Friday, February 24, 2012

CINTA ATAU NAFSU

“LOVE”

Manusia kafir dan manusia yang serupa dengannya, zaman berzaman, senantiasa menyebut perkataan “love” dan membuat hiasan serta memuja akan perkataan “love” itu. Seolah-olah perkataan “love” itu satu perkataan “sacred” yang mesti disebut, walaupun sebutan itu hanya adat kebiasaan sahaja. Seperti ungkapan “I love my family”, “I love my house”, “I love my dog”, “I love my pet pig” dan sebagainya.

Sejak lahir seorang anak sama ada lelaki atau perempuan, ibu bapa akan menyanyi atau mula menyebut perkataan-perkataan “love” dalam apa sahaja bahasa yang digunakan. Orang-orang Kristian Inggeris menciptakan banyak lagu-lagu nyayian kanak-kanak yang mengandungi senikata “love”. Salah sebuah lagu nyanyian yang menjadi nyanyian kanak-kanak di rumah-rumah, di taman-taman asuhan dan lain-lain lagi, iaitu:

I “love” you
You “love” me
We are one big happy family
(Petikan lagu dari – Barney and friends)


Semakin membesar anak-anak itu semakin memupuk perasaan “love” yang tumbuh hasil daripada berulang kali yang disebut-sebut “love” oleh ibu bapa atau orang-orang yang dekat dengan anak itu bersama-sama tumbuhnya fizikal anak itu. Sejak dari ia kecil hingga ia mencapai akil baligh, perasaan “love” atau cintanya bersih tanpa nafsu syahwat.

Selepas akil baligh, manakala anggota badan dan suara anak lelaki berubah dan perubahan pada tubuh badan anak perempuan dari hari ke hari di dalam proses pertumbuhan fizikal, seseorang itu sedang dan akan menempuh berbagai perubahan termasuk nafsu syahwat yang menjurus kepada proses pembiakan keturunan.

Perasaan nafsu itu selalunya mendadak sehingga bagi sesetengah manusia, ia tidak tertahan untuk cuba mengecap rasa bagi memenuhi tekanan kehendak nafsu syahwat yang menggelodak itu.


NAFSU SYAHWAT DITERJEMAHKAN KEPADA CINTA

Bagi sesetengah manusia, ia akan menterjemahkan perasaan nafsu syahwatnya itu kepada cinta bagi melindungi kerakusan nafsu syahwatnya agar cinta itu dilihat bersih.

Apakah seseorang lelaki atau perempuan yang baru berjumpa kali pertama boleh jatuh cinta pandang pertama?

Tanpa menyelidiki asal usul seseorang itu, kenalkah ia siapa orang yang dilihat pada kali pertama itu, isteri orang atau suami orang atau tunang orang atau lelaki helat, atau perempuan helat, atau kasanova, atau perempuan lacur, atau pisau cukur, atau penyamun, atau maling, atau penyemai virus AIDS, atau pencambah syphilis yang datang dari luar negara dan yang berada dalam negara atau lain-lain yang tidak diketahui latar belakangnya, sudah jatuh cinta pada pandangan pertama?

Perasaan-perasaan yang timbul mendadak sehingga hilang pertimbangan akal itu adalah gelodakkan hawa nafsu syahwat yang dahsyat. Ketika itu bagi sesetengah manusia, matanya menjadi gelap, akalnya menjadi tidak waras untuk memilih yang mana baik dan yang mana jahat.

Apa yang menjadi harapannya ialah supaya ia dapat menunaikan kehendak nafsu syahwatnya yang mendadak itu tanpa mengira akibat-akibat yang akan ditanggungnya yang kemudiannya akan membawa kepada kekotoran jiwa dan kerosakan mana-mana bahagian fizikalnya yang mustahil boleh dibaik pulihkan lagi selepas itu. Justeru daripada perbuatannya itu, yang mana di antaranya akan menjadikan seseorang itu terjerumus di dalam dukacita yang tidak habis-habis.

