Friday, March 4, 2011

AKU MAHU ANAK


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM


SUATU TANGGUNGAN

Hasil dari beberapa pemerhatian daripada penyelidikan dan pengamalan yang ditulis semula mengenai dengan “IVF/AI” (In-Vitro Fertilization/Artificail Insemination), maka tercetus perasaan yang amat sangat untuk mengembangkan pula sesetengah daripada hasil pemerhatian itu kepada orang-orang Islam yang beriman yang tidak kesempatan mengambil tahu mengenainya.

Tujuannya ialah supaya sama-sama dapat berkongsi pandangan dan penerimaan pengamalan “IVF/AI”, khususnya pandangan mengenai hukum aurat bagi perempuan-perempuan Islam.

Orang-orang Islam sekarang ini, kebanyakannya semakin luntur, pudar dan tidak ada perasaan sensitiviti malu dalam penjagaan aurat mereka.

Pengamalan “IVF/AI” ini telah mula menular masuk ke dalam masyarakat Islam sedikit demi sedikit sebagaimana penyusupan masuk pengamalan sistem sekular di kalangan orang-orang Islam sekarang ini.

SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA

Terdapat sesetengah orang-orang Islam, sama ada mereka tertekan perasaan untuk mendapatkan anak atau mereka yang semata-mata bernafsu untuk mendapatkan anak sebagai hiasan kemegahan dalam kehidupan sosial, maka ramai daripada mereka ini terdedah kepada perbuatan haram dan syirik.

Ada di antaranya pula, dengan perasaan keterlaluan mahukan anak sendiri mendedahkan diri mereka kepada perangkap penipuan dan pencabulan kehormatan mereka oleh sesetengah doktor-doktor dan orang-orang jahat.

Akibat daripada perlakuan yang salah atau telah rosak “damaged”, biasanya mangsa-mangsa itu tidak mendedahkan keadaan “damaged” itu kepada umum kerana malu dan ‘aib.

Dengan perbuatan merahsiakan segala kesilapan/kesalahan itu, maka fenomena itu akan terus berlaku dalam masyarakat Islam khususnya bagi orang-orang yang kurang imannya.

Dalam dunia orang-orang kafir, telah ada beberapa kaedah untuk mendapatkan anak bagi orang-orang yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin yang tidak ada anak. Mereka menggunakan cara di luar tabii, yakni tidak bersetubuh dengan pasangannya dan tidak memasukkan khasyaf atau zakar ke dalam faraj, sebaliknya lelaki distimulasikan untuk mengeluar dan memancarkan air maninya di luar faraj. Kemudian air mani itu setelah diproses dengan telur perempuan berkenanaan, dimasukkan ke dalam rahim dengan menyuntik embrio tersebut melalui faraj perempuan tersebut.

Di antara kaedah-kaedahnya seperti tersebut di bawah ini:

In-vitro fertilization (IVF)

Intra cervical Insemination (ICI)

Intra tubal Insemination (ITI)

Artificial Insemination by Donor (AID)

Artificial Insemination by Husband (AIH)

Walau apapun sebutannya, pada asasnya sama sahaja kaedah atau perlaksanaannya iaitu memproseskan atau mencampurkan air mani lelaki dan perempuan atau air mani haiwan jantan dan haiwan betina untuk disenyawakan mengikut proses-proses tertentu.

PERMANIAN BERADAS KE ATAS HAIWAN

Proses yang sama juga dilakukan ke atas haiwan-haiwan seperti ; Anjing, Babi, Kucing, Kambing, Lembu dan sebagainya untuk ternakan komersial dan lain-lain lagi.

Jika sesiapa yang ada peluang melihat bagaimana prosedur-prosedur “IVF/AI” dibuat ke atas anjing, babi dan lain-lain haiwan, maka dapatlah seseorang itu membayangkan bagaimana prosedur-prosedur yang serupa juga dilakukan ke atas manusia, cuma tempat dan suasananya sahaja yang berlainan.

Prosesan sebelum berlakunya “IVF/AI” yang dibuat ke atas haiwan betina adalah dengan membuat penipuan ke atas haiwan jantan untuk mengeluarkan air mani supaya dapat ditabungkan. Begitu juga dengan haiwan betina yang disuntik dengan hormon bagi mendapatkan telur-telur yang matang sebelum semen jantan itu disuntik masuk; sama ada disuntik terus melalui tempat peranakan haiwan atau semen itu dicampurkan dengan telur-telur daripada haiwan betina yang telah matang itu di luar rahim, kemudian dimasukkan semula ke dalam tempat peranakan haiwan.

