badan ke bawah tahap sejuk juga telah digunakan untuk merawat
beberapa penyakit kronik.
Di Russia, pesakit
dimasukkan ke dalam bilik sejuk atau mandian ais untuk seketika untuk kerap
kali bagi merencat “stunt” aktiviti virus HIV.”
Hari Juma’at
23 Rabi’ulAkhir 1436 Hijriyah
13 Februari 2015