Bila sesetengah manusia itu menerima nafsu syahwat itu sebagai cinta, maka terjadilah perlakuan-perlakuan sumbang seperti kaum Luth yang bercinta sesama lelaki yang disebut sekarang ini sebagai “gay”atau homoseksual sudah berlaku berleluasan di serata dunia termasuk negara-negara yang dipimpin oleh orang-orang Islam…


MENGANDUNG PADA UMUR PERALIHAN “ADOLESCENT”

Banyak antara negara-negara kafir dan negara-negara orang Islam “Muslim State” sekarang ini menghadapi masalah perempuan-perempuan yang berumur di antara 10 hingga 19 tahun mengandung di luar nikah pada umur peralihan “adolescent”.

Masa peralihan umur itu dihabiskan secara bebas di sekolah dan di kampus IPT/IPTA yang menjadikan sebab atau punca pertambahan perempuan-perempuan dalam umur peralihan itu mengandung di luar nikah.

Ini kerana pada ketika itulah rangsangan hawa nafsu syahwat sedang mendidih dan menlonjak-lonjak tinggi. Tambahan pula tekanan nafsu syahwat itu, diterjemahkan kepada cinta bila mereka bertemu lelaki atau lelaki berjumpa perempuan sekali pandang. Pertemuan sekali pandang lelaki atau perempuan itu diandaikan sebagai cinta pertama. ..


HILANG DI MATA TIDUR TAK LENA

Bagi mereka cinta itu adalah buta. Buta mata hati dan kabur mata sehingga kaca ternampak permata. Hilang di mata tidur tak lena.

Berpunca dari situ, pertemuan-pertemuan disusul pada mula-mulanya secara terbuka, lama kelamaan diikuti dengan berulang-ulang pertemuan berdua-duaan secara sunyi-sunyian. Perlakuan itu adalah didasarkan oleh mereka sebagai sedang bercinta dan untuk mengenali satu sama lain secara intim dan lebih dekat.

Pertemuan-pertemuan menjadi lebih mudah lagi apabila sesama sendiri, si lelaki cukup dengan menyarungkan sebentuk cincin di jari perempuan, atau memberi sekuntum bunga ros merah atau sejambak bunga atau coklat, yang mana kononnya menandakan mereka telah bertunang. Seolah-olah cincin dan barangan-barangan itu menjadi “paspot” bagi membenarkan mereka keluar berdua-duaan ke mana-mana sahaja.

Ibu bapa perempuan juga merestui perbuatan tersebut, lebih-lebih lagi ibu bapa sebelah perempuan yang mengharapkan supaya anak perempuan mereka dapat berkahwin dan tidak menjadi andartu (anak dara tua), walaupun akan menghadapi risiko-risiko yang amat besar.

Sesetengah ibu bapa, mereka amat malu jika anak perempuan mereka terlanjur umur dan tidak atau belum berkahwin; malu kepada masyarakat kumpulan sosial mereka, maka dengan itu mereka rela melepaskan anak-anak perempuan mereka bergaul dan berkahwin dengan sesiapa sahaja dan apa-apa bangsa sahaja yang disukai mereka, asalkan anak perempuan mereka itu dapat kahwin….


IBU BAPA MENJADI PENYELESAIAN CARA

Di antara mereka itu ada yang berkahwin secara suka sama suka. Perkahwinan itu diatur sendiri oleh lelaki dan perempuan mulai dari awal hingga ke akhirnya. Orang tua atau ibu bapa mereka bertindak sekadar menyelesaikan cara sahaja. Perkahwinan tersebut ada juga yang dapat bertahan lama sehingga ke anak cucu.

Sebaliknya, ada di antara perkahwinan-perkahwinan itu tidak dapat bertahan lama kerana rangsangan nafsu syahwatnya tidak seghairah lagi terhadap pasangannya disebabkan telah terlalu lama bergaul sebelum berkahwin atau telah mengandung sebelum kahwin.

Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, di antara tahun 2000 dan 2008, seramai 257,411 kanak-kanak lahir di luar nikah iaitu anak-anak zina. Kejadian-kejadian tersebut adalah hasil daripada pergaulan bebas lelaki dan perempuan, tua dan muda yang mendorongkan kepada perlakuan zina.