Bagi haiwan tidak menjadi masalah dan tidak mengambil kira sama ada semen itu daripada jenis baka yang sama atau daripada spesis baka yang berlainan yang dimasukkan ke dalam rahim (tempat peranakan) haiwan betina yang menerimanya. Tetapi jika mengikut tabiatnya, haiwan itu akan mengawan dan bersanggama dengan spesis yang sama. Haiwan itu tidak akan memilih pasangan mengawan dan bersanggama dengan haiwan-haiwan lain yang bukan daripada kumpulannya sendiri.

“IVF/AI” dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, babi dan lain-lain oleh manusia untuk mendapatkan jenis haiwan berlainan baka bagi kegunaan tertentu mengikut kehendak kepentingan manusia itu sendiri.

Jika dilihat proses-proses “IVF/AI” ke atas haiwan amatlah zalim kerana haiwan itu dieksploitasikan oleh manusia dari perasaan nafsu syahwat cara tabii semula jadinya kepada cara-cara yang dipalsukan. Umpamanya untuk mengeluarkan semen anjing, maka anjing jantan itu dirangsangkan dengan menggunakan “dummy” haiwan betina.

Proses memasukkan semen itu pula dilakukan pada mulanya dengan menggunakan tangan atau menjolokkan jari manusia masuk ke dalam tempat peranakan anjing atau babi itu untuk memastikan kedudukan posisi mulut peranakan itu berada pada tempat yang dikehendakinya dan diikuti dengan menjolokkan alat suntikan. Dikatakan bahawa kejayaan proses ini di antara 40 hingga 60 peratus sahaja.

Cara yang lain pula ialah dengan mengeluarkan semen anjing jantan dan telur anjing betina itu dan dicampurkan di dalam tabung kaca atau plastik. Setelah melalui proses persenyawaan semen anjing jantan dan telur anjing betina itu yang dijangka berjaya, maka benih-benih itu akan dimasukkan semula ke dalam tempat peranakan haiwan betina itu. Dikatakan bahawa kaedah ini berjaya dengan kadar 10 hingga 30 peratus sahaja.

IN-VITRO FERTILIZATION KE ATAS MANUSIA

Begitulah juga prosedur-prosedur “IVF/AI” yang amat jijik itu dilakukan ke atas manusia.

Bagi manusia cara memproseskan atau mencampurkan air mani lelaki dan telur perempuan dengan cara air mani lelaki itu dirancap dan ditakungkan dalam sarung getah “condom” atau dimasukkan ke dalam tabung kaca atau plastik di luar faraj.

Air mani itu kemudiannya disuntik masuk ke dalam rahim perempuan itu setelah diperiksa waktu ovulasinya atau air mani lelaki yang sedia ada dalam tabungan itu disenyawakan dengan telur-telur matang yang telah dikeluarkan dari rahim perempuan tersebut dan dimasukkan ke dalam tiub atau tabung. Hasil daripada percampuran itu dimasukkan semula ke dalam rahim perempuan tersebut.

Semua kaedah-kaedah itu melibatkan ujian demi ujian dan pembedahan demi pembedahan ke atas perempuan yang boleh menjejaskan keadaan faraj perempuan itu sendiri.

Kesan-kesan sampingan hasil daripada penodaan dan penggunaan alat-alat bagi merobek-robekkan faraj dan sekitar rahim semasa menjalankan kaedah “ IVF/AI” itu akan ditanggung dan dirasai dalam jangka masa yang pendek atau dalam jangka masa yang panjang bila sesuatu anggota badan dibedah jahit dan sebagainya.

Dalam percubaan mendapat anak melalu kaedah “IVF/AI” dua perkara yang pasti dialami oleh perempuan iaitu:

Sekiranya dengan cara itu, ianya berjaya maka perempuan itu tetap mendapat kesan kerana terpaksa melalui berbagai-bagai ujian dan pembedahan yang dilakukan oleh pakar “IVF/AI” yang mana tidak mungkin dapat dibaikpulih seperti sediakala lagi.

Jika usaha itu tidak berjaya, perempuan tersebut akan mengalami dua perkara iaitu gagal mendapat anak dan kerosakan faraj hasil daripada kesan-kesan dan ujian-ujian yang dilakukan ke atasnya. Jiwanya pasti akan tertekan.

