Friday, September 26, 2014

BINGUNG


JIHADISTS…..

Lawan siapa?
Bunuh siapa?
Tumpah darah siapa?

Lawan Muslimiin?
Bunuh Muslimiin?
Tumpah darah Muslimiin?

Lawan Yahudi?
Bunuh Yahudi?
Tumpah darah Yahudi?

Lawan kafir harbi?
Bunuh kafir harbi?
Tumpah darah kafir harbi?

Lawan Kristian?
Bunuh Kristian?
Tumpah darah Kristian?


JIHADNYA DI MANA DAN KERANA APA…..

Kerana harta?

Kerana nama?

Kerana terpaksa?

Kerana telah dibuang kerja?

Kerana mendapat bayaran lumayan?

Kerana lari dari ditangkap sebab jenayah yang dilakukannya?

Kerana putus asa dalam hidup?

Kerana terlalu banyak hutang untuk dibayar?

Kerana diisytihar bankrap?

Kerana berhajat untuk dapat bersama wanita-wanita atau lelaki-lelaki di luar negara?


MAKA IA BINGUNG, JIHADNYA KERANA APA???



Hari Juma’at
1 DzulHijjah 1435 Hijriyah
26 September 2014


Monday, September 1, 2014

KISAH SEORANG PENIAGA


Peniaga:
Pasar tani
Pasar malam
Pasar tamu
Pasar rabu
Pasar minggu

Berniaga semenjak hari kemerdekaan
Di celah-celah deretan gedung-gedung perniagaan
Di atas jalan-jalan debu berterbangan
Di bawah payung-payung berkembangan

Berpindah randah dari tempat ke tempat
Menjelajah melalui sungai dan darat
Menyusun barangan diangkut dan diangkat
Mencari rezeki tak ingat lelah dan penat

Apabila datang  ribut dan hujan
Payung-payung berterbangan
Air hujan membasahi jualan
Semuanya menjadi barang buangan

Berniaga tujuh hari seminggu
Tinggal rumah sepanjang waktu
Tinggal anak-anak tiada menentu
Siang malam jarang bertemu


Lima puluh tujuh tahun telah berlalu

Peniaga:
Pasar tani
Pasar malam
Pasar tamu
Pasar rabu
Pasar minggu

Habis sudah modal simpanan
Habis kampung hilang halaman
Habis tanah pesaka warisan
Habis kudrat hilang kekuatan
Habis angan-angan berketuanan
Hilang gah hilang keperkasaan
Tiada milik gedung perniagaan
Tiada punya kedai mahupun bangunan

Nukilan oleh gmnur



Hari Isnin
6 Dzulkaedah 1435 Hijriyah
1 September 2014