MANUSIA BUKAN MONYET
Walaupun sudah jelas bahawa dalam dunia ini diciptakan jinn,
manusia, binatang dan lain-lain makhluk yang masing-masingnya berlainan kejadian
dan sifatnya di antara satu sama lain; namun begitu, masih ramai manusia bongak
yang mempercayai dan menerima sebagai benar bahawa asal manusia adalah daripada
monyet mengikut teori sewel seorang ahli sains yang bernama Charles Robert
Darwin (February 12, 1809-April 19, 1882).
Adalah nyata bahawa teori Charles Robert Darwin itu bohong
apabila masih wujud monyet-monyet dalam berbagai bentuk rupa dan warna. Monyet-monyet itu terus membiak hidup sebagai
monyet yakni monyet-monyet itu masih
tidak berubah bentuk rupa dan sifatnya secara evolusi bertukar menjadi manusia.
Justeru itu, kebanyakan orang ramai yang bongak dan jahil
biasanya mudah terpedaya dengan kepercayaan, teori-teori bohong yang dibawa
oleh orang-orang yang dilihat mempunyai kelulusan pengetahuan, gelaran dan
kedudukan sedang orang-orang itu adalah orang-orang kemamar.
AGAMA BARU “TAJDID”
Begitulah juga yang berlaku dengan kepercayaan dan
perkara-perkara agama sepertimana yang berlaku
mengenai evolusi monyet kepada manusia yang tersebut di atas.
Dalam agama, pada akhir zaman ini yakni selepas kurang lebih
1115 tahun mengikut taqwim Hijriyah atau mulai dari abad ke 18 dan abad ke 19,
muncul beberapa agama baru “TAJDID” iaitu agama-agama bohong Neo-Khawarij yang
kononnya memperjuangkan bagi membersihkan agama daripada perlakuan dan
amalan-amalan SYIRIK dan BID’AH DHOLALAH “Bid’ah Sesat yang tempatnya dalam
neraka”.
Mengikut pemikiran yang waras, agama baru “TAJDID”
agama-agama bohong Neo-Khawarij yang timbul selepas 1115 tahun Hijriyah itu,
tidak lain tidak bukan hanyalah ianya agama pembohong dan sebenar-benarnya
sesat.
Tujuan sebenar agama baru “TAJDID” agama-agama bohong Neo-Khawarij
itu ialah untuk memecah belah, menjadikan rendah, lemah dan hina umat Islam berkaitan
dengan ‘Aqidah dan amal ibadat yang telah ditetapkan “establish” selama 1435
tahun selepas Hijrah.
Dalam keadaan umat Islam berpecah belah dan porak-peranda itu,
pembawa-pembawa agama “TAJDID” agama-agama bohong Neo-Khawarij mengambil
kesempatan di atas kekalutan umat Islam ini dengan menakluki sesebuah negara atau menguasai mana-mana kaum
dengan mudah.
Dalam tahun 1932, salah satu daripada agama-agama bohong
Neo-Khawarij tersebut, setelah dapat memecah belahkan umat Islam di sana, dengan bantuan kafir British dengan mudah telah
dapat menakluki Semenanjung Arab termasuk dua kota suci Makkah Al-Mukarramah
dan Madinah Al-Munawwarah.
PENGKHIANAT CELAKA
Melihat kepada agenda penipuan tersebut, maka mereka adalah
pengkhianat celaka yang menaburkan virus-virus perpecahan umat Islam dengan
bertopengkan berbagai-bagai jenama tipu daya untuk mengaburi mata umat Islam
yang jahil.
Buktinya umat Islam sekarang ini amat ketara perpecahan dan porak-peranda
sehingga berlaku takfirah – kafir mengkafir, syirik mensyirik, bunuh membunuh
sesama umat Islam akibat kecelaruan kefahaman agama yang sebenar.
Berperang, bunuh membunuh sesama Islam itu terus berlaku
dalam negara-negara umat Islam.
Fenomena itu amat menguntungkan kaum kafir kerana mereka
tidak perlu berperang dengan umat Islam secara berdepan.
KELULUSAN AKADEMIK
TUJUAN PENIPUAN
Seperti juga dengan pembohongan Charles Robert Darwin yang
sewel yang mempunyai kelulusan pengetahuan akademik yang tinggi, pembawa-pembawa
agama baru “TAJDID” agama-agama bohong Neo-Khawarij ciptaan manusia itu, juga mempunyai kelulusan pengetahuan dan gelaran, boleh
menipu orang-orang bongak, jahil dan orang-orang yang serupa dengan mereka.
Hari Juma’at
25 Jamadil Akhir 1435 Hijriyah
25 April 2014