BERJUTA KALI “TEST”

Mengikut kajian yang diadakan di SAN DIEGO, yang disiarkan pada 22 Februari, 2010, dalam masa 30 tahun kanak-kanak IVF/AI lahir hidup dalam lengkongan 4 peratus iaitu setelah benih yang disenyawakan di luar badan disuntikkan di dalam rahim. 4 peratus itu adalah hasil daripada berjuta-juta “test” yang dibuat di luar rahim perempuan.

Daripada 4 peratus yang hidup itu, mereka dipantau dari segi psikologi dan fizikal dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat beberapa perbezaan di antara mereka yang lahir melalui kaedah IVF/AI iaitu tentang sifat, kelakuan, pertumbuhan fizikal daripada kanak-kanak yang dilahirkan mengikut persetubuhan tabii.

Didapati kanak-kanak IVF/AI, ternyata di antara mereka sekarang ini dikenal pasti ada yang mengidap beberapa penyakit di antaranya penyakit darah tinggi, kegemukan dan kencing manis.

AURAT DAN KEHORMATAN ORANG ISLAM WAJIB DIJAGA

Bagi orang Islam perlulah memikirkan tentang aurat yang terdedah buka kepada sesiapa sahaja yang bukan mahram lebih-lebih lagi didedahkan kepada orang kafir.

Orang-orang Islam tidak boleh mendedahkan sewenang-wenangnya aurat-aurat mereka kecuali dalam keadaan yang benar-benar amat darurat yang tidak dapat dielakkan kerana ketiadaan orang-orang yang layak mengikut syarak pada ketika itu.

Tersebut dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin bahawa aurat perempuan atas barang yang wajib menutupnya dalam solat dan atas orang yang diharamkan oleh syarak memandang kepadanya.

Di hadapan perempuan kafir dan perempuan yang rendah akhlak, maka aurat perempuan merdeka (muslimah) ialah seluruh badan kecuali anggota yang zahir ketika bekerja; iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kakinya. Selain daripada itu diharamkan membukanya.

Dalam Syarah Muslim, kata Imam Nawawi bahawa haram memandang lelaki kepada aurat lelaki lain, dan haram perempuan memandang aurat perempuan lain. Ini tiada khilaf ‘ulama padanya.

Begitu juga haram memandang lelaki kepada aurat perempuan, dan haram perempuan memandang aurat lelaki. Haram tersebut pada hak bukan dua orang suami dan isteri. Adapun dua orang suami dan isteri, maka harus bagi tiap-tiap keduanya.

Diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya: “Tidak boleh lelaki melihat aurat lelaki lain, dan tidak boleh perempuan melihat aurat perempuan lain.” Hadis dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At-Tarmidzi.

Hadis tersebut merujukkan larangan yakni haram seseorang sama ada lelaki melihat aurat lelaki lain atau perempuan melihat aurat perempuan lain. Apatah lagi jika aurat-aurat itu dilihat dan disentuh dengan tangan atau dengan apa-apa yang lain.

Adalah haram orang lelaki menyentuh aurat lelaki lain dengan tiada berlapik dan begitu juga haram atas perempuan menyentuh aurat perempuan lain dengan tiada berlapik.

BERUSAHA

Walaupun apa-apa prosesan yang menjadi alasan kononnya sebagai usaha untuk mendapatkan anak, tidak boleh disandarkan kepada usaha jika usaha itu bercanggah dengan syarak.

Tambahan lagi jika prosesan usaha-usaha itu haram dan di atas permintaan serta dengan kerelaan diri sendiri tidak juga boleh ditakrifkan sebagai darurat.

Apa-apa jua, jika hasil daripada usaha awalan itu haram, maka ianya tidak boleh menjadi halal kemudiannya.

Orang-orang Islam mempunyai rukun dan syarat perkahwinan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Salah satu daripada syarat-syarat pernikahan itu ialah bersetubuh dengan pasangan secara tabii yakni si lelaki dan si perempuan wajib merasai nikmat persetubuhan dengan memasukkan khasyaf ke dalam faraj dengan sempurna.

Sekiranya, sama ada lelaki atau perempuan yang berkahwin itu didapati tiada berkemampuan melakukan persetubuhan, mereka boleh membatalkan perkahwinan itu. Ini boleh dilakukan oleh suami atau isteri itu sendiri.

