Friday, May 27, 2011

SINDIKET KERETA POTONG SINDIKET ORANG POTONG







KERETA POTONG

Adalah menjadi satu perkara yang mesti diikuti dan dipatuhi oleh pengeluar-pengeluar kenderaan kereta iaitu spesifikasi yang ditetapkan bagi sesebuah kereta itu mengikut jenama masing-masing. Pemasangan alat-alat dan bahagian-bahagian kereta itu juga bergantung kepada spesifikasi tersebut, sesuai dengan model, kuasa kuda, ketahanan, dan lain-lain lagi. Spesifikasi-spesifikasi itu amat berguna dan menjadi ukuran nilai dan ketahanan, kelajuan dan sebagainya bagi pengguna yang mementingkan kualiti dan keselamatan kereta.

Ada pengguna-pengguna memilih kereta lama dan juga kereta baik pulih “recon” atau sebutan yang mudah difaham iaitu “kereta potong”, diubah suai mengikut selera mereka agar kereta-kereta tersebut kelihatan canggih dan berlainan.

Kereta potong ialah kereta yang dipasang blok enjin yang baru atau yang telah diguna dan mana-mana bahagian badan “body” kereta tersebut ditukar ganti dengan bahagian yang baru.
Bahagian-bahagian kereta boleh didapati dari dalam dan luar negara. Katalog-katalog yang memaparkan bahagian-bahagian kereta untuk dipilih oleh pengguna yang memerlukannya juga ada dijual. Jepun adalah satu-satunya negara yang mengeluarkan alat-alat ganti kereta potong dan ianya menjadi pilihan pengguna-pengguna.

Pengguna-pengguna boleh memesan sendiri atau melalui woksyop dengan kos yang telah ditetapkan sekali gus dengan pemasangannya.

KERETA CURI

Mengikut berita yang mendedahkan kegiatan mencuri kereta di kawasan lembah Klang dapat menghilangkan kereta-kereta yang dicuri itu dalam masa beberapa jam sahaja selepasa dicuri.
Dikatakan bahawa “kereta-kereta curi” itu dihantar ke bengkel-bengkel yang akan menjalankan pemotongan kereta curi tersebut untuk menghilangkan identitinya daripada polis. Kegiatan kereta curi dan dijadikan kereta potong amatlah licik sekali sehinggakan polis jarang dapat mengesannya.

Perbelanjaan untuk memotong dan memasang semula bukanlah sesuatu yang murah. Bagi mereka yang gemar menggunakan kereta potong sahaja yang mengetahui harganya. Mereka berpuas hati bila melihat kereta mereka siap dengan kelainan bentuk dan kelainan bunyi enjin serta “vroom” ekzosnya .

Pakar-pakar yang melakukan pemotongan dan pemasangan semula memang benar-benar handal. Hasil kerjanya tidak menampakkan bahawa kereta potong yang telah siap itu ada kesan-kesan “welding” dan sebagainya.

Namun begitu kereta potong itu tidak tahan lama kerana bekas-bekas dan kesan-kesan “welding” yang ada pada kereta potong akan luluh hawa, dimakan karat. Sambungan-sambungan bahagian baru dan bahagian lama tidak sekukuh dan sekuat sebagaimana asalnya, dan ianya mudah patah bila berlaku kemalangan jalan raya dan sebagainya yang boleh menyebabkan penggunanya hilang nyawa atau cedera.

Biar apapun kekurangan dengan kereta potong itu, peminat-peminat kereta potong tidak ambil kisah mengenai kos bayaran. Bagi taukeh-taukeh yang menjalankan perniagaan kereta potong pula, mereka mendapat hasil yang amat lumayan.

ORANG POTONG

Manusia telah diciptakan dengan sebaik-baik bentuk kejadian mengikut kadar ukuran dan spesifikasi yang ditetapkan khusus bagi masing-masing, tentang rupa bentuk, kekuatan, ajal rezekinya dan lain-lain lagi. Oleh kerana manusia tidak dapat menilaikan nikmat hidup yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata’alaa kepadanya, maka ia tidak menghargai anggota dan organnya sendiri.

Di zaman ini tidak ada yang mustahil untuk dilakukan oleh manusia sama ada untuk kebaikan atau untuk tujuan keburukan dan kerosakan manusia sendiri, juga alam sekitar baik di darat mahupun di laut.

Bukan kereta sahaja yang boleh dipotong-potong bahagiannya, manusia juga boleh dipotong-potong organ dan anggota-anggotanya.

Sekarang sudah ada pasaran sama ada pasaran tertutup atau pasaran organ yang terbuka untuk diniagakan sebagaimana pasaran jual beli bahagian-bahagian kereta potong.

Manusia yang memerlukan mana-mana organ dan anggota-anggota badan, boleh membuat pesanan melalui hospital yang berkaitan di mana urusan pemotongan dan rawatan boleh dibuat. Organ-organ yang diperlukan itu boleh didapati daripada penderma-penderma atau penjual-penjual organ dan anggota-anggota badan dari orang yang mati atau orang-orang yang masih hidup.

