Friday, April 5, 2013

WAR MONGER



TALI BARUT KAFIR

Bila ada krisis atau peperangan di antara satu negara dan satu negara lain atau ada peperangan sesama rakyat dalam sesebuah negara, maka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) adakan persidangan demi persidangan khas, dan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu pun mengadakan persidangan kononnya untuk mendamaikan negara-negara yang berperang itu dan untuk mencari penyelesaian bagi masalah dalaman di antara puak-puak yang berperang sesama sendiri.

Dalang-dalang yang mencetus peperangan tersebut ialah kuasa-kuasa besar sekarang ini seperti negara-negara Barat dan Amerika.  Negara-negara tersebut adalah pengeluar produk-produk peperangan yakni senjata peperangan udara, laut dan darat yang terbesar di dunia.

Negara-negara itu akan kerugian besar, jika produk-produk peperangan mereka tidak dapat dijual atau digunakan.

Masa kini, terdapat negara-negara orang-orang Islam “Muslim States”, sama ada negara tersebut kaya mahupun miskin, membeli produk-produk peperangan yang dikeluarkan oleh negara-negara Barat dan Amerika secara besar-besaran.


BELI JET SEWA JURUTERBANG

Negara-negara yang kaya akan membeli produk-produk peperangan yang tercanggih dan termahal.  Sebagai contoh, ada di antara negara-negara orang-orang Islam di Timur Tengah, membeli berpuluh-puluh buah jet supersonik F-16, F-18 dan F19 dengan harga berbillion-billion dollar Amerika.  Oleh kerana negaranya kurang juruterbang-juruterbang pesawat jenis tersebut, maka terpaksa menyewa juruterbang-juruterbang dari negara penjual jet-jet itu.


BELI BESI BURUK

Bagi negara orang-orang Islam yang miskin pula membeli produk-produk yang lebih murah atau produk-produk yang telah dibaik pulih daripada produk-produk yang telah digunakan dalam peperangan dunia kedua atau yang telah terpakai selepas itu, atau produk-produk peperangan yang rendah standard “sub-standard”.

Negara-negara orang-orang Islam yang miskin itu membeli produk-produk itu hanya sebagai menunjukkan kepada rakyatnya bahawa negara mempunyai kebolehan dan kekuatan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyatnya daripada musuh-musuh dari luar dan dalam negara.

Perbuatan negara-negara orang-orang Islam yang miskin itu membeli produk-produk peperangan “recon” dari negara-negara pengeluar produk-produk tersebut telah membolehkan negara-negara pengeluar itu bukan sahaja dapat melupuskan “write-off” produk-produk peperangan mereka yang telah usang bahkan mereka telah dapat mengaut keuntungan yang besar.

Ringkasnya negara-negara orang-orang Islam itu dengan membeli produk-produk peperangan dari negara-negara Barat dan Amerika secara tidak langsung telah menyokong negara-negara itu menjadi lebih kaya raya dan menaikkan ekonomi mereka. 


R & D DAN MEDAN UJIAN

Di samping itu, negara-negara orang-orang kafir dapat menggunakan segala keuntungan dari penjualan senjata mereka untuk menghasilkan lagi senjata-senjata yang canggih khususnya untuk memusnahkan negara-negara orang-orang Islam atau negara yang bukan Islam yang tidak sebulu dengan negara mereka dengan mencetuskan peperangan di negara-negara tersebut. 

Negara-negara orang-orang kafir itu terus merancang peperangan demi peperangan supaya rakyat di negara-negara orang-orang Islam itu hidup bermusuh-musuhan, bunuh membunuh sesama sendiri sepertimana yang sedang berlaku sekarang ini. 

Perancangan seperti ini membolehkan negara-negara orang-orang kafir yang menjual produk-produk peperangan itu menilai keberkesanan produk-produk mereka, kekuatan dan kelemahan senjata-senjata yang dijual.

Dengan itu,  bila berlaku peperangan di negara-negara orang-orang Islam atau yang bukan Islam yang membeli senjata-senjata tersebut, maka jadilah negara-negara yang berperang itu medan ujian produk-produk peperangan tersebut.

Justeru itu, negara-negara orang-orang kafir yang menjual senjata-senjata peperangan, maka ekonomi negara mereka akan meningkat dan negara-negara yang berlaku peperangan ternyata akan rosak binasa kehidupan rakyat mereka dan jatuh merudum ekonomi mereka.


KERAJAAN PROKSI KAFIR

Akhirnya negara-negara orang-orang kafir itu dapat menakluk ekonomi negara-negara orang-orang Islam yang hancur dengan peperangan dan jatuh di tangan mereka melalui kerajaan proksi yang tunduk dan mengikut telunjuk orang-orang kafir.

Apabila pemimpin-pemimpin negara-negara orang-orang Islam tunduk kepada orang-orang kafir, maka berlakulah kezaliman terhadap rakyat dan negara.



Hari Jumaat
24 JamadilAwwal 1434 Hijriyah
5 April 2013