Friday, March 21, 2014

NEO-KHAWARIJ KAUM YANG SESAT


Adalah disenaraikan di bawah ini di antara beberapa fahaman yang dibawa oleh orang-orang sesat kaum Neo-Khawarij:

Persoalan-persoalan :

      1.   Do’a Qunut
      2.   Wirid dan berdo’a secara berjamaah selepas solat
      3.   Berzanji
      4.   Qasidah
      5.   Burdah
      6.   Membaca Yaasiin pada malam Juma’at
      7.   Perayaan Maulid

Orang Sesat :

Kaum-kaum Neo-Khawarij sesat mengeluarkan fatwa bahawa kesemua 7 persoalan tersebut di atas adalah bid’ah dholalah “bid’ah yang sesat” dan mana-mana orang yang mengamalkan salah satu daripadanya adalah syirik, masuk neraka.



Hari Juma’at
19 Jamadil Awwal 1435 Hijriyah
21 Mac 2014


Friday, March 14, 2014

ORANG SESAT DAN MENYESATKAN


BAHAGIAN 1

Adalah disenaraikan di bawah ini di antara beberapa fahaman Orang Sesat dalam agama yang terdiri daripada puak-puak Neo-Khawarij.


1. Persoalan : Maha Suci Allah daripada bersifat duduk atau bersemayam.
   
Orang Sesat : “Allah duduk di atas kursi”.

2. Persoalan : Maha suci Allah daripada anggota dan jisim.

Orang Sesat : “Penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah suatu yang                   
dicela”. 

3. Persoalan : Maha suci Allah dari tempat.

Orang Sesat : “Allah Ta’ala itu di atas arasy”.

4. Persoalan : Tentang Abu Jahal dan Abu Lahab.

Orang Sesat : “Abu Jahal dan Abu Lahab lebih mulia dan pengamalan serta peng-ESA-an tauhid mereka kepada Allah lebih daripada orang Islam umumnya yang mengucap dua Kalimah Syahadah.

5. Persoalan : Tentang Ulama Asya’irah dan Maturidiah.

Orang Sesat : “Pengikut Asya’irah dan Maturidiah tidak layak digelar sebagai Ahlussunnah Wal Jamaah”.

6. Persoalan : Nabi Adam ‘Alaihissalam.

Orang Sesat : “Adam bukanlah nabi atau pun rasul.”

7. Persoalan : BerSolawat atas Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Orang Sesat : "Lafaz Solawat itu adalah syirik".

8. Persoalan : Api neraka dan orang-orang kafir.

Orang Sesat : “Api neraka itu akan binasa dan orang-orang kafir itu tidak diazab selama-lamanya.”

9. Persoalan : Allah Ta’ala tidak sama dengan sesuatu yang baru.

Orang Sesat : “Allah mencipta manusia sama dengan rupa bentukNya.”

10. Persoalan : Lafaz “La Ilaha IllAllah”.

Orang Sesat : “Ini adalah bid’ah dari golongan yang jahil yang keluar daripada landasan syariat kepada zikir yang mensyirikkan Allah

11. Persoalan : Makna Istawa.

Orang Sesat : "Al Kursi itu adalah tempat letak kedua kaki Allah.”

12. Persoalan : Tentang Alam.

Orang Sesat : “Sama dengan tanggapan ahli falsafah yang mengatakan bahawa jenis alam itu adalah azali (tidak ada permulaan). Anggapan mereka ini memberi erti bahawa sebelum kewujudan makhluk ini, sudah ada makhluk dan sebelumnya ada makhluk yang lain dan begitulah seterusnya tanpa permulaan.

13. Persoalan : Melafazkan BISMILLAH ketika makan.

Orang Sesat : ”Membaca dengan sempurna BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM adalah salah dan bid’ah yang dicela dan harus dicegah.”

14. Persoalan : Pergerakan Allah.

Orang Sesat : “Allah bergerak dari sudut atas ke bawah dan dari bawah ke atas.”

15. Persoalan : Menziarahi kubur Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan kubur muslimin bagi wanita.

Orang Sesat : “Perbuatan menziarahi kubur bagi perempuan itu adalah haram, dosa besar dan kafir walaupun ia menziarahi kubur Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
  
16. Persoalan : Meletakkan pelepah tamar di atas kubur.

Orang Sesat : ”Meletakkan pelepah tamar di atas kubur bukanlah suatu perkara yang disyariatkan.”

17. Persoalan : Mazhab.

Orang Sesat : “Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik.”

18. Persoalan : Siti Hawa Isteri Nabi Adam ‘Alaihissalam.

Orang Sesat :  “Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawa.”



Hari Juma’at
12 Jamadil Awwal 1435 Hijriyah
14 Mac 2014