Mengikut kajian yang dibuat oleh Dr Robert Epstein dari Havard University, ia mendapati perkahwinan berdasarkan kepada apa yang dikatakan “cinta pertama” itu tidak dapat bertahan lama. Sebagai bahan renungan, sila baca hasil kajiannya di bawah ini:


"ARRANGED MARRIAGE LASTS LONGER THAN THAT OF PASSION"

LONDON: They are seen by many as business deals that have little to do with love.

But arranged marriages are far more likely to lead to lasting affection than marriages of passion, experts claim.

According to research, those in arranged marriages or who have had their partner chosen for them by a parent or matchmaker tend to feel more in love as time grows, whereas those in regular marriages feel less in love over time.

And within 10 year, the connection felt by those in arranged marriages is said to be around twice as strong.

Relationship experts claim this is because arranged matches are carefully considered, with thought going into whether potential partners’ families, interests and life goals are compatible.

This means they are more likely to commit for life and to stick together through rocky patches.

Those who marry for love, on the other hand, tend to be blinded by passion and so overlook these crucial details.

When the going gets tough, they are mire likely to view the situation simply as a natural end to their romantic dream – a way of fate telling them something is wrong with the relationship.

With soaring divorce rates and record numbers of single-parent households in the Western approach to love.

Harvard academic Dr Robert Epstein has studied the subject of arranged marriages for eight years, looking at the approaches taken in cultural groups, including Indian and Pakistani.

He interviewed more than 100 couples in arranged marriages to assess their strength of feeling and studied his findings against more than 30 years of research in love in Western and arranged marriages.

His work suggests that feelings of love to love matches begin to fade by as much as a half to 18 months, whereas the love in the arranged marriages tends to grow gradually, surpassing the love in the unarranged marriages at about the five year mark.

Ten years on, the affection felt by those in arranged marriages is typically twice as strong.

Dr Epstein believes this is because Westerners leave their love lives to chance, or fate, often confusing LOVE with LUST, whereas those in other cultures look for more than just passion.

“The idea is we must not leave our love lives to chance. We plan our education, our careers and our finances but we’re still uncomfortable with the idea that we should plan our love lives. I do not advocate arranged marriages but I think a lot can be learned from them.” - DM”


Hari Jumaat
2 Rabi’ulAkhir 1433 Hijriyah
24 Februari 2012

Friday, February 10, 2012

TIGA PULUH DAJJAL

Sebelum terbit Dajjal yang sebenar pada akhir zaman, akan terbit tiga puluh orang Dajjal yang bohong yang semuanya mengaku dirinya sebagai nabi dan rasul Allah sepertimana tersebut di dalam sebuah Hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan oleh Abu ‘Isa At-Tarmidzi, daripada Abi Hurairah radhiallahu ‘anh katanya: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

“Tiada berdiri Qiamat hingga bangkit beberapa Dajjal lagi pembohong-pembohong hampir daripada tiga puluh semuanya mengaku bahawasanya (dirinya) rasul Allah.”
Hasan Sahih


Mafhum daripada Hadis tersebut bahawa yang dikatakan Dajjal itu ada dua macam:

1. Yang pertama ialah Dajjal yang bohong yakni bukan Dajjal yang sebenarnya. Ia adalah Dajjal pada tabiat dan kelakuannya itu seperti tabiat dan kelakuan Dajjal yang sebenar. Ada di antaranya mengaku sebagai nabi dan rasul Allah dan pemimpin umat Islam sedunia.

2. Yang kedua ialah Dajjal yang sebenar iaitu Dajjal yang mengaku dirinya tuhan.

Zahir segala Dajjal bohong itu kemudian daripada bangkit Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sampai akhir masa yang tiada tertentu.

Pada masa akhir hayat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, telah zahir dua orang yang mengaku diri mereka adalah nabi dan rasul Allah iaitu seorang bernama Musailamah Al-Kazzab dan seorang lagi bernama Sajjah.

PEMBAHARUAN “TAJDID” AGAMA

Di Malaysia sekarang ini, kecoh dan kalut dengan dakyah-dakyah pengikut-pengikut yang taksub dengan ajaran fahaman Wahhabi (juga digunakan jenama lain seperti: Mazhab Salaf, Salafiyah, Ansar Al-Sunnah, Ittiba’ Al-Sunnah, Golongan Tajdid, Golongan Islah, Muslim Progresif, Golongan Islah dan berbagai-bagai lagi jenama yang digunakan untuk mengelirukan orang-orang Islam), dan ajaran fahaman Ahmadiyah.