PERKAHWINAN YANG SAH TIDAK MENGHALALKAN YANG HARAM

Ingatlah bahawasanya satu perkahwinan dan pernikahan yang sah mengikut rukun dan syaratnya tidak sekali-sekali boleh menghalalkan perkara-perkara yang haram dan tidak juga boleh mengesahkan perlakuan-perlakuan keji dan maksiat dalam masa perkahwinan itu.

Misalan: Di antaranya seperti meliwat isteri iaitu menyetubuhi isteri melalui duburnya ketika isteri itu berada dalam haid atau farajnya sakit. Atau suami membenarkan/mengizinkan isterinya menjalankan kerja-kerja maksiat, haram dan sebagainya.

Memandangkan ada dari kalangan orang-orang MELAYU yang membuat “IVF/AI” , maka adalah eloknya bagi kita sama-sama melihat dari segi kehormatan wanita Islam. Begitu juga dengan taraf suami Islam itu sendiri bilamana umum mengetahui bahawa anak-anak mereka yang dilahirkan itu adalah anak-anak tabung atau anak-anak “IVF/AI” yang suami dan isteri itu tidak melakukan persetubuhan dengan cara tabii dan halal.

SINGLE MOTHER “IBU TUNGGAL”

Namun begitu bagi orang-orang kafir yang hidupnya seperti binatang, maka perbuatan seumpama itu sepertimana yang tersebut di atas bukan sahaja menjadi perkara biasa bagi mereka malahan mereka marasa bangga dan megah dengan perbuatan itu.

Bagi orang-orang kafir (Yahudi, Kristian dan lain-lain) dan orang-orang yang serupa dengan mereka tidak ada istilah aurat. Faraj dan zakar mereka boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja jika perlu tanpa malu. Orang-orang kafir dan orang-orang yang serupa dengan mereka juga mempamerkan aurat dan faraj mereka untuk komersial.

Orang-orang kafir lelaki dan perempuan dan orang-orang yang serupa dengan mereka boleh juga bersekedudukan seberapa lama yang mereka suka tanpa berkahwin. Bila perempuan kafir itu ditinggalkan dan dia mempunyai anak hasil hubungan sekedudukan mereka itu dan anak itu pula dijaga dan dibesarkan oleh perempuan tersebut maka perempuan itu diberi gelaran “Single Mother” (IBU TUNGGAL).

Dalam masa mereka bersekedudukan itu pun, lelaki lain boleh juga datang keluar dan masuk meniduri perempuan tersebut yang telah pun ada teman sekedudukannya dan begitulah sebaliknya.

SEWA BINI

Di kalangan orang-orang kafir terdapat satu kaedah “penumpangan” iaitu dinamakan “surrogate”, di mana benih lelaki dimasukkan ke dalam rahim perempuan yang bukan isterinya untuk dikandungkan dan seterusnya melahirkan anak. Atau seseorang lelaki boleh menyewa perempuan dijadikan bini sementara untuk ditiduri buat seberapa ketika agar perempuan itu mengandung dan melahirkan anak.

Ada juga perempuan-perempuan yang tidak boleh hamil dengan suaminya atau perempuan yang belum berkahwin mendapatkan benih mana-mana penderma lelaki “donors” untuk melakukan “IVF/AI”.

Perbuatan menyewa bini itu telah dilakukan pada zaman jahiliyah iaitu zaman sebelum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Seseorang lelaki boleh menyewa jariah untuk ditidurinya selama beberapa malam mengikut perjanjian yang sama-sama dipersetujui mereka. Maka apabila bunting jariah itu dengan sebab tidur dengan lelaki tersebut dan kemudian jariah itu melahirkan anak, maka dilihat rupa paras anak itu. Jika rupa paras anak itu menyerupai lelaki yang menyewa jariah yang melahirkan anak itu dan anak itu dikatakan anaknya, lelaki tersebut akan mengambil anak itu.

Perbuatan sewa menyewa bini itu sekarang ini orang-orang kafir melakukannya dengan bayaran atau tanpa bayaran dan disebut perkahwinan kontrak “Contract marriage”, atau apa-apa sebutan lain yang dipergunakan.