Terdapat sesetengah orang-orang yang serupa dengan kafir, Yahudi dan Nasrani sekarang ini, yang terikut-ikut dengan gaya hidup kafir serta tertarik dengan perkataan “Derma Organ dan Anggota” tanpa mengambil kira kesan-kesan kemusnahan ke atas dirinya sendiri dan pelanggaran syari’at hukum-hukum Allah Ta’ala.

KELIH BARU PERCAYA

Sepertimana kafir, walaupun mereka diberitahu dan mendengar serta melihat manusia mati, namun mereka tidak yakin akan adanya Kiamat, tidak yakin akan adanya pengadilan di hadapan Allah Rabbul Jalil pada hari Hasyyar di padang Mahsyar, tidak yakin akan adanya siksa dan azab Neraka, tidak yakin akan adanya Akhirat, tidak yakin akan adanya pahala dan dosa, tidak yakin akan adanya Syurga, dan tidak percaya akan segala perkara-perkara ghaib yang tidak kelihatan oleh mata kasar. Mereka lebih yakin dengan slogan kata “Kelih baru percaya” (seeing is believing), sedangkan mereka hidup di atas dunia ini dilengkungi oleh banyak benda-benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala.

Di antara benda-benda yang orang-orang kafir dan orang-orang yang serupa dengan mereka percaya tetapi tidak dapat melihatnya dengan mata kepala mereka ialah seperti:

1. “Convalent Bonds” yang mencantumkan hidrogen dengan oksigen yang membentukan molekul air “H2O”

2. Kuasa atau janakuasa yang menjadi caj pemula menggerakkan jantung dan nadi

3. Nafas yang keluar masuk badan

4. Aliran eletrik “electric charge” atau “electric current” yang diguna setiap hari

5. Angin dan udara yang menghembus dan bertiup

6. Bau wangi dan bau busuk

7. Rupa bentuk api sebelum menyala dan tempat api itu pergi selepas ianya mati (padam)

8. Skala ukuran umur (panjang dan pendek)

9. Di antara beberapa virus-virus “serotype” seperti malaria, denggi dan lain-lain tidak dapat dikesan punca sebenarnya sehingga penyakit-penyakit itu dibawa “carried” dan dipindah “transmitted” oleh nyamuk-nyamuk kepada manusia. Nyamuk-nyamuk itu sebenarnya bukanlah punca penyakit sebagaimana diketahui. Tetapi disebabkan kejahilan dan kelemahan manusia mengatasi penyakit-penyakit tersebut maka nyamuk-nyamuk itu dibunuh.

10. Dan lain-lain lagi…..

MENJUSTIFIKASIKAN PERBUATAN

Di antara alasan-alasan yang digunakan orang-orang kafir dan orang-orang yang serupa dengan mereka bagi mengharuskan atau menjadikan pendermaan organ dan anggota-anggota badan legal ialah:

1. Menolong atas kebajikan sesama manusia

2. Menyelamatkan nyawa manusia

3. Bila seseorang itu telah mati, maka organ dan anggota badannya itu tidak berguna lagi untuk dirinya. Dengan itu dikatakan lebih baik organ dan anggota-anggota badan diderma atau dijual supaya ianya dapat dimanfaatkan orang lain

4. Orang yang menolak mendermakan organ dan anggota badan kepada orang-orang sakit yang amat memerlukannya adalah dikatakan bagai menjatuhkan hukuman mati ke atas pesakit

Dan, lain-lain lagi alasan yang menggunakan ungkapannya yang amat menarik, sepertimana ungkapan-ungkapan kata yang digunakan bagi iklan-iklan barangan yang pernah didengar di dalam televisyen, yang mana semua ungkapan-ungkapan kata itu baik belaka dan tidak ada yang tidak baik.

Orang-orang kafir dan orang-orang yang serupa dengan mereka itu terus menerus mengasak dengan nilai-nilai yang dibawa oleh orang kafir ke dalam semua aspek kehidupan orang-orang Islam. Biarpun bagi sesetengah orang-orang yang menyerupai orang-orang kafir itu mendapat keuntungan semasa di dunia ini, kegiatan-kegiatan mereka itu tetap membawa kepada kecelakaan dan bala berpanjangan bukan sahaja menimpa orang lain tetapi juga akan menimpa kaum keluarga dan zuriat keturunan mereka sendiri yakni menjadi kafir, dan dijanjikan Allah Subhanahu Wata’alaa, tempat mereka di dalam Neraka.

KEMPEN DERMA ORGAN DI SAUDI

Di Saudi, sekarang ini ada satu kumpulan di bawah pimpinan Abdul Aziz Alturki menjalankan kempen untuk menarik orang-orang Arab yang berpegang teguh kepada Agama supaya menerima usaha konsep pendermaan organ dan anggota manusia, seperti tersiar dalam keratan akhbar pada 1 Mei 2010 di bawah ini:

“ALKHOBAR: For a young accident victim or chronically ill hospital patient, cultural taboos against organ donations can be a death sentence. Now a group of highly motivated and concerned Saudis, led by prominent businessman Abdul Aziz Alturki, has launched discussions on the creation of a society to raise awareness about the issue in Saudi Arabia.

