TAHUN KUDA “WU”
Tahun Baru Cina tahun ini adalah tahun KUDA dan akan
disambut mulai pada malam 30 Januari 2014 hingga 14 Februari 2014. Bagi mereka
yang lahir dalam tahun KUDA, dipercayai cerdik, bijak bercakap dan ceria tetapi
degil.
LAMBANG BINATANG
Mengikut zodiak Cina, ada 12 binatang yang dijadikan lambang
setiap tahun bagi 12 pusingan tahun.
Binatang-binatang tersebut ialah:
TIKUS, LEMBU, HARIMAU, ARNAB, NAGA, ULAR, KUDA, KAMBING,
KERA, AYAM JANTAN, ANJING dan BABI.
Dikatakan bahawa mana-mana orang Cina yang lahir dalam tahun
yang berlambangkan binatang berkenaan, maka ia akan mengikut sifat-sifat dan
tabiat-tabiat binatang tersebut.
Lambang-lambang binatang dalam zodiak Cina dicipta dalam
masa pemerintahan kafir Cina. Sewaktu
Dinasti Han dalam pemerintahan Maharaja Wu pada 104 SM, ia telah menetapkan
bulan 1 kalendar Cina sebagai awal Tahun Baru Cina.
Kini sambutan Tahun Baru Cina menjadi adat dan budaya di
Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,
Taiwan , Thailand. Termasuk juga
tempat-tempat yang kuat dipengaruhi budaya Cina seperti Vietnam, Korea, Tibet,
Mongolia dan Jepun.
MEMBERSIH RUMAH
Keluarga-keluarga Cina akan membersihkan secara menyeluruh rumah-rumah
mereka beberapa hari sebelum hari Tahun Baru Cina sebagai menghalau nasib
malang dan musibah yang telah menimpa mereka dan mereka mempercayai bahawa
nasib baik “good luck” tidak di sapu keluar, semua penyapu dan pengumpul habuk
disimpan dan disembunyikan.
JAMUAN PERTEMUAN
SEMULA “REUNION DINNER”
Acara terbesar pada malam sebelum Tahun Baru Cina ialah
jamuan pertemuan semula “Reunion Dinner”.
Adalah menjadi kemestian semua ahli keluarga samada jauh dan dekat balik
dan berada di rumah orang tuanya pada petang bermulanya Hari Tahun Baru Cina
itu, berkumpul menikmati makanan bersama keluarga. Ibu bapa akan mempastikan anak-anak mereka
balik pada hari tersebut dalam apa jua keadaan dan suasana selagi mereka berdua
masih hidup.
PERAYAAN AGAMA CINA
Orang-orang Cina kafir, orang-orang keturunan Cina kafir samada
ia berkahwin dengan orang-orang Islam atau ia memeluk Islam, bagi sesetengah
daripada mereka masih mempunyai sentimen menebal terhadap adat resam dan upacara-upacara
sambutan Tahun Baru Cina yang ada dalam diri mereka atau mereka terpaksa
mengikut kehendak suami atau isteri mereka yang berketurunan Cina kafir itu.
Ada sesetengah orang mengatakan bahawa perayaan Tahun Baru Cina
itu bukan perayaan keagamaan Cina dan semua orang boleh menyambutnya tanpa
mengira kaum dan agama.
Tetapi kenyataannya, dapat dilihat bahawa setiap perayaan
Tahun Baru Cina, orang-orang Cina akan membakar mercun bagi menghalau
hantu-hantu jahat (puaka) dan nasib malang, melakukan pemujaan bagi mengundang
dewa-dewi dari kayangan dan bumi, penyembahan berhala-berhala dan datuk nenek
mereka yang telah mati dengan menyediakan hadiah-hadiah dan makanan-makanan
khas.
Dalam tempoh masa perayaan Tahun Baru Cina itu, mengikut
adat orang-orang Cina turun temurun, mereka akan menyediakan makanan-makanan
khusus yang istimewa iaitu di antaranya ialah luohan zhai, kuih cang, yee sang
dan lain-lain lagi.
BERHATI-HATI DAN
BERWASPADA
Bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya,
mereka harus berhati-hati dan berwaspada agar mereka tidak terlibat dan bersyubahat
dengan apa jua upacara-upacara yang diadakan oleh kaum-kaum kafir, kaum-kaum musyrikin
jahiliyah dan sebagainya yang menyalahi
syari’at dan sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Hari Juma’at
8 Rabi’ulAwwal 1435 Hijriyah
10 Januari 2014