Manakala lahirnya Islam, maka batal segala yang diperbuat oleh orang-orang zaman jahiliyah itu dan sesiapa daripada kalangan orang Islam yang melakukan perbuatan sedemikian itu, jatuh hukum zina ke atasnya.

GELARAN JANDA SUATU PENGHORMATAN

Bagi orang-orang Islam yang bercerai dan mempunyai anak sepatutnya disebut dengan istilah janda. Umpamanya: Janda beranak satu atau lebih, jika lelaki pula disebut duda atau bujang.
Istilah itu adalah suatu penghormatan kepada perempuan-perempuan Islam mukminah itu sendiri supaya mereka tidak diserupakan dengan perempuan-perempuan kafir yang bergelar ibu tunggal “single mother” seperti yang tersebut di atas.

Perkataan ibu tunggal “single mother” sekarang ini diperkenalkan dan digunakan secara meluas di Malaysia.

BUKAN FATWA

Tulisan yang ringkas ini bukanlah fatwa. Ia hanya sebagai satu perkara yang boleh kita sama-sama memikirkan keadaan “IVF/AI” itu, bilamana ia dilakukan ke atas wanita-wanita Islam.

Hari Jumaat
29 Rabi’ul Awal 1432 Hijriyah
4 Mac 2011

SEDUTAN TULISAN OLEH JOANNE POIE TOMASULO

Di bawah ini adalah sedutan artikat yang ditulis oleh Joanne Poie Tomasulo, MD., ACOG untuk dibaca sebagai renungan khususnya kepada si suami dan juga isteri Islam yang tidak menerima ketentuan Allah SWT.


Before the artificial insemination procedure

Before a woman undergoes artificial insemination, the cause of the infertility must be determined. In addition, the male partner’s sperm must be analyzed to determine if it is suitable for insemination. The woman must also have the regularity of her ovulation tested.

For couples, the process begins with a physician’s visit. The physician will take a medical history from both partners, and both will undergo a physical examination. Testing for human immunodeficiency virus (HIV) and other sexually transmitted diseases (STDs) may also be performed.

The woman’s evaluation will include a pelvic exam. For women whose medical history or physical exam suggests a possibility of infection, tubal damage or endometriosis, a hysterosalpingogram, hysteroscopy or laparoscopy may be recommended. These tests allow the physician to check for obstruction in the fallopian tubes. In addition, an endometrial biopsy may be performed to determine if the ovaries are producing enough hormones. In addition, several blood tests may be required as part of the general infertility evaluation.

During the male partner’s examination, he will be asked to provide several semen samples for analysis. Sperm analysis examines sperm count, whether the sperm are formed normally and able to move freely, and sperm survival over a period of time. Testing may also include sperm antibody tests and sperm penetration assays (tests used to determine if a man’s sperm can travel through cervical mucus and penetrate an egg).

The results of these tests will be used to pinpoint the fertility problem. When the male partner’s sperm is normal, the woman may be monitored with blood tests and ultrasounds to determine if she is producing and releasing a mature egg every month. Blood tests allow the physician to measure levels of the hormone LH (luteinizing hormone) and, at times, estradiol levels. These levels can help determine if the woman is producing a mature egg. Ultrasounds enable the physician to monitor the growth of ovarian follicles and to verify that the egg is released from the follicle.

For women with irregular ovulation, the physician may prescribe drugs to induce ovulation.


These medications increase as well as coordinate egg production. They are usually given in pill form or may be given as an injection to trigger the release of the mature follicle or egg. For women who are getting their menstrual period less than two weeks after ovulation, physicians may also recommend the hormone progesterone.

Once a woman is determined to be a suitable candidate for artificial insemination, the next step is pinpointing the time of ovulation. Artificial insemination cannot be successful unless it is performed when the woman has a mature egg. To determine the time of ovulation, an ovulation test, basal body temperature chart and a cervical mucus examination may be used. Blood tests and ultrasounds may also be used. When the woman is ovulating, her partner will be asked to produce a sample of semen for the insemination procedure. Men may be advised to abstain from sexual intercourse during the three days before the sample is taken. This ensures a good-quality sample. If there is no partner providing the sperm, the woman will obtain the sperm from another source, such as a sperm bank.

The required sperm can be collected in a number of ways, including:

Cup collection. This method requires a man to masturbate and ejaculate into a sterile cup. It can be done in the home or at the physician’s office. The sample must be collected no more than two hours before the scheduled insemination appointment.