Di antara lain-lain fahaman yang tidak sejajar dengan ajaran “Ahli Assunnah Wal-Jamaah” ialah ajaran fahaman Wahhabi yang tersebut dengan jenama-jenama di atas, dan ajaran fahaman Ahmadiyah yang telah lama menular dan bertapak di Malaysia ini.

Kedua-dua ajaran fahaman Wahhabi dan ajaran fahaman Ahmadiyah disebut oleh pengikut-pengikut mereka bahawa ajaran fahaman-fahaman yang mereka anuti itu telah mendapat tempat dan ramai pengikut-pengikut mereka di luar Malaysia.

TAASUB DENGAN WAHHABI

Pengikut-pengikut Wahhabi berpegang kepada kitab yang dikarang oleh pemimpin mereka iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab yang lahir pada tahun 1114H/1703M dan mati pada tahun 1206H/1792M. Dan Mirza Ahmad yang lahir pada tahun 1835M, mati pada tahun 1908M.

Pengikut-pengikut Wahhabi mengakui bahawa mereka adalah kaum salafi yang mengikut apa yang dikatakan sebagai mengikut sunnah secara terus tanpa melalui dan menerima ajaran yang dibawa oleh ‘Ulama’-‘ulama Muktabar.

Kerana ketaasuban, pengikut-pengikut ajaran fahaman Wahhabi tidak dapat melihat kebenaran bahawa ‘Ulama-‘ulama Muktabar itu, bukan sahaja lahir sebelum dari lahir Muhammad bin Abdul Wahhab bahkan juga ‘Ulama-‘ulama Muktabar itu memiliki ilmu Al-Quran dan Hadis lebih awal dan lebih ‘alim daripada Muhammad bin Abdul Wahhab.

Sebenarnya maksud asal kalimah SALAFI merujuk kepada generasi awal Umat Islam hingga 300 (tiga ratus) tahun selepas Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wasallam. Tetapi ia turut dipergunakan oleh pengikut-pengikut Wahhabi bagi mengukuhkan jenama pergerakan mereka.

ANGKUH

Adalah mustahil Muhammad bin Abdul Wahhab yang lahir 1114 tahun kemudian, mendapat didikan agama sendiri yakni tanpa melalui ‘Ulama-‘ulama Muktabar.

Dengan angkuh, pengikut-pengikut ajaran fahaman Wahhabi yang berpegang kepada ajaran fahaman Wahhabi sebagai mazhab mereka, menjatuhkan hukum haram jika mengikuti Mazhab-mazhab lain yang bukan Wahhabi.

Begitu juga dengan pengikut-pengikut ajaran fahaman Ahmadiyah, mereka berpegang kepada pengasas fahaman Ahmadiyah itu sebagai nabi.

Pergerakan Wahhabi itu sejak awal lagi telah mendapat sokongan dan pembiayaan daripada Amerika Syarikat (US), Yahudi dan British untuk menguatkan pengaruhnya di bawah dasar “divide and rule” ke atas negara-negara orang Islam.

Perkara itu telah disahkan dan dibuktikan sendiri oleh Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat dalam video You Tube bertajuk “ America Funded Saudi Wahhabi” yang mana di-uploaded dalam Blog ini. http://youtu.be/_VH9E_kd9cA

IMAN

Justeru itu, bagi setiap orang yang beriman jangan sekali-sekali terpedaya dengan ajaran-ajaran fahaman-fahaman yang tersebut di atas.

Setiap orang yang beriman hendaklah menolak I’tiqad Wahhabi kerana I’tiqad Wahhabi adalah mengikut orang perseorangan tidak mengikut I’tiqad Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, dan kumpulan ramai “Al-Jamaah”.

Orang yang beriman wajib berpegang teguh dengan aqidah yang sahih iaitu aqidah yang berlandaskan AL-QURAN DAN ASSUNNAH yang diistilahkan AQIDAH AHLISSUNNAH WALJAMAAH iaitu I’tiqad yang mengikut I’tiqad Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan kumpulan jamaah ramai.

