TALI BARUT KAFIR
Bila ada krisis atau peperangan di antara satu negara dan
satu negara lain atau ada peperangan sesama rakyat dalam sesebuah negara, maka
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) adakan persidangan demi persidangan khas,
dan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu pun mengadakan persidangan kononnya
untuk mendamaikan negara-negara yang berperang itu dan untuk mencari penyelesaian
bagi masalah dalaman di antara puak-puak yang berperang sesama sendiri.
Dalang-dalang yang mencetus peperangan tersebut ialah
kuasa-kuasa besar sekarang ini seperti negara-negara Barat dan Amerika. Negara-negara tersebut adalah pengeluar produk-produk
peperangan yakni senjata peperangan udara, laut dan darat yang terbesar di
dunia.
Negara-negara itu akan kerugian besar, jika produk-produk
peperangan mereka tidak dapat dijual atau digunakan.
Masa kini, terdapat negara-negara orang-orang Islam “Muslim
States”, sama ada negara tersebut kaya mahupun miskin, membeli produk-produk
peperangan yang dikeluarkan oleh negara-negara Barat dan Amerika secara
besar-besaran.
BELI JET SEWA JURUTERBANG
Negara-negara yang kaya akan membeli produk-produk
peperangan yang tercanggih dan termahal.
Sebagai contoh, ada di antara negara-negara orang-orang Islam di Timur
Tengah, membeli berpuluh-puluh buah jet supersonik F-16, F-18 dan F19 dengan
harga berbillion-billion dollar Amerika.
Oleh kerana negaranya kurang juruterbang-juruterbang pesawat jenis
tersebut, maka terpaksa menyewa juruterbang-juruterbang dari negara penjual
jet-jet itu.
BELI BESI BURUK
Bagi negara orang-orang Islam yang miskin pula membeli
produk-produk yang lebih murah atau produk-produk yang telah dibaik pulih
daripada produk-produk yang telah digunakan dalam peperangan dunia kedua atau
yang telah terpakai selepas itu, atau produk-produk peperangan yang rendah
standard “sub-standard”.
Negara-negara orang-orang Islam yang miskin itu membeli
produk-produk itu hanya sebagai menunjukkan kepada rakyatnya bahawa negara
mempunyai kebolehan dan kekuatan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyatnya
daripada musuh-musuh dari luar dan dalam negara.
Perbuatan negara-negara orang-orang Islam yang miskin itu
membeli produk-produk peperangan “recon” dari negara-negara pengeluar
produk-produk tersebut telah membolehkan negara-negara pengeluar itu bukan
sahaja dapat melupuskan “write-off” produk-produk peperangan mereka yang telah
usang bahkan mereka telah dapat mengaut keuntungan yang besar.
Ringkasnya negara-negara orang-orang Islam itu dengan
membeli produk-produk peperangan dari negara-negara Barat dan Amerika secara
tidak langsung telah menyokong negara-negara itu menjadi lebih kaya raya dan
menaikkan ekonomi mereka.
R & D DAN MEDAN
UJIAN
Di samping itu, negara-negara orang-orang kafir dapat menggunakan
segala keuntungan dari penjualan senjata mereka untuk menghasilkan lagi
senjata-senjata yang canggih khususnya untuk memusnahkan negara-negara
orang-orang Islam atau negara yang bukan Islam yang tidak sebulu dengan negara
mereka dengan mencetuskan peperangan di negara-negara tersebut.
Negara-negara orang-orang kafir itu terus merancang
peperangan demi peperangan supaya rakyat di negara-negara orang-orang Islam itu
hidup bermusuh-musuhan, bunuh membunuh sesama sendiri sepertimana yang sedang berlaku
sekarang ini.
Perancangan seperti ini membolehkan negara-negara
orang-orang kafir yang menjual produk-produk peperangan itu menilai
keberkesanan produk-produk mereka, kekuatan dan kelemahan senjata-senjata yang
dijual.
Dengan itu, bila
berlaku peperangan di negara-negara orang-orang Islam atau yang bukan Islam
yang membeli senjata-senjata tersebut, maka jadilah negara-negara yang
berperang itu medan ujian produk-produk peperangan tersebut.
Justeru itu, negara-negara orang-orang kafir yang menjual
senjata-senjata peperangan, maka ekonomi negara mereka akan meningkat dan
negara-negara yang berlaku peperangan ternyata akan rosak binasa kehidupan
rakyat mereka dan jatuh merudum ekonomi mereka.
KERAJAAN PROKSI KAFIR
Akhirnya negara-negara orang-orang kafir itu dapat menakluk
ekonomi negara-negara orang-orang Islam yang hancur dengan peperangan dan jatuh
di tangan mereka melalui kerajaan proksi yang tunduk dan mengikut telunjuk
orang-orang kafir.
Apabila pemimpin-pemimpin negara-negara orang-orang Islam
tunduk kepada orang-orang kafir, maka berlakulah kezaliman terhadap rakyat dan
negara.
Hari Jumaat
24 JamadilAwwal 1434 Hijriyah
5 April 2013