Donating organs to the sick or injured people is not considered to be an obligation by many in the Arab world and Saudi Arabia in particular. Yet hundreds, if not thousands, of Saudi men, women and children are forced to endure pain and misery in the absence of healthy organs.

“This is the need of the hour,” Alturki said at a meeting on the sidelines of the Third International Scientific Conference here yesterday. “There are so many people who are in need of organs to come out of their misery. Some of them are forced to travel abroad, to India and to the Philippines, and to pay an astronomical sum to buy an organ. Not all of them can afford that kind of money. So we thought why not create awareness in our society and to basically encourage people to donate their organs after their death.””

“LRT” atau “DD”

Mengikut laporan sebuah akhbar pada 1 Ogos 2010, di Malaysia terdapat dua cara yang diterima dan dianggap kononnya beretika dalam melakukan pemotongan organ dan anggota badan iaitu : The life-related transplant(LRT), atau Deceased Donor (DD).

Kebanyakan daripada pesakit-pesakit yang memerlukan organ tidak mengambil kira sama ada organ-organ yang diterima itu dari kaum keluarganya yang ada hubungan persaudaraan (LRT) atau tidak. Apa yang mereka pastikan ialah mereka mendapat organ atau anggota potong itu.

Maka dengan sebab itu ada sesetengah pesakit yang mampu dan sanggup ke luar negara untuk mendapat organ-organ potong. Sekarang ini dikatakan bahawa China dan India menjadi destinasi untuk mendapat organ-organ yang diperlukan dari orang-orang potong.

HIDUP PUN TIDAK MATI PUN TIDAK

Terdapat beberapa laporan, menyebut bahawa tidak semua pemindahan organ “organ transplant” dan pemindahan anggota potong itu berjaya. Ada di antara beberapa kes di mana orang-orang yang mengharap dengan menjalankan pemindahan organ dan anggota potong, mereka boleh hidup dan sihat seperti sedia kala. Sebaliknya ada di antara mereka tidak sesihat seperti yang mereka harapkan, dan ada di antaranya mati selepas pemindahan dilakukan. Hidup mereka bergantung kepada ubat-ubatan dan rawatan saban masa, bagai kata orang “Hidup segan mati tak mahu”. Mereka itu terpaksa menanggung kesiksaan dan penderitaan selagi mereka masih hidup.

Terdapat beberapa kes dimana selepas pemindahan yang dilakukan ke atas penerima organ dan anggota potong itu mati; penderma orang dan anggota masih hidup tetapi dengan kekurangan bahagian organ atau anggota tertentu yang telah didermakannya itu, tidak kembali sihat seperti asal yakni seperti keadaannya sebelum didermakan organ atau anggotanya itu.

Perkara itu telah disahkan oleh Penasihat kepada “World Health Organisation (WHO)”, Dr. Francis Demonico, dalam satu seminar yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, berkata bahawa bagi sesetengah pesakit dari Malaysia yang melakukan pemindahan organ dan anggota potong di luar negara; atas sebab penggendalian pembedahan yang kurang teratur telah dijangkiti HIV, hepatitis dan lain-lain masalah kesihatan setelah mereka pulang.

DR. HORROR

Mengikut laporan bahawa terdapat perdagangan potong memotong organ dan anggota badan untuk komersil di merata dunia.

Di antara saudagar-saudagar potong memotong organ dan anggota, ada seorang doktor yang bernama Dr. Amit Kumar yang mana dia juga dikenali sebagai “Dr. Horror”. Dikatakan dia telah membuka sebuah klinik di India. Dia telah menjual buah pinggang untuk pemindahan kepada beratus-ratus orang yang kaya dari Australia, Greece, United Kingdom, Turkey, Amerika Syarikat dan Saudi.

Polis India menyebutkan bahawa kumpulan Dr. Amit Kumar itu telah melakukan sebanyak 400 hingga 500 pembedahan buah pinggang sejak 9 tahun yang lalu. Sesetengah daripada penderma organ mendakwa mereka dipotong secara paksa di bawah ancaman senjata api untuk mendapatkan buah pinggang mereka.

Mereka yang menjual buah pinggang mereka kepada Dr. Amit Kumar dilaporkan telah dibayar wang di antara Ringgit 3,400.00 hingga Ringgit 10,250.00. Dr. Amit Kumar mengambil bayaran daripada penerima-penerima organ itu di antara Ringgit 54,680.00 dan Ringgit 136,700.00 bagi setiap satu pemindahan organ.

Dr. Amit Kumar @ Dr. Horror dilaporkan telah ditangkap polis di Nepal pada tahun 2008.

BELUM TERBONGKAR

Selain daripada Dr. Amit Kumar, mungkin ramai lagi “Dr. Horror” yang sedang beroperasi yang mana kegiatan mereka tidak didedahkan atau belum terbongkar.


Hari Jumaat
23 JamadilAkhir 1432 Hijriyah
27 Mei 2011