Sunday, April 24, 2011

MENGENALI MUHAMMAD IBN ABDUL WAHHAB

A’UZU BILLAHI MINASY-SYAITAANIRRAAJIIM

Sebagai pengenalan sepintas lalu tentang diri Muhammad ibn Abdul Wahhab, adalah disusun secara ringkas kutipan-kutipan mengenainya yang terdapat daripada beberapa tulisan-tulisan sejarah.

Muhammad ibn Abdul Wahhab, ia dilahirkan di Uyaynah, pada tahun 1114 Hijriyah/1703 Masihi dan mati pada tahun 1206 Hijriyah/1792 Masihi. Bapanya Abdul Wahhab ibn Sulaiman adalah seorang kadi (hakim) di Al-Uyaynah yang terletak 30 km dari Najd atau Riyadh sekarang ini.

Muhammad ibn Abdul Wahhab mempunyai seorang saudara lelaki bernama Sulaiman ibn Abdul Wahhab.

Pada peringkat awal Abdul Wahhab ibn Sulaiman telah mendidik kedua-dua orang anaknya iaitu Sulaiman dan Muhammad mengikuti Agama Islam Agama Tauhid.

Dalam pada itu, Muhammad telah mula keluar daripada mengikuti Agama Islam yang diajar oleh bapanya dan menyebarkan fahamannya sendiri. Ia memilih dan membuang mana-mana Hadis mengikut kesesuaian akal fikirannya.

Bapa dan saudaranya telah dapat menghidu kegiatan Muhammad ibn Abdul Wahhab yang menyebarkan dakyah-dakyah baru mengenai Islam dan melarangnya supaya tidak meneruskan kegiatannya itu. Dengan keegoan dan kedegilannya, Muhammad ibn Wahhab terus menyebarkan ajaran fahamannya itu.

Bapa dan saudaranya telah memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan mengikuti ajaran fahaman Muhammad ibn Abdul Wahhab yang menyelewengkan ‘aqidah daripada Islam yang sebenar.

Bapanya meninggal dunia dalam tahun 1740 Masihi. Selepas bapanya meninggal, ia meningkatkan kegiatan penyebaran ajarannya.

Dalam masa hayatnya, Muhammad ibn Abdul Wahhab telah bernikah 20 kali dan mendapat 18orang anak.

Pada tahun 1744 Masihi, Muhammad ibn Abdul Wahhab telah dihalau keluar dari ‘Uyaynah dan ia melarikan dirinya ke Najd atau Riyadh. Di Najd, Muhammad ibn Abdul Wahhab dilabelkan sebagai orang luar dan ia tidak diterima disitu. Muhammad ibn Abdul Wahhab membawa dirinya melalui Wadi Hanifah, Al-Jubailah dan akhirnya ia berhenti di Dirriyah yang diperintah oleh Muhammad ibn Saud.

Di Dirriyah, Muhammad ibn Abdul Wahhab mendapati ajaran fahamannya diterima baik kaum Saud dan dengan itu, ia dapat mengembangkan ajaran fahamannya itu dengan subur.

Orang-orang di sana telah terpesona dengan ajarannya yang diselimuti dengan kata-kata bahawa ajarannya itu untuk membersihkan ‘aqidah beserta ucapan-ucapan palsu menyatakan sayangkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menjadi tarikan ramai.

Dalam pada itu, Muhammad ibn Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya menganggap Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hanya seorang manusia biasa dan sesiapa yang memuliakan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam jatuh dalam syirik.

Muhammad ibn Abdul Wahhab mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa mengikut mana-mana fahaman mazhab adalah bid’ah semata-semata.

Muhammad ibn Abdul Wahhab menolak ajaran-ajaran ‘Ilmu yang dibawa oleh ‘Ulama-‘ulama Muktabar, yang mana ia lahir ke dunia 950 tahun hingga 1,034 tahun selepas ‘Ulama-'ulama Muktabar seperti di antaranya Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad bin Hanbal. Oleh itu pengetahuannya mustahil melebihi ‘Ilmu-‘ilmu ‘Ulama-'ulama Muktabar tersebut.

Muhammad ibn Abdul Wahhab, dikatakan bahawa ia pernah menjumpai dengan seorang spy British bernama Hemper. British ketika itu sedang menaburkan benih perpecahan di antara ummat Islam di seluruh dunia.

British telah berjaya menyuntik idea revolusi ke dalam pemikiran Muhammad ibn Abdul Wahhab. Hal ini apabila diketahui orang akan agenda-agendanya itu, seperti biasa British telah menafikannya.

Di samping itu, di India, British telah memupukkan idea-idea perpecahan ummat Islam itu dengan mengadakan puak agama Baha’i yang dipimpin oleh Bahai‘u’llah dan puak agama Ahamadiyah yang dipimpin oleh Mirza Ghulam Ahmad.

