BAHAGIAN 1
Adalah
disenaraikan di bawah ini di antara beberapa fahaman Orang Sesat dalam agama yang terdiri daripada puak-puak Neo-Khawarij.
1.
Persoalan : Maha Suci Allah daripada bersifat duduk atau
bersemayam.
Orang Sesat : “Allah duduk di atas kursi”.
2.
Persoalan : Maha suci Allah daripada anggota dan jisim.
Orang Sesat : “Penafian jisim dan
anggota bagi Allah adalah suatu yang
dicela”.
3.
Persoalan : Maha suci Allah dari tempat.
Orang Sesat : “Allah Ta’ala itu di atas arasy”.
4.
Persoalan : Tentang Abu Jahal dan Abu
Lahab.
Orang Sesat : “Abu Jahal dan Abu Lahab lebih
mulia dan pengamalan serta peng-ESA-an tauhid mereka kepada Allah lebih daripada orang Islam
umumnya yang mengucap dua Kalimah Syahadah.
5.
Persoalan : Tentang Ulama Asya’irah
dan Maturidiah.
Orang Sesat : “Pengikut Asya’irah dan
Maturidiah tidak layak digelar sebagai Ahlussunnah Wal Jamaah”.
6.
Persoalan : Nabi Adam ‘Alaihissalam.
Orang Sesat : “Adam bukanlah nabi atau pun
rasul.”
7.
Persoalan : BerSolawat atas Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Orang Sesat : "Lafaz Solawat itu
adalah syirik".
8.
Persoalan : Api neraka dan orang-orang
kafir.
Orang Sesat : “Api neraka itu akan
binasa dan orang-orang kafir itu tidak diazab selama-lamanya.”
9.
Persoalan : Allah Ta’ala tidak sama dengan sesuatu
yang baru.
Orang Sesat : “Allah mencipta manusia sama dengan
rupa bentukNya.”
10.
Persoalan : Lafaz “La Ilaha IllAllah”.
Orang Sesat : “Ini adalah bid’ah dari
golongan yang jahil yang keluar daripada landasan syariat kepada zikir yang
mensyirikkan Allah”
11.
Persoalan : Makna Istawa.
Orang Sesat : "Al Kursi itu adalah
tempat letak kedua kaki Allah.”
12.
Persoalan : Tentang Alam.
Orang Sesat : “Sama dengan tanggapan
ahli falsafah yang mengatakan bahawa jenis alam itu adalah azali (tidak ada
permulaan). Anggapan mereka ini memberi erti bahawa sebelum kewujudan makhluk
ini, sudah ada makhluk dan sebelumnya ada makhluk yang lain dan begitulah
seterusnya tanpa permulaan.
13.
Persoalan : Melafazkan BISMILLAH ketika makan.
Orang Sesat : ”Membaca dengan sempurna BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM adalah salah dan bid’ah yang
dicela dan harus dicegah.”
14.
Persoalan : Pergerakan Allah.
Orang Sesat : “Allah bergerak dari sudut atas ke
bawah dan dari bawah ke atas.”
15.
Persoalan : Menziarahi kubur Nabi Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dan kubur muslimin bagi wanita.
Orang Sesat : “Perbuatan menziarahi
kubur bagi perempuan itu adalah haram, dosa besar dan kafir walaupun ia menziarahi
kubur Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
16.
Persoalan : Meletakkan pelepah tamar
di atas kubur.
Orang Sesat : ”Meletakkan pelepah tamar
di atas kubur bukanlah suatu perkara yang disyariatkan.”
17.
Persoalan : Mazhab.
Orang Sesat : “Mengikut mana-mana mazhab
adalah syirik.”
18.
Persoalan : Siti Hawa Isteri Nabi Adam
‘Alaihissalam.
Orang Sesat : “Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawa.”
Hari
Juma’at
12
Jamadil Awwal 1435 Hijriyah
14
Mac 2014