Condom collection. During this process, semen is collected during intercourse using a special condom provided by a physician.

Split ejaculate. This method uses a two-part container to collect sperm. The initial spurt should be collected in one part of the container, and the rest is collected in the second part.

Urine collection. During this process, semen is collected from urine in a laboratory. This is an option for men who have retrograde ejaculation, a condition that causes semen to be released backward into the bladder at male climax.

In some cases, men having treatments that cause or may cause sterility, including vasectomy, testicular surgery, prostate surgery, radiation and/or chemotherapy for cancer treatment, may choose to store their sperm for future use in an artificial insemination.

Women using donated sperm should have the sample on hand. Sperm banks can either ship the sperm to the woman’s home or to her physician’s office. Donated sperm is available from sperm banks around the country. Anonymous donors are screened for infectious diseases, as well as certain genetic diseases, depending on their genetic background. Because of the high risk of disease transmission during artificial insemination, sperm banks no longer use fresh sperm.


Instead, the sperm is frozen and quarantined for a minimum of 180 days. The donor is then retested for infectious disease. If the donor tests negative again, the sperm is approved for use. The donated sperm, which can be frozen indefinitely, is stored in containers of liquid nitrogen until it is shipped upon request.

When the sperm being used is from a donor the woman or couple knows, fresh sperm can be used. However, physicians often insist that the donor have all testing for infectious diseases up to date.

Sperm being used for an intrauterine insemination (IUI) must be specially prepared before the procedure. Semen is composed of sperm and plasma (substances that nourish the sperm, not to be confused with blood plasma). In a process known as “washing”, the sperm is separated from the plasma. During the procedure, the semen is diluted with a sterile fluid. The sperm is then separated from the liquid component (plasma). Separating these two components removes substances that may cause complications.

Semen contains proteins, prostaglandins and bacteria. The introduction of these substances into the uterus could result in severe uterine pain, cramps, fainting or a life-threatening reaction. The process also concentrates the semen into a small sample of the most active sperm, thus increasing the chance of fertilization. A woman using donated sperm, can request sperm that is ready for intracervical insemination or sperm that is “washed” and ready for IUI.

During the artificial insemination procedure

Artificial inseminations are scheduled to occur at the time a woman is ovulating. Ovulation occurs when the ovary releases a mature egg. For women with regular menstrual cycles, it usually occurs 14 days before the start of their next menstrual period. Ovulation is often estimated with the aid of ovulation tests, basal body temperature charts and a cervical mucus examination. Blood tests measuring levels of the hormone LH (luteinizing hormone) and ultrasounds may also be used.

The insemination procedure is usually performed once or twice a month, depending on the regularity of the woman’s menstrual cycle. It is a fairly simple procedure and takes only a few minutes to complete. Artificial insemination may be performed at the office of a gynecologist or in many cases by a physician specializing in infertility (board-certified in reproductive endocrinology). During the procedure, the woman lies back on an examining table with her knees up. Her feet will be placed in stirrups and her buttocks should be located near the end of the table. The physician then inserts a speculum into the woman’s vagina, and injects the semen sample into her reproductive tract.

During an intracervical insemination (ICI), a plastic syringe is used to inject the semen into the opening of the cervix. Following the injection, a plastic-coated sponge or cap may be placed into the vagina before the speculum is removed. The sponge or cap, which keeps the sperm near the cervix, can be removed by the patient four to six hours after the insemination procedure.

An intrauterine insemination (IUI) is performed in a slightly different manner. During this procedure, the physician passes a soft tube, known as a catheter, through the cervix to place the sperm directly into the uterus. After the injection, the catheter is slowly withdrawn and the woman is instructed to remain lying flat for approximately 15 minutes. The patient may experience mild to moderate cramping. “

SEDUTAN AKHBAR KES JENAYAH PAKAR IN-VITRO


Friday November 13, 2009 The Star.

Gynae who had sex with patient suspended

OTHER NEWS & VIEWS Compiled by A. LETCHUMANAN, WINNIE YEOH AND A. RAMAN

A GYNAECOLOGIST in Singapore has been suspended from his practice for two years for having sexual relations with a female patient and divulging infomation about other patients to the woman.

He also altered the records of these patients without permission, according to Sin Chew Daily.


His suspension is effective from February last year.

The daily reported that the 44-year-old doctor, who specialised in in-vitro fertilisation, had committed the offences between April 2003 and March 2005.