Pada tahun 1787, Muhammad ibn Abdul Wahhab telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai pemimpin ummat Islam seluruh dunia dengan membawa ajaran yang dikenali sebagai WAHHABI. Ia mati pada tahun 1206 Hijriyah/1792 Masihi. Pengikut-pengikut Muhammad ibn Abdul Wahhab, menyembah pujanya, yakni mengikut segala fatwa-fatwa halal, haram, bid’ah dan lain-lain lagi yang dikeluarkan oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab.

Di antara tahun 1801-1802, Kaum Saud menguasai Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawarah di bawah pimpinan Abdul Aziz ibn Muhammad ibn Saud. Abdul Aziz ibn Muhammad ibn Saud memerintahkan supaya ajaran fahaman Wahhabi itu menjadi agama rasmi dalam pemerintahannya, yang mana kemudian dikenali dengan panggilan Saud/Wahhabi.

Di bawah pemerintahan Abdul Aziz ibn Muhammad ibn Saud juga, ajaran fahaman Wahhabi bergerak dan berkembang dengan bebas dan pesat di Makkah Al-Mukarramah dan di Madinah Al-Munawarah sehingga ke daerah-daerah lain dalam Semenanjung Arab.

Dalam tahun 1803-1804, Saud/Wahhabi telah meruntuh dan memusnahkan tempat-tempat bersejarah Islam di seluruh Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawarah, Agama Tauhid yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Di antaranya ialah kubur Saiyidatina Fatimah bint Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Rumah peninggalan Saiyidatina Khadijah r.a. semasa hayatnya bersama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan anak-anaknya itu telah dijadikan tandas awam. Rumah tempat lahir Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dijadikan maktabah. Di atas bukit Abi Qubais yang pernah tersimpan Hajarul Aswad selama 40 tahun, sekarang telah dibina istana Fahd dan lain-lain lagi.

Saud/Wahhabi juga telah berhasrat untuk membongkarkan maqam Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Rancang itu tidak diteruskan kerana mendapat kritikan dan tentangan daripada ummat Islam seluruh dunia.

Mengikut ajaran Wahhabi menziarah kubur Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan para sahabatnya radhiallahu ‘anhum adalah SYIRIK.

Pada tahun 1998, Saud/Wahhabi telah menyodok dengan jentolak kubur Aminah bint Wahb bunda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, dan menyimbahkannya dengan minyak dan tanah kubur itu dibakar.

Adalah menjadi kesilapan bagi Wahabi menjatuhkan hukum khurafat, bid'ah dan syirik ke atas ajaran dan fahaman 'Ulama-'ulama Muktabar, kerana amalan dan perbuatan khurafat, bid'ah dan syirik itu dilakukan oleh orang-orang yang tidak ada ilmu Agama Allah yang sempurna.

Begitu juga dengan menghukumkan khurafat, bid'ah dan syirik tempat-tempat yang mempunyai sejarah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah salah, kerana yang melakukan khurafat, bid'ah dan syirik itu ialah oleh orang-orang yang jahil tentang Agama Allah yang sebenar.

Oleh itu, hukuman-hukuman khurufat, bid'ah dan syirik itu hendaklah dikenakan ke atas orang-orang yang melakukannya.

Selama dua dekad, dengan menggunakan hasil kekayaan minyak, telah dikatakan bahawa Saud/Wahhabi telah membelanjakan kurang lebih 82-100 billion dollar Amerika untuk membiayai pembelajaran fahaman Wahhabi, membina 1,500 masjid, sekolah, pembiayaan-pembiayaan pelbagai yang berkaitan dengan kegiatan-kegiatan Wahhabi, dan lain-lain lagi di seluruh dunia.

Dengan kuasa pemerintahan dua Tanah Haram yang termulia di dunia Islam iaitu Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawarah, serta menguasai kekayaan hasil minyak yang banyak dan keteguhan ekonominya, maka pemahaman Wahhabi itu mudah menguasai orang untuk menerima ajaran tersebut.

Sepanjang sejarah tamadun manusia, harta benda, kekayaan wang dan emas itulah menjadi rebutan manusia, seperti pemerintah Fira’un dan Namruzd.

Melalui program pembelajaran, Wahhabi telah berjaya menyebarkan ajarannya sehingga ke negeri-negeri dalam kawasan Asia Tenggara ini.

Sekarang ini terdapat ramai lulusan-lulusan daripada pusat-pusat pengajian Wahhabi telah balik ke negeri masing-masing menjalankan dakyah-dakyah Wahhabi itu.

Di antara mereka itu ada yang menjadi pensyarah, guru, penceramah-penceramah agama, dan ada di antara mereka dilantik memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran pihak berkuasa negeri masing-masing.

WALLAHU A’LAMU BISSAWAB.


Hari Ahad
20 Jamadil Awal 1432 Hijriyah
24 April 2011