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 285, maksudnya:

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan rasul-rasulNya. Mereka berkata: “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari rasul-rasulNya.” Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat. Kami pohonkan keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.” Ayat 285

“Dari Mu’awiyah bin Abu Sufyan bahawa ia berdiri di hadapan kami dan berkata: “Ketahuilah bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wasallam berdiri di hadapan kami dan berkata, ‘Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari kalangan ahlul kitab telah terpecah menjadi tujuh puluh dua ajaran, dan sesungguhnya agama ni akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan. Tujuh puluh dua golongan akan berada di neraka dan satu golongan akan berada di syurga, iaitu AL-JAMA’AH.”

Ada tambahan redaksi, Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Dan sesungguhnya akan timbul dari umatku kelompok-kelompok yang mengikuti kesesatan-kesesatan (bid’ah), sebagaimana anjing mengikuti tuannya.”

Amr (Perawi) berkata:”Seekor anjing senantiasa mengikuti tuannya kemana pun tuannya pergi.” Hasan:Ash-Shahihah


WALLAHU A’LAMU BISSAWAB

Hari Jumaat
17 Rabi’ulAwal 1433 Hijriyah
10 Februari 2012

TIGA PULUH DAJJAL

http://youtu.be/_VH9E_kd9cA

Sunday, February 5, 2012

MAULIDUR RASUL TAHUN 2000 12 RABI'ULAWAL 1421 HIJRIYAH












BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan di atas keluarga Baginda dan para sahabat Baginda sekalian.

Hari Maulidur Rasul tahun 2000 memberi pengertian yang besar buat Tok Ayah Haji Ghazali Haji Muhammad Nur kerana menjadi suami dan Amiir (pemimpin) kepada Tok Ngah Hajjah Nor Azian Haji Mahmood di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kerana mempunyai moyang yang sama iaitu Haji Senik yang berasal dari Pattani, Siam dan menetap di Simpang Tiga, Kuala Kurau, Perak.

Dari zuriat keturunan Haji Senik iaitu anakandanya Haji Mohamad, lahirlah Hajah Aminah, bonda kepada Haji Muhammad Nur Haji Daud Haji Abdurrahman, ayahanda kepada Tok Ayah.

Begitu juga dengan Tok Ngah yang lahir dari zuriat keturunan Haji Senik, melalui salah seorang anakanda perempuan Haji Senik iaitu Hajah Teh Mas Gemala yang melahirkan Haji Mahmood Ismail, ayahanda kepada Tok Ngah.

Almarhumah isteri Tok Ayah iaitu Tok Mama, Hajah Zakiah Haji Rajihan yang kembali ke Rahmatullah pada 15 Syaaban 1420 Hijriyah/23 November 1999, adalah cucunda kepada Haji Senik, anakanda kepada anakanda perempuan Haji Senik iaitu Hajah Zainab dan bonda tersayang kepada Dzil Razman, Dzil Azza, Profesor Madya Dr. Ahmad Rohi dan Dr. Ahmad Riza.

Sepanjang perkahwinan Tok Ayah dan Tok Ngah selama dua belas tahun, Allah Subhanahu Wata’alaa dengan limpah kurnia rahmatNYA telah menzahirkan lima belas orang cucu buat Tok Ayah dan Tok Ngah di mana yang sulongnya ialah Nur Sofiyyah Dzil Razman diikuti dengan Dzil Arsy Muhammad Dzil Azza, Nur Kamaliyah Dzil Razman, Muhammad Nur Zubair Dzil Razman, Ahmad Irfan Ahmad Riza, Aqilah Sofiyyah Ahmad Riza, Nur Zakiyah Zaharah Dzil Razman, Aliyahnur Sarah Ahmad Riza, Dzil Matiin Muhammad Dzil Azza, Dzil Amiir Rahman Dzil Razman, Nur Sarah Zakiyah Dzil Azza, Nur Azza Maryam Dzil Azza, Asmaa Amelia Ahmad Riza, Amaani Husna Ahmad Riza dan ketika ini, yang bongsu Dzil Qawi Muhammad Dzil Azza.

Semoga Allah Subhanahu Wata’alaa terus melimpah kurnia keberkatanNYA ke atas Tok Ayah, Tok Ngah, anakanda-anakanda, menantu-menantu dan cucunda-cucunda sekalian dan memasukki kita semua ke dalam SyurgaNYA dengan limpah rahmatNYA yang Maha Agung, InsyaAllah. Amiin.

Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Ahqaaf, Ayat 15 yang bermaksud :

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam”. Ayat 15

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah At-Tuur, Ayat 21 bermaksud :

“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami (Allah) hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka;” Ayat 21

Dan Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Ar-Ra’d, Ayat 23 bermaksud :

“Iaitu Syurga yang kekal, yang mereka akan memasukkinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka;” Ayat 23


Hari Ahad
12 Rabi’ulAwal 1433 Hijriyah
5 Februari 2012

Friday, February 3, 2012

"SALAM" LELAKI KEPADA PEREMPUAN

1.1 SEKAPUR SIRIH

Alhamdulillahi Rabbil’Alamiin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyarafil Anbiya’ Wal Mursaliin Wa ‘Aala Alihi Wa Sahbihi Ajma’iin.

Semoga dengan sedikit dan lagi serba kekurangan ini dapat sama-sama memahami penjelasan mengenai hubungan lelaki dan perempuan yang boleh memberi “salam” di antara satu sama lain, supaya “salam” itu tidak disalahgunakan oleh orang-orang lelaki dan perempuan yang helat.

Lelaki dan perempuan helat yang menggunakan “salam” sebagai ucapan teguran pemula berkenalan dengan seseorang yang belum dikenali atau digunakan untuk menarik perhatian seseorang yang telah dikenalinya, atau digunakan sebagai adat kebiasaan “habitual” yang tidak mempunyai niat yang baik, atau sengaja mengucapkan “salam” dengan tujuan yang tidak baik dan jahat yang disembunyikan dalam ucapannya itu.

Namun begitu seseorang yang beriman tidak dapat mengenali orang-orang Islam yang munafik, fasik, fasid dalam kehidupannya kerana manusia tidak diberi ilmu mengenai dengan gerak hati orang lain.

Justeru itu, orang-orang yang beriman hendaklah senantiasa peka dan berwaspada dengan tipu helah syaitan jinn dan syaitan manusia. Mutala’ahlah selalu firman-firman Allah Ta’ala dan menggunakan semua garis panduan, petunjuk-petunjuk ke jalan yang lurus yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Orang-orang yang beriman juga dilarang mempunyai syak wasangka buruk di antara sesama orang-orang yang beriman dari sesuatu puak dan kaum.

Mengikut sejarah, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri pernah diberi “salam” oleh orang kafir, Yahudi dan Nasrani, maka orang-orang yang beriman telah diajar bagaimana cara menjawab dan memberi “salam” kepada mereka dan orang-orang yang serupa dengan mereka itu.

1.2 SPESIS YANG GOPOH GAPAH

Melengkapi alam dunia ini, Allah Ta’ala menciptakan segala makhluk berpasang-pasangan mengikut kehendakNya. Allah Yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya.

Manusia disebut sebagai makhluk yang bertutur, bersosial. Berkenalan di antara satu sama lain.

Namun begitu, manusia terdiri daripada spesis yang selalu berubah-ubah perasaan mengikut hawa nafsunya kerana lupa akan kejadiannya, dari mana ia datang dan ke mana ia akan pergi sesudah habis nafas hidupnya di dunia.

Dalam kealpaan dan kelalian itu, manusia senantiasa mempersoalkan kuasa-kuasa Allah Ta’ala tentang penciptaan dan hukum-hukumNya; perintah-perintah dan segala laranganNya.

Manusia lebih cenderung dengan tarikan-tarikan kepada melanggar perintah-perintah Allah Ta’ala tanpa alasan yang benar dan hak.

1.3 BERGAULLAH DENGAN PEREMPUAN DENGAN BAIK

Dalam pergaulan di antara kaum lelaki dan kaum perempuan, Allah Ta’ala tidak melarang bahkan menggalakkan supaya mereka berkahwin dan bergaul dengan baik. Di samping itu, Allah Ta’ala menganjurkan supaya mereka menyambung silaturrahim dengan cara memberi “salam”, berjumpa, bertemu, ziarah menziarahi di antara lelaki dan perempuan yang menjadi mahram kepada mereka, bagi menambahkan kasih sayang dan mengeratkan “silaturrahiim”.

Orang-orang yang berhubungan talian “SILATURRAHIIM” yakni orang-orang yang tidak boleh dikahwini (mahram), iaitu:

1. Datuk, nenek dan ke atas dari sebelah bapa
2. Datuk, nenek dan ke atas dari sebelah ibu
3. Ibu bapa
4. Saudara lelaki dan perempuan seibu sebapa
5. Saudara lelaki dan perempuan sebapa
6. Saudara lelaki dan perempuan seibu
7. Bapa saudara sebelah bapa
8. Bapa saudara sebelah ibu
9. Emak saudara sebelah bapa
10. Emak saudara sebelah ibu
11. Anak-anak saudara lelaki dan perempuan.


Oleh itu, hendaklah berhati-hati apabila menyebut perkataan: “SILATURRAHIIM”, supaya perkataan tersebut tidak disalahgunakan.

1.4 JERAT SYAITAN

Sebaliknya, Allah Ta’ala mengharamkan segala pergaulan-pergaulan, pertemuan-pertemuan, perbualan-perbualan melalui apa jua media atau isyarat atau melalui perkenalan dengan ucapan “salam” yang menimbulkan fitnah di antara lelaki dan perempuan AJNABI (bukan mahram). Fitnah yang menjurus kepada tarikan kepada menderhakai Allah Ta’ala.

Fitnah akan bermula dengan talian-talian jerat (influence, exploitation, cohesion, lure, etc.) syaitan jinn dan syaitan manusia yang berada di dalam dan di luar badan seseorang.

Untuk mengelakkan diri daripada terkena jeratan syaitan jinn adalah lebih mudah kerana syaitan jinn berada di dalam tubuh badan seseorang di mana orang itu boleh menolaknya sendiri , tetapi untuk menjauhi atau mengekang daripada jerat syaitan manusia adalah menjadi perkara yang teramat sukar sekali, kerana syaitan manusia mempunyai lebih daya tarikannya dari segi rupa paras, tutur kata, lemah lembut budi pekerti, tubuh badan dan gaya hidupnya yang menjadi sumber ikutan orang lain.

1.5 LELAKI MEMBERI “SALAM”

Menyiarkan “Salam” adalah disuruh oleh syara’ untuk diamalkan oleh orang-orang yang beriman, maka seseorang boleh memberi “salam” kepada orang-orang yang ditentukan oleh syara’.

1. Orang lelaki boleh memberi “salam” kepada perempuan-perempuan yang berada dalam jemaah yang ramai. Dan, jika perempuan itu berseorangan, maka orang yang boleh memberi “salam” kepadanya ialah orang-orang perempuan, atau suaminya, atau orang-orang yang haram berkahwin (mahram) dengannya seperti tersebut dalam perenggan 1.3 di atas.
2. Orang lelaki boleh memberi “salam” kepada perempuan-perempuan yang mana di dalam kumpulan itu ada “mahram” kepada lelaki itu.
3. Jika perempuan yang boleh dikahwin (bukan mahram) dengan dia, maka ada tafsil: Sekiranya perempuan itu orang tua yang tiada ingin kahwin lagi sunat bagi seseorang lelaki memberi “salam”, dan sunat pula bagi perempuan tua itu memberi ”salam” kepada lelaki. Sesiapa daripada orang lelaki memberi “salam” kepada perempuan tua, atau perempuan tua memberi “salam” kepada lelaki, maka wajib menjawabnya kepada yang memberi “salam”.
4. Bagi perempuan muda atau perempuan tua yang masih ada keinginan akan lelaki, maka tidak boleh diberi “salam” kepadanya oleh lelaki “ajnabi”, dan tidak pula harus perempuan itu memberi “salam” kepada lelaki “ajnabi” itu. Inilah hukum Mazhab Asy-syafi’e dan Mazhab Jamhur.



Hari Jumaat
10 Rabi’ulAwal 1433 Hijriyah
